"Aigoo, ya! Ireona." Lengan Joy ditepuk perlahan. Sudah banyak kali dikejutnya. Apabila bangun tidur di biliknya, di tidur pula di bilik sendiri.
"Lima minit lagi, please?" Rengek Joy dalam tidurnya. "Kau jangan nak mengada. Sudahlah hampir seminggu tak masuk kelas. Sekarang kau nak masuk kelas lambat pulak? Jangan salahkan aku kalau kau tak boleh ambik final exam nanti." Ugut Taeyeon.
Mendengarkan kata-kata Taeyeon, pantas dia tersedar dari tidurnya. "Tahu pun takut. Aku tahulah kau marahkan aku tapi bukan bererti kau boleh risiko kan pembelajaran kau. Cubalah matang sikit."
"Kau pandai cakap orang, tapi kau tu? Aku tahulah kau risaukan aku tapi bukan bererti kau boleh risiko kan kesihatan kau. Cubalah matang sikit."
"Kita berbeza okey?" Tangannya diangkat untuk mengetuk kepala Joy tetapi sempat dia mengelak. "Ada je kau nak jawab. Dah lah pergi mandi cepat. Lambat nanti kau jugak susah."
"Baiklah Cik Kim." Dia meregangkan badannya sebelum berdiri dan menuju ke bilik air.
Dahi Taeyeon berkerut apabila melihat sesuatu di pergelangan tangan Joy. Ianya berbalut. "Ya, Joy. Sekejap." Tangan kirinya ditarik supaya Joy berhenti. "Kenapa berbalut ni?" Tanya Taeyeon sambil memegang tangan kanan Joy.
"Ta-tak ada apalah." Dia menarik tangannya dan menyoroknya di belakang badannya. "Tak ada apa pun. Aku cuma terseliuh." Dalih Joy. Dia tidak mahu sesiapa tahu apa yang terjadi kepadanya. Dia tidak mahu mereka berasa risau.
Taeyeon memegang kembali tangan itu. "Kau dah pergi klinik ke? Macam mana boleh terseliuh ni?"
"Alah, kau jangan risaulah. Aku tak apa-apa. Kau pergilah siap, aku nak mandi. Tadi kau yang kata kita tak boleh lambat kan?" Joy tersenyum untuk meyakinkan Taeyeon bahawa dia benar-benar tidak apa-apa.
Taeyeon mengeluh. "Ye lah, tapi jangan lupa letak ubat. Nanti makin teruk pulak."
"Baiklah Doktor Kim." Mereka berdua ketawa kecil. "Dah lah, cepat turun. Nanti tak sempat sarapan pula." Joy hanya mengangguk.
××
Ketika telefonnya berbunyi, Taeyeon sedang bersiap-siap di hadapan cermin. Dia tersenyum apabila mendengar nada dering lagu Beautiful yang berbunyi. Sudah tahu siapakah memanggilnya.
Taeyeon bangun dari meja soleknya untuk mengambil telefon yang berada di atas katilnya. Tanpa menunggu, dia menjawab panggilan itu. "Yeobuseyo?"
"Kwaenchana?" Suaranya kedengaran gelisah sekali.
"Wae? Kenapa tiba-tiba telefon saya dan tanya saya begitu?" Taeyeon pelik. "Awak ingat saya tak tahu apa jadi dekat awak semalam?"
"Apa?" Tanya Taeyeon. Dia benar-benar lupa. "Jadi, saya tak sepenting itu kepada awak untuk awak beritahu saya?"
"Beritahu apa ni? Cuba awak berterus-terang." Taeyeon menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Betul Kim Taeyeon? Awak nak buat saya macam ni? Awak betul-betul tak nak beritahu saya yang awak pengsan sebab tak makan semalam?" Kata Baekhyun. Nadanya serius.
Taeyeon terkejut. "Ma-macam mana awak tahu?"
"Saya risaukan awak macam orang gila semalam awak tahu tak? Kenapa sampai tak makan? Awak tu anak CEO bukannya pengemis sampai tak cukup makan!" Marahnya lagi.
Taeyeon tersenyum kemudiannya ketawa. "Ya! Saya serius kenapa awak gelak pula?"
"Aniya, saya suka setiap kali awak risaukan saya." Senyumannya masih tidak lekang di bibirnya. Baekhyun terdiam.
"Gomawo, hyunnie."
"Mwoya? Hyunnie?" Baekhyun ketawa kecil. "Awak panggil saya Yeonnie semalam, kan?" Baekhyun tersenyum. "Saya suka nama tu."
Tetapi senyumannya mati apabila dia tersedar sesuatu. "Sekejap! Pandai betul awak tukar topik kan? Apa masalah awak sehingga tak makan?"
"Tak ada apa-apa lah, semuanya sudah selesai."
"Betul?" Baekhyun meminta kepastian. "Betul, kali ni saya tak tipu."
"Baguslah kalau macam tu. Lega saya bila dengar."
"Geundae," Taeyeon teringat sesuatu. "Siapa yang beritahu awak tentang saya?"
"Taeyeon, saya rasa saya kena pergi dulu lah."
"Baekhyun..." Panggilnya. Dia tahu Baekhyun hendak mengelak dari menjawab soalannya. "Tiffany." Katanya perlahan.
"Cheongmal? Macam mana?" (Betul ke?)
"Saya telefon awak semalam dan dia jawab jadi, saya minta dia beritahu. Janganlah marah dia, saya paksa dia sebab saya risaukan awak semalam." Terang Baekhyun.
"Eh, takkanlah saya nak marahkan dia kan. Okey lah Baekhyun, saya matikan dulu panggilan ni. Annyeong!" Katanya dengan gelak yang dibuat-buat sebelum menekan butang untuk menamatkan panggilan.
"Hwang Mi Young!!" Jerit Taeyeon dengan geram setelah memastikan panggilan mereka ditamatkan.
•••
171203
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...