Seperti yang dijanjikan, seluruh kumpulan yang terlibat dengan persembahan hari itu akan pergi bercuti bersama-sama. Namun ianya bukanlah bercuti tetapi lebih kepada berkhemah. Mereka akan berkhemah selama 3 hari.
Pagi-pagi lagi mereka sudah berkumpul di universiti. Apabila semua peserta sudah tiba, mereka memulakan perjalanan.
Turun sahaja dari bas, semua peserta lelaki sudah riuh kerana teruja. Taeyeon meregangkan badannya. Rasa lenguh kerana duduk di dalam bas selama sejam lebih. Selesai meregangkan badannya, dia melihat sekeliling. Cantik sekali kawasan di situ. Ianya seperti kawasan pedalaman dan penuh dengan pokok-pokok menjadikan suasana di situ sungguh nyaman. "Johda. (Seronoknya.)" Kata Taeyeon.
"Dengar semua. Perkara pertama yang perlu kamu lakukan ialah mendirikan khemah. Jadi pilih pasangan yang akan berkongsi satu khemah dengan kamu." Kata Encik Lee. Beliau ialah guru yang mengiring mereka. Begitu juga Puan Kim dan Puan Choi. Mereka juga memberitahu tentang segala peraturan di sini. Apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak.
Mereka semua bergerak ke tapak perkhemahan dan mendirikan khemah. Taeyeon berkongsi khemah dengan Joy.
Setelah mereka siap mendirikan khemah, mereka dibahagikan pula kepada dua kumpulan. Antara yang berada di dalam kumpulan Taeyeon ialah Jessica, Jinwoo dan Taehyung. Mereka yang lain berada di kumpulan lawan.
Aktiviti pertama yang mereka main ialah bola tampar. "Taeyeon pandai main bola tampar?" Tanya Jinwoo. "Saya bukan nak berlagak tetapi, bola tampar ni senang je bagi saya. Saya kapten bola tampar di sekolah dulu dan kalau saya ada, kumpulan saya tak pernah kalah." Kata Taeyeon dengan bangga. Memang benar apa yang dikatakannya. Boleh dikatakan bola tampar ialah sukan kepakarannya.
"Tapi Hanbin agak bagus bermain bola tampar. Saya belum nampak sesiapa kalahkan dia." Kata Jessica pula. "Jinjja?" Kata Taeyeon tidak percaya. Mereka yang lain hanya mengiakan. "Jadi biar Taeyeon bagi korang semua tengok Hanbin oppa dikalahkan." Kata Taeyeon yakin.
"Okay semua, kembali ke posisi masing-masing." Kata Encik Lee yang menjadi pengadil. "Saya akan baling duit syiling untuk tengok siapa yang akan mulakan dahulu."
"Tak apa Encik Lee. Biarkan mereka mulakan dahulu, mereka tentu perlukannya." Kata Hanbin. Taeyeon mencebik. "Berlagak betul." Bisiknya namun hanya dia seorang sahaja yang mendengarnya.
Pukulan pertama Taeyeon tersasar menyebabkan mereka mendapat mata. Ahli kumpulan lawannya sudah ketawa sinis ke arahnya. Dia tidak boleh membiarkan mereka memandang rendah kepadanya.
Taeyeon menumpukan perhatian kepada pukulannya kali ini. Pukulannya amat laju sehingga tidak sempat ahli kumpulan lawan untuk menangkapnya. Memberikan kumpulan Taeyeon mata. Taeyeon memandang ke arah Jinwoo dan Jessica, mereka memberikan pandangan tidak percaya. Taeyeon hanya tersenyum dan kembali menumpukan perhatian kepada permainan.
Hanbin kembali ke posisinya selepas mengambil bola yang dia terlepas tadi. Hanbin memukulnya ke arah Taeyeon dan nasib Taeyeon baik. Dia dapat menyambutnya namun tidak Hanbin. Sekali lagi, kumpulan mereka tidak dapat memukul kembali bola itu.
Kumpulan Taeyeon terus meraih mata tetapi kumpulan Hanbin juga rapat mengejar. Kali ini mata akhir buat kumpulan Taeyeon, 19-18.
Giliran kumpulan Hanbin untuk menghantar bola itu. Taeyeon agak kesal kerana dia tidak dapat menghantar bola itu kembali. Menjadikan mereka seri. Taeyeon tidak patah semangat dan kembali menumpukan perhatian.
