"Taeyeon, jom join kitaorang makan." Ajak Baekhyun. Tangan Taeyeon dipegang lembut dan menariknya perlahan supaya mengikutinya. Apabila tiba di meja, Taeyeon menegur mereka semua. "Annyeonghaseyo, oppa-deul." Dia tersenyum manis. Begitu juga ahli Exo yang lain. "Taeyeon-sshi! Wahh, anak pemilik syarikat TnJ rupanya awak ni." Kata Yixing, Tangannya menongkat dagu.
"Oppa! Tak perlu lah panggil Taeyeon macam tu. Taeyeon tak selesa lah." Taeyeon memandang Yixing. Mukanya dimasamkan sedikit.
"Arasseo, arasseo." Katanya sambil tergelak kