Bab 9

363 41 4
                                    

Selepas tamat latihan di bangunan SM, mereka semua pulang ke dorm. Seperti biasa, Baekhyun keluar semula selepas makan malam untuk ke Sungai Han. Dia berharap dapat berjumpa dgn perempuan itu.

Suasana di situ sangat nyaman. Dia menunggu di situ selama beberapa minit sebelum matanya menangkap satu kelibat perempuan yang berada beberapa meter daripadanya. Dia tersenyum apabila yakin itu orang yg dicarinya selama ini.

Dia berjalan mendekati perempuan itu. "Hai." Tegurnya.

Taeyeon terkejut dan takut. Dia tidak tahu siapa lelaki di sebelahnya. Kenapa Taeyeon berada di sini? Selepas membeli ramyeon, dia singgah ke sini sekejap. Ingin menghirup udara segar. Baru sahaja dia hendak lari, lelaki ini membuka topi dan mask yg dipakainya.

Ahh~ Baru dia ingat. Ini lelaki yg dia jumpa dua minggu lepas. "Ohh. Kau rupanya? Apa kau nak? Kau nak cakap aku ni tak diajar ke? Atau kau nak suruh aku minta maaf lagi?"

"Garangnya. Sebenarnya, saya yg nak minta maaf. Saya terlepas cakap hari tu. Boleh awak maafkan saya?" Baekhyun meminta maaf. "Saya dah banyak kali tunggu awak dekat sini, tapi awak tak pernah datang." Sambungnya lagi. "Apa aku dapat kalau aku maafkan kau?" Tanya Taeyeon. Sebenarnya, dia dah lupakan apa yang lelaki ini cakap padanya tempoh hari. Taeyeon bukanlah jenis yang suka berdendam.

"Saya akan buat apa sahaja yg awak nak. Tapi kena masuk akal eh? Jangan suruh saya bunuh diri or bagi semua harta saya sudah."

"Tak jadi lah aku nak maafkan kalau mcm tu." Gurau Taeyeon. Senyumannya disembunyikan. "Kenapa pulak? Heogsi, awak memang nak suruh saya buat macam tu ke? Awak biar betul?"

Taeyeon ketawa. Geli hatinya melihat gelagat lelaki di hadapannya yang kelihatan panik. "Fine, aku maafkan kau tapi, kau jangan buat macam tu lagi."

"Jadi awak nak saya buat apa untuk awak, sebagai tanda minta maaf?"

"Itu nanti aku fikir." Jawab Taeyeon. "So, kita kawan kan sekarang. Nama saya Baekhyun. Byun Baekhyun." Dia menghulurkan tangan sebelum Taeyeon menyambutnya dan berkata "Taeyeon. Kim Taeyeon"

"Awak lagi muda daripada saya kan? So, panggil saya oppa, okay?" Arah Baekhyun. "Kalau saya tak nak?"

"Aish budak ni. Hormat lah sikit."

"Tak nak. Tadi awak tanya apa yang awak patut buat sebagai tanda minta maaf kan? Saya nak awak bagi saya panggil awak Baekhyun. Lagi pun tadi awak cakap kita kawan?" Tegas Taeyeon tetap dengan pendiriannya. Cukup bagus dia tukar percakapannya daripada aku-kau kepada saya-awak.

"Haih, ikut suka lah. Panggil lah saya Baekhyun."

Malam itu, mereka berborak tentang diri dan latar belakang mereka. Mereka terlalu asyik bercerita sehingga tidak sedar masa berlalu. Mereka berasa selesa antara satu sama lain walaupun baru sahaja berjumpa.

"So, awak memang tak kenal saya masa kita jumpa dulu?" Tanya Baekhyun. "Tak, sebab saya tak minat dengan artis Korea ni. Masa dekat Kanada, saya tak ambil tahu pasal Korea." Jawab Taeyeon. "Tapi kenapa awak duduk dekat Kanada walaupun awak lahir dekat sini?" Tanya Baekhyun lagi.

"Sebab appa ada business dekat Kanada. Awak tahu tak jenama fesyen T&J?"

"Jadi tu ayah awak punya syarikat?" Angguk Taeyeon. Syarikat fesyen T&J merupakan syarikat fesyen yang besar dan terkenal di seluruh dunia. Jenama itu dipakai oleh orang-orang yang kaya dan ternama. Exo juga selalu memakai pakaian jenama itu kerana ianya adalah salah satu penaja SM Entertainment.

"Tadi, saya ada nampak awak dalam tv and saya cakap dekat kawan saya yg saya pernah jumpa awak. Dia cakap saya gila. Sebab saya tak mungkin akan jumpa member Exo."

On The SnowWhere stories live. Discover now