"Saengil chugha habnida, saengil chugha habnida, saranghaneun uri Baekhyun-i, saengil chugha habnida! Yeahh!" Nyanyi mereka serentak. Mereka menepuk tangan apabila lagu tamat. Baekhyun membuat permintaan. Dia mengambil masa yang agak lama dan Baekhyun kelihatan sangat serius. Selepas itu, lilin ditiup. Sekali lagi, mereka menepuk tangan.
"Akhirnya, boleh nyanyikan lagu hari jadi tanpa jeritan nyaring, kan?" Jongdae sudah memulakan hobinya iaitu menyakat orang. "Itulah, sakit telinga Sehun." Giliran maknae itu pula menyokong. "Nasib baik kek ni tak tercampak tadi. Kalau tak, membazir je." Kata Jongdae lagi dalam nada gurau.
"Haih sudahlah tu nak menyakat orang." Kata Junmyeon apabila melihat muka Taeyeon yang merah padam. Malu dia dibuatnya.
"Best ke hyung? Dapat buat 'free show' tadi?" Kata Kai sambil tersengih. Elok lah tiga ekor ni. Aku sekeh nanti.
"Aish! Geumanhae! Meokgo gaja." Baekhyun ingin mengubah topik. Mukanya juga membahang kerana terlalu malu. Kimchi spaghetti buatan Kyungsoo itu menjadi topiknya. Nampaknya taktik Baekhyun berjaya. Mereka mula menumpukan perhatian terhadap makanan.
Dalam diam dan tanpa disedari sesiapa, Baekhyun dan Taeyeon saling berpandangan. Taeyeon menggerakkan mulutnya untuk berkata terima kasih kepada Baekhyun kerana telah berjaya menukar topik. Baekhyun hanya mengangguk dan tersenyum.
Namun Taeyeon masih berasa malu dengan apa yang terjadi tadi. Dia agak kecewa apabila kejutan yang dirancang tidak berjalan seperti yang sepatutnya.
[FLASHBACK]
"Ahhhhh!!" Suara Taeyeon yang nyaring telah memberhentikan nyanyian mereka. Taeyeon segera memusingkan badannya supaya tidak menghadap Baekhyun.
Mukanya menjadi merah padam apabila melihat Baekhyun yang hanya memakai tuala di pinggangnya. Tiada pakaian yang tersarung di tubuhnya. Rambutnya juga basah. Baekhyun baru sahaja selesai membersihkan dirinya.
Baekhyun juga terkejut dengan apa yang terjadi. Mana tak nya, dia yang baru sahaja selesai mandi diberi kejutan sebegini. Belum sempat memakai sebarang pakaian pun. Dengan segera Baekhyun masuk ke walk-in-closet nya dan mencari baju dan seluar yang sesuai dipakai.
"Ya! Korang dah nampak aku tak pakai baju, kenapa tak cepat-cepat tutup mata Taeyeon hah?!" Jerit Baekhyun dari dalam walk-in-closet nya itu.
Ahli lain masih tercengang. Tidak pasti apa yang terjadi. Apabila kesemua mereka telah kembali ke alam realiti, masing-masing mula menjawab.
"Aku lupa Taeyeon ada kat sini."
"Haah, biasanya tak ada orang lain jadi tak kisah lah."
"Hyung tak ingat lah Baekhyun. Mianhae."
Taeyeon masih kekal dalam posisinya. Kek ditangannya masih dipengang erat. Baekhyun keluar dari tempat dia memakai baju. Mukanya kelihatan agak marah. Sebenarnya dia malu dan sebab ingin menutup perasaan malunya, dia sengaja memarahi mereka.
"Idea siapa ni?" Tanya Baekhyun. Kerut di dahinya tidak hilang sejak mereka masuk ke biliknya secara tiba-tiba. "Taeyeon, awak dah boleh pusing. Saya dah lengkap berbaju." Kata Baekhyun setelah mendengar Jongin berkata yang ini idea Taeyeon.
Taeyeon masih ragu-ragu. Perlukah dia betul-betul pusing? Atau tidak? Otaknya ligat memikir tentang perkara itu. Baekhyun yang melihat Taeyeon masih teragak-agak, berjalan menghampiri belakang Taeyeon.
Taeyeon terasa bahunya dipegang dari belakang dan badannya dipusing. "Tengok. Saya dah pakai baju." Baekhyun sudah seperti model yang mempromosikan baju. Menunjuk yang dia sudah berpakaian lengkap. Kek di tangan Taeyeon diambil dan diberikan kepada Kyungsoo.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...