Senyuman pantas terukir di bibir dua lelaki itu apabila melihat wajah dua orang wanita yang dinanti masing-masing sedari tadi.
Taeyeon yang berada tidak jauh dari Baekhyun juga turut tersenyum melihat teman lelakinya itu. Langkah kaki Taeyeon dan rakan-rakannya terhenti apabila menyedari langkah kaki Joy terhenti.
"Kau kenapa?" Tanya Irene. Tangannya tidak melepaskan pegangan kepada troli yang berisi bagasi mereka berlima.
"A-apa mamat tu buat dekat sini?" Joy tidak memandang si penanya soalan tetapi matanya digam kemas kepada lelaki yang berada di sebelah Baekhyun. Setahunya hanya Baekhyun yang akan datang untuk menjemput mereka berlima di lapangan terbang.
"Nak jemput kau jugak mungkin? Biasalah, dah tiga bulan kan tak jumpa. Mesti orang tu rindu." Rakannya yang lain ketawa mendengar usikan Taeyeon.
"Jadi kau dah tahulah yang dia nak datang sini hari ni?" Taeyeon menggeleng. "Taeyeon-ahh~" Rengek Joy. Taeyeon ketawa sebelum berkata, "Betul lah, aku memang tak tahu apa-apa." Kata Taeyeon lagi untuk meyakinkan rakannya itu.
"Jom je lah, bukannya dia akan apa-apakan kau pun." Mereka berempat kemudiannya kembali menyambung langkah mereka dan meninggalkan Joy yang masih terpinga-pinga itu.
"Aishh, tunggulah aku!" Kata Joy sebelum berlari anak untuk menyamakan langkah kakinya dengan rakannya yang lain.
Sesampainya sahaja Taeyeon di hadapannya, pantas dirangkul tubuh wanita itu masuk ke dalam pelukannya.
"Bogoshippeo." (Saya rindukan awak.) Baekhyun membisik lembut ke telinga Taeyeon membuatkan wanita itu tersenyum sebelum membalas, "Nado." (Saya juga.)
Baekhyun menggosok lembut kepala Taeyeon setelah meleraikan pelukan mereka. Dia kemudiannya tersenyum kepada rakan Taeyeon yang lain. Matanya kemudian melihat pula Chanyeol dan Joy yang sedang bercakap beberapa meter daripada lokasinya ketika itu.
"Jaljinaesseo?" (How have you been?) Tanya Chanyeol dengan lembut. "Tentulah saya baik-baik sahaja. Lagipun bukannya lama pun, baru sahaja 3 bulan saya di Kanada." Joy tersenyum segaris.
"3 bulan?" Chanyeol mempamerkan riak terkejutnya. "Awak pasti? Saya ingatkan dah tiga tahun. Awak tahu tak yang saya rindukan awak?"
Wanita di hadapannya iti dipeluk sebelum berkata, "Kenapa awak pergi macam tu sahaja? Tak beritahu saya apa-apa?" Chanyeol masih sedikit kecewa dengan Joy yang langsung tidak memberitahunya apabila dia ingin pulang ke Kanada.
Pelukan dileraikan dan tangan kiri Joy dipegang kemas sebelum dia menyambung kata-katanya, "Jika Taeyeon tidak memberitahu saya, pasti saya tidak tahu sehingga ke hari ini yang awak berada di Kanada dan kalau Baekhyun tak beritahu saya yang awak balik ke Seoul hari ni, pasti saya masih tidak tahu awak sudah pulang."
Joy tersenyum kelat, tangannya yang berada di dalam pegangan Chanyeol ditarik perlahan sehingga ianya terlerai. "Saya tak rasa hubungan kita terlalu mesra sehinggakan saya perlu beritahu Chanyeol-SSHI tentang semuanya." Sengaja Joy menekankan perkataan 'sshi' itu. Dia memberikan senyuman sebelum berlalu ke arah di mana rakannya yang lain berada meninggalkan Chanyeol yang mengeluh sendirian.
"Saya tahu yang ini ialah laluan untuk vvip tapi bukankah ianya masih berbahaya untuk kita duduk di sini lama-lama?" Tanya Joy.
Baekhyun yang menyedari perkara itu segera mengajak mereka semua untuk pulang.
"Korang semua lapar? Kalau lapar, kita boleh singgah makan dulu." Tanya Baekhyun setelah perjalanan dimulakan.
"Haa, kalau macam tu jom pergi makan dekat restoran mak oppa, macam mana? Korang belum--"
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...