Agak lama juga sebelum bola itu gagal disambut oleh seorang lelaki dalam kumpulan lawan. "Yeayyy!!" Gembira Taeyeon kerana berjaya mengalahkan mereka. Mereka meraikan kemenangan mereka tetapi Hanbin dan kumpulannya hanya melihat mereka yang berpeluk kegembiraan.
××
"Taeyeon memang terbaik." Kata Jessica kepada Taeyeon sambil membuat 'thumbs up' kepadanya. Taeyeon hanya ketawa kecil. "Terima kasih sebab buat kumpulan kita menang. Kalau tak mesti kita yang kena masak." Kata Jinwoo. Pandangannya dihalakan kepada mereka yang sedang berbincang membahagi kumpulan untuk memasak makan malam.
"Aniya, kita sebenarnya menang sebab Jinwoo sunbae tau. Kalau sunbae tak pukul bola terakhir tu tadi mesti kita kalah." Kata Taeyeon pula. "Alah, kita menang sebab semua orang." Taehyung membuat kesimpulan. Kalau nak cari sebab siapa mereka menang sampai esok pun tak habis.
"Tapi, kecewa betul saya tengok muka Hanbin lepas kalah tadi. Sudah lah dia tak pernah kalah, tetapi kali ini dikalahkan oleh perempuan pula tu." Mereka ketawa mendengar kata-kata Jessica.
"Tak sangka Taeyeon yang nampak lemah lembut ni sebenarnya pandai main bola tampar." Taeyeon hanya tersenyum mendengar pujian Jinwoo. "Sebenarnya Taeyeon main bola tampar ni suka-suka je tapi lama-lama jadi minat pula. Tapi Taeyeon dah lama tak main sebenarnya."
"Lepas ni ajar sunbae lah. Sunbae selalu kalah kalau lawan dengan Hanbin tu." Kata Jinwoo. Geram sahaja bunyinya. Taeyeon hanya mengangguk dan ketawa kecil.
××
"Joy! Masak apa tu?" Tegur Hanbin. Joy yang sedang 'berperang' di dapur seorang diri itu ditegur. Joy diberi tugas untuk memasak tetapi bukan bersendirian cuma ketika itu dua orang yang sepatutnya berada di dapur pergi menolong Puan Choi. Entah apa yang ditolong pun dia tidak tahu.
"Eoh, B.I sunbae. Buat apa dekat sini?" Dia tidak mejawab tetapi malah menanyakan semula soalan. "Geunyang, kerja saya dah siap jadi saya jalan-jalan lah." Joy hanya mengangguk. Dia tidak memandang Hanbin kerana sibuk melakukan kerjanya.
"Ada apa yang saya boleh tolong?" Pelawa Hanbin. "Ehh, tak perlu. Saya boleh buat sendiri."
"Joy!" Serentak mereka berdua memandang ke arah datangnya suara itu. Joy bertanyakan apa yang terjadi kerana mukanya nampak betul-betul gelisah. "Kaki Youngdo terseliuh sebab terjatuh masa mencari kayu api, Puan Choi kata ubat ada pada awak." Kelam kabut benar nadanya ketika bercerita.
Joy yang mendengarnya sudah naik panik. Baru teringat Puan Choi menyuruhya memegang kotak kecemasan ketika mereka tiba tadi. Joy muka berlari menuju ke tempat dia menyimpan kotak kecemasan itu. Baru sahaja tiga langkah dia berlari, Joy berhenti dan berpatah balik kepada Hanbin yang sedari tadi hanya berdiri di situ seperti patung. "Hanbin sunbaenim, boleh tolong tak?"
"Kenapa?" Joy berfikir sejenak sebelum berkata, "Tolong masukkan ini, ini dan ini ke dalam periuk ni dan biarkan dia mendidih selama 15 minit dan tutupkan api, boleh?" Dia menunjukkan bahan-bahan yang perlu dimasukkan ke dalam stew masakannya itu. "Ingat, masukkan ayam dan bukan udang, tau!" Tegas Joy berpesan.
"Tapi saya tak pandai masak!" Jerit Hanbin ketika Joy sudah jauh darinya. Tentu sahaja tiada jawapan yang dia terima. Kepala yang tidak gatal digarunya. Ligat dia memikirkan semula apa yang Joy katakan tadi. "Aish, hentam je lah." Katanya sambil menyambung kerja Joy yang terbengkalai tadi.
•••
Kalau free esok saya update lagi okay?😉
170220
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...