Taeyeon berada di dalam kelas Puan Yoo ketika telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk.
[From: Byun Baek
Annyeong! Mwohaneungeoya? Eodiya? Bogosipeo. Saya nak jumpa awak malam ni boleh? (Hai! Awak buat apa? Dekat mana? Saya rindu awak.)]
Taeyeon tersenyum ketika membaca mesej itu. Sudah 2 hari sejak kali terakhir Taeyeon menerima mesej daripada Baekhyun. Namun dia faham yang Baekhyun sibuk membuat persiapan untuk konsert mereka.
"Kim Taeyeon! Kamu dengar tak apa saya cakap?"
Baru sahaja Taeyeon ingin membalas mesej itu, suara Puan Yoo telah menyedarkannya dari alamnya sendiri. Puan Yoo yang berada di hadapannya dipandang.
"Awak tahukan yang saya tak suka orang main telefon apabila saya sedang mengajar?"
"Saya minta maaf." Kata Taeyeon sambil menundukkan mukanya. Takut memandang wajah Puan Yoo yang sedang marah. Puan Yoo memang tidak suka jika ada seseorang bermain telefon ketika dia sedang mengajar. Dan itu peraturan yang perlu dipatuhi.
"Bagi saya telefon kamu." Kata Puan Yoo sambil menghulurkan tangannya ke arah Taeyeon.
"Tapi--"
"Saya tak nak dengar alasan. Bagi telefon kamu pada saya dan kamu boleh ambil selepas tamat kelas hari ni." Puan Yoo memberi kata putus. Taeyeon akur dan memberikan telefonnya kepada Puan Yoo.
Selepas telefon dihulurkan, Puan Yoo kembali ke hadapan untuk menyambung pengajarannya.
"Itulah kau, main lagi telefon dalam kelas Puan Yoo." Perli Tiffany yang duduk di sebelahnya. Taeyeon mengeluh.
"Diamlah kau. Tak payah nak perli aku."
××
Setelah tamat kelas, seperti biasa mereka menunggu di kafe untuk pulang bersama. Apabila kelima-lima sudah tiba di kafe, mereka akan pulang bersama-sama.
"Wey Taeyeon. Kau tak nak ambil telefon kau ke?" Kata Tiffany. Mengingatkan Taeyeon tentang telefonnya yang berada di tangan Puan Yoo.
"Ohh. Ye lah, telefon aku!" Taeyeon yang sedang melangkah ke kereta mereka memberhentikan langkahnya. "Kenapa dengan telefon kau?" Tanya Irene.
"Telefon aku kena rampas masa kelas Puan Yoo tadi." Terang Taeyeon. "Siapa suruh main telefon. Dalam kelas Puan Yoo pulak tu." Sambung Tiffany.
"Kau pergi lah ambik telefon kau. Kita orang tunggu." Kata Irene. "Ehh, tak apalah. Korang baliklah dulu. Nanti pandai-pandailah aku balik."
"Betul ke ni?" Tanya Yoona meminta kepastian. "Ya, betul. Nanti aku balik sendiri. Korang balik lah dulu. Aku tengok Joy macam nak mati kelaparan dah." Perli Taeyeon.
"Ehh kau. Sempat lagi perli aku." Mereka semua tergelak melihat kerenah Joy. Taeyeon kembali masuk ke universiti dan menuju ke pejabat Puan Yoo.
Setelah pintu diketuk dan kedengaran suara menyuruhnya masuk, Taeyeon memulas tombol pintu. "Annyeonghaseyo." Sapa Taeyeon sambil menunduk hormat ke arah Puan Yoo. "Ohh, kamu Taeyeon. Saya ingat kamu tak nak ambil balik telefon ni." Gurau Puan Yoo.
"Saya minta maaf. Saya terlupa tadi." Kata Taeyeon sambil menyambut huluran Puan Yoo. Dia mengambil telefonnya kembali.
"Taeyeon. Awak tahu kan saya tak suka bila pelajar tak menumpukan perhatian bila saya tengah mengajar? Saya tahu awak pandai tapi kita takkan berjaya dalam apa jua yang kita buat kalau kita tak fokus. Awak faham maksud saya kan?" Puan Yoo memberikan nasihat.
"Saya faham. Saya akan pastikan hal ni tak berulang lagi. Saya pergi dulu ya, Puan Yoo."
Puan Yoo tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya. Taeyeon keluar setelah memberikan tundukan hormat kepada wanita yang berumur sekitar 40-an itu.
Baru sahaja Taeyeon hendak membuka kembali telefon yang dimatikannya tadi, dia melihat sekeliling setelah mendengar namanya dipanggil. Taeyeon mencari pemilik suara itu.
Kelihatan dari jauh Hanbin berlari anak menuju ke arahnya. "Hai, Taeyeon kan?" Sapa Hanbin.
"Ya, saya Taeyeon. B.I sunbae panggil saya kenapa? Ada apa yang saya boleh tolong?" Seingatnya, belum pernah lelaki di hadapannya ini menegurnya begini. Kali terakhir Taeyeon dan Hanbin bercakap ialah pada perjumpaan kelab minggu lepas.
"Tak perlulah panggil saya sunbae. Panggil oppa je. And jangan panggil saya B.I, panggil saya Hanbin okay?"
"Tapi--"
"Tak ada tapi tapi. Panggil saya Hanbin oppa. Muktamad."
"Okay, Hanbin oppa." Taeyeon akur. "Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. Nak balik."
"Ehh, takkan la saya panggil awak tanpa sebab. Saya lapar. Jom teman saya makan?" Taeyeon mengangkat kening. Pelik, tiba-tiba je mamat ni ajak dia makan.
"Saya rasa, lain kali lah. Saya nak balik dah ni." Tolak Taeyeon. Bukan apa, dia cuma berasa janggal kerana hubungannya dan Hanbin tidaklah rapat mana. "Awak tak boleh tolak ajakan saya. Sebagai sunbae awak, ini arahan daripada saya. Jadi awak kena ikut. Lagipun, kalau awak tak nak keluar makan dengan saya, saya taknak makan. Kalau saya sakit awak kena bertanggungjawab."
Pulak dah mamat ni. Orang taknak nak paksa jugak. "Bolehlah, teman saya makan. Tak salahkan?" Sekali lagi Hanbin bersuara apabila dia melihat Taeyeon masih ragu-ragu.
"Okeylah, saya teman." Taeyeon tiada pilihan lain.
"Jom." Hanbin menarik tangan Taeyeon dan membawanya ke arah keretanya. Suara Taeyeon yang menyuruh Hanbin melepaskan tangannya tidak dihiraukan. Setibanya di hadapan kereta milik Hanbin, dia membuka pintu di tempat duduk penumpang dan membuat isyarat menyuruh wanita itu masuk. Setelah Taeyeon masuk, pintu itu ditutup dan dia masuk ke keretanya di tempat duduk pemandu.
"Saya boleh berjalan sendiri lah. Tak perlu ada orang pimpin pon." Hanbin di sebelahnya dikerling. "Tahu tak tadi semua orang pandang? Kalau peminat-peminat oppa yang banyak tu serang saya macam mana?"
"Dah tu awak nak saya buat apa supaya orang tak pandang? Tutup mata diaorang? Jangan risaulah. Tak ada siapa akan serang awak okey?" Hanbin mengenyitkan matanya ke arah Taeyeon sebelum kembali memandang ke arah jalan raya. Taeyeon hanya mencebik.
Setibanya di restoran, Taeyeon turun daripada kereta itu. Mereka memesan makanan apabila pelayan datang menyapa mereka.
"Oppa suka suara Taeyeon. Sebab tu oppa nak berduet dengan Taeyeon." Kata Hanbin sebaik sahaja pelayan itu beredar. "Kejap, oppa pernah dengar Taeyeon menyanyi?"
"Awak dah lupa ke saya salah seorang juri masa ujibakat hari tu Kim Taeyeon-sshi?"
"Ohh, ya saya lupa lah." Taeyeon tersenyum. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Terima kasih."
Hanbin yang duduk di hadapannya hanya tersenyum melihat Taeyeon. Baginya, Taeyeon sangat cantik apabila tersenyum seperti itu. "Awak tinggal dekat mana sebelum ni?"
"Saya tinggal dekat Kanada. Saya datang sini untuk belajar je." Jelas Taeyeon. "Oh ye ke? Muka awak nampak macam orang Korea dan sebutan Korea awak pun bagus. Saya betul-betul tak sangka awk bukan orang Korea."
Taeyeon tergelak. "Saya memang orang Korea la oppa. My parents orang Korea. Saya cuma tinggal dekat Kanada je. Sebab ayah saya kerja dekat sana." Jelasnya.
Selepas mereka tamat makan, Taeyeon meminta diri untuk pulang. "Saya rasa, saya balik dulu lah oppa. Terima kasih sebab belanja saya makan."
"Biar saya hantar awak." Pelawa Hanbin. "Tak perlu. Saya boleh balik sendiri."
"No, awak akan buat saya rasa tak selesa. Biar saya hantar awak okay? Jom."
Sekali lagi Taeyeon tiada pilihan lain. Taeyeon masuk ke dalam kereta Hanbin.
"Dah sampai." Kata Hanbin ketika mereka tiba di rumah Taeyeon. "Terima kasih Hanbin. Lain kali biar saya belanja awak okay?"
"Okay, saya tunggu janji awak. Lagi satu, bagi saya nombor awak boleh. Bukan apa, kita kan nak buat persembahan sama-sama jadi senang saya nak contact awak." Kata Hanbin memberi alasan. Taeyeon keluar dari kereta selepas memberi Hanbin nombornya.
•••
Done! Sorry if boring❤
Vote+Comment please! =)
160410
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...