Bab 44

106 12 0
                                    

"Taeyeon-a, saya lambat sikit eh?" Katanya di hujung talian. "Okay, tapi kenapa? Semuanya baik-baik je kan?"

Baekhyun tersenyum sebelum berkata, "Tentulah, saya cuma--"

"Baekhyun." Baekhyun berpaling apabila mendengar ada suara memanggil namanya. Dia membuat isyarat supaya pemilik suara menunggu sebentar sebelum kembali kepada percakapannya dengan Taeyeon.

"Siapa tu?" Tanya Taeyeon, dahinya berkerut. Dia terdengar seperti suara seorang perempuan. "Tak ada apa-apa, saya telefon cuma nak beritahu yang saya lambat sedikit. Saya letak dulu." Tanpa menunggu lama, Baekhyun terus menamatkan panggilan.

"Kenapa dengan dia ni? Suara siapa tadi?" Dahinya dikerutkan, suara Baekhyun juga seperti tergesa-gesa untuk menamatkan panggilan. "Mungkin itu hanya jurumekap atau pekerja di syarikatnya dan masih ada sesuatu yang Baekhyun perlu lakukan." Kata Taeyeon, cuba berfikiran positif.

××

Taeyeon memandang ke arah pintu apabila terdengar pintu itu diketuk dari luar. Apabila muncul wajah yang dinantikan, terukir senyuman di wajah Taeyeon.

Baekhyun mengambil tempat di sisi katil Taeyeon. "Maaf, saya lambat sedikit. Ada sesuatu yang perlu diselesaikan." Taeyeon hanya mengangguk.

"Mana yang lain, mereka semua sudah balik ke?"

"Ya, saya suruh mereka pulang dulu. Kesian mereka sebab selepas habis kelas, mereka terus datang dan jenguk saya di sini. Pasti mereka letih."

"Oh, awak sudah makan? Ada apa-apa yang awak perlukan?" Taeyeon menggeleng sebelum berkata, "Tentulah saya sudah makan, sudah hampir pukul 12 pagi."

"Awak pula? Tentu belum makan kan?"

"Saya dah makan, awak tak perlu risau. Banyak makanan dekat SM tu jadi tentu saya akan makan." Taeyeon ketawa kecil kemudian menguap. Dia berasa ngantuk pula memandangkan hari juga sudah hampir tengah malam.

"Awak mengantuk? Tidurlah, biar saya temankan." Kata Baekhyun. "Kwaenchana, saya masih nak bercakap dengan awak."

Baekhyun menggeleng, "Kalau awak mengantuk biar saya tidurkan. Awak ke tepi sedikit."

Taeyeon ketawa kecil. "Wae? Katil ni sempit lah." Taeyeon seakan merungut tetapi dia masih mengikut kata-kata Baekhyun dengan memberikan ruang untuk Baekhyun baring.

"Semakin sempit, semakin saya suka." Kata Baekhyun sambil bangun dari duduknya dan berbaring di sisi Taeyeon.

Posisi mereka kini ialah mereka mengiring menghadap wajah masing-masing. Tangan Baekhyun memeluk pinggang Taeyeon dan Taeyeon juga memeluk pinggang Baekhyun.

"Gomawo Baekhyun-a, sebab sentiasa datang dan temankan saya hampir setiap malam." Kata Taeyeon. "Tentulah saya datang, awak teman wanita saya dan saya sayangkan awak. Saya minta maaf sebab tak dapat teman awak dan hantar awak pulang esok."

Taeyeon tersenyum, "Sudah lapan kali awak berkata begitu Baekhyun. Saya dah cakap, saya tak apa-apa. Lagipun ada Joy, Irene, Tiffany dan Yoona yang boleh jemput saya esok. Awak selalu datang dan jumpa saya pun dah cukup untuk buat saya gembira."

"Saya lebih gembira kalau awak gembira. Sekarang, saya nak awak tidur. Okay?" Kata Baekhyun lagi. Taeyeon mengangguk. "Tapi, boleh lakukan sesuatu untuk saya?" Kata Taeyeon yang masih setia memandang wajah kacak Baekhyun.

"Apa sahaja untuk bidadari saya." Kata Baekhyun sambil sekali-sekala mengelus rambut wanita itu. Taeyeon tergelak kecil mendengar kata-kata Baekhyun. "Norae buleojwo." (Nyanyikan satu lagu untuk saya.) Pinta Taeyeon.

"Arasseo, saya akan dengarkan awak suara saya yang sedap ni supaya awak akan tidur dengan lena malam ni."

Baekhyun menongkat kepalanya dengan tangannya dan bersedia untuk menyanyi manakala Taeyeon memejamkan matanya.

On The SnowWhere stories live. Discover now