Bab 27

136 11 2
                                    

Taeyeon tidak senang duduk. Dari tadi ada sahaja anggota badannya yang bergerak-gerak. Sekejap kakinya, selepas itu tangannya pula. Dia berasa amat gemuruh ketika ini kerana dalam masa beberapa minit sahaja, persembahan mereka akan dimulakan.

Dia sudah melakukan yang terbaik ketika latihan. Bukan dia tidak biasa melakukan semua ini tetapi apa yang paling mendebarkannya ialah persembahan ini merupakan sesuatu yang dinantikan setiap tahun. Ia bukan sahaja disaksikan oleh pelajar tetapi pensyarah di situ dan tetamu kehormat yang hadir pada malam itu.

"Kwaenchana?" Hanbin duduk di sisi Taeyeon. Dia memandang Hanbin dan tersenyum namun jelas kelihatan mukanya sedang gelisah. "Jangan risau, oppa yakin Taeyeon boleh lakukannya."

"Macam mana kalau Taeyeon rosakkan persembahan kali ni?" Hanbin tergelak kecil. "Taeyeon kena percaya dengan diri sendiri. Kalau oppa percayakan Taeyeon, kenapa Taeyeon tak percayakan diri sendiri?" Kata-kata Hanbin membuatkan Taeyeon sedikit tenang.

"Gomawo." Kata Taeyeon.

"Okay guys, dah tiba masa untuk persembahan kita." Kata Jessica sambil menepuk tangan supaya perhatian diberikan kepadanya. Taeyeon kembali gementar mendengar kata-kata Jessica tetapi dia berjaya mengawal emosinya.

Persembahan dimulakan dengan nyanyian Jinwoo dan Minhye. Suara mereka amat serasi. Sekumpulan penari termasuk Joy dan Suzy pula menyambung persembahan itu. Tarian itu direka oleh Hanbin dan Taehyung bersama beberapa lagi ahli kumpulan mereka. Ianya amat gempak sehingga membuatkan penonton tidak henti-henti bersorak. Persembahan malam itu disudahkan dengan nyanyian Taeyeon dan Hanbin yang menyanyikan lagu Some.

Taeyeon lega segalanya berjalan dengan lancar. Dia betul-betul berharap dia dapat lakukannya lagi. Gembira benar dia melihat penonton yang tidak henti-henti bersorak namanya dan Hanbin setelah tamat persembahan mereka tadi.

××

"Chukkahae!!" Bunyi gelas dilagakan di tengah-tengah meja kedengaran selepas mereka sama-sama mengucapkan tahniah.

"Akhirnya, apa yang kita usahakan selama ni berjaya juga. Tahniah semua." Kata Hanbin selaku ketua kelab mereka.

Persembahan yang telah dipersembahkan mendapat pujian dari semua pihak. Taeyeon berasa amat gembira kerana sudah sekian lama dia tidak membuat persembahan di hadapan orang ramai seperti tadi. Walaupun dia takut pada mulanya, semuanya berjalan dengan lancar.

"Apa kata kita pergi bercuti?"aki itu, mereka semua mula bersorak supaya menerima cadangannya. Agak riuh suasana di kedai itu kerana semua yang terlibat dengan persembahan berada di situ. Lebih kurang 30 orang semuanya.

"Arasseo. Kita akan pergi bercuti dan kami akan aturkan semuanya. Tapi, kita takkan pergi ke tempat yang terlalu jauh." Mereka semua bersorak kegembiraan kerana apa yang Krystal katakan. Tidak sabar rasanya untuk pergi bercuti.

××

"Kyungsoo-ya, mwohae?" Tanya Taeyeon kerana melihat Kyungsoo bersendirian di dapur. Dia datang ke dorm mereka tadi kerana dipinta oleh Sehun. Katanya rindu dengan masakan Taeyeon.

Selesai sahaja makan, mereka semua berkumpul di ruang rehat di tingkat atas untuk bermain permaimam video kecuali Kyungsoo. Apabila dia berasa bosan, Taeyeon meminta diri untuk ke dapur.

"Eoh, Taeyeon-a. Kenapa tak duduk di atas bersama mereka yang lain?" Tangan Kyungsoo tidak berhenti bergerak membuat kerjanya. "Saya cari awak, kenapa berada di dapur sendirian?" Dia tidak menjawab tetapi malah bertanyakan soalan.

"Saya tengah siapkan cupcakes untuk awak." Kyungsoo mengangkat satu kek cawan. "Cuba rasa." Kyungsoo menghulurkan Taeyeon kek cawan buatannya itu.

"Emmm, masyiseseoyo!" Kata Taeyeon, jujur. "Awak memang pandai buat kek cawan ke?"

On The SnowWhere stories live. Discover now