Bab 10

380 40 0
                                    

Taeyeon sedang sibuk melihat telefonnya. Mereka berlima sedang makan di kafe universiti mereka. Dia tidak sedar keempat-empat rakannya memerhatikan gelagatnya yang tersenyum dari tadi. "Kau kenapa Taeyeon? Apa yang lawak sangat tu?" Tanya Joy. Tidak tahan dia melihat kawannya yg tersengih macam orang gila.

"Tak ada apa, aku mesej dengan kawan aku." Dia mengalihkan pandangannya ke rakannya itu. Sebenarnya, Taeyeon sedang sibuk bermesej dengan Baekhyun. Sejak perjumpaan mereka untuk kali kedua di Sungai Han tempoh hari, mereka menjadi semakin rapat.

Mereka sering bermesej, bercakap di telefon ataupun melakukan 'facetime'. Jika Baekhyun tiada schedule pula, mereka akan meluangkan masa bersama di Sungai Han atau di Taman Hangang. Mereka akan bermain basikal atau makan bersama.

Cuma semenjak kebelakangan ini, Baekhyun jarang berjumpa Taeyeon kerana dia perlu berlatih untuk konsert yang akan akan diadakan kurang dua bulan daripada sekarang.

××

"Aku setuju." Joy bersuara secara tiba-tiba. Mereka sedang duduk di ruang tamu sambil menonton Weekly Idol. Siapa tetamunya? Mestilah Exo. Semenjak berkawan dengan Baekhyun, dia sudah banyak kenal akan kumpulan-kumpulan idol di Korea.

Dia juga suka melihat telatah ahli-ahli Exo yang lain, seperti tidak tahu menjadi matang.

"Kau kenapa Joy? Tiba-tiba je. Apa yg kau setuju?" Taeyeon memandang Joy dengan pandangan pelik. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba bersuara.

"Hari tu kan kau ajak aku masuk Kelab Tarian dan Nyanyian. Aku setuju nak teman kau. Kalau kau tak nak tak apa."

"Kyaaaaa~ Mestilah aku nak. Thanks Joy! Nanti aku belanja kau pergi konsert Exo, yg VIP punya tiket, okay?" Jerit Taeyeon sambil memeluk Joy. Gembira mendengar persetujuan kawannya.

"Syuh sana jauh-jauh. Tak payah peluk-peluk. Rimas aku." Gurau Joy. Dia menolak Taeyeon jauh darinya. "Apa yg bising-bising ni? Dari bilik aku dengar. Siapa menjerit tadi?" Terkejut Yoona apabila mendengar jeritan dari dalam biliknya. Dia duduk di sofa yg berada di hadapan Taeyeon dan Joy.

"Taeyeon ni. Tiba-tiba je menjerit." Jawab Irene. "Tak ada apa. Kitaorang nak masuk Kelab Tarian dan Nyanyian."

"Ohh~ Kalau bab tu, memang korang berdua la pakar. Kalau kita orang yang lain ni menyanyi pecah cermin. Kalau kita orang menari pulak, mesti patah pinggang ni."

Mereka ketawa mendengar lawak Tiffany. Di antara mereka berlima, memang Taeyeon dan Joy sahaja yang mempunyai bakat dalam tarian mahupun nyanyian. Di sekolah mereka di Kanada juga mereka merupakan antara pelajar yang berbakat dalam bidang itu.

"Tapi aku dengar korang kena ujibakat dulu kan? Baru dapat masuk?" Tanya Yoona. "Yup. Ujibakat tu minggu depan." Jawab Taeyeon.

"Sebenarnya, aku tak nak masuk pun. Tapi disebabkan seseorang, aku ubah fikiran." Kata Joy. "Aku dah agak dah, mesti ada udang di sebalik batu. Kau ni bukan jenis yang akan tukar keputusan kau."

"Sebab siapa?" Soal Tiffany. "Korang tahu tak Hanbin? Sunbae kita dekat U tu?" Soalan dijawab dengan soalan.

"Siapa? Tak kenal pon."

"Kau memang Taeyeon, kalau bab lelaki memang kau tak ambik tahu." Usik Irene. "Aku rasa aku tahu. Dia pengerusi kelab yang korang nak masuk kan? Tapi orang panggil dia B.I je." Sambungnya lagi. Setahunya Hanbin merupakan kingka di universiti mereka. Bukan sahaja terkenal dengan wajahnya yang kacak, malah pandai dan juga berbakat dalam menyanyi dan menari. Banyak perempuan yang tergila-gilakan lelaki itu.

"Kau ni, kalau bab lelaki, mesti pakar kan? Tak habis-habis dengan perangai playgirl kau tu. Aku ingat kau setuju sebab aku, rupanya tak." Joy memang terkenal di kalangan lelaki. Di Kanada juga ramai lelaki yang sukakannya. Joy seorang yang cantik, tinggi dan pandai berfesyen. Walaupun dia berada dalam hubungan dengan seseorang, Joy tidak pernah serius. Cuma di Korea ini, Joy belum mempunyai hubungan dengan sesiapa.

On The SnowWhere stories live. Discover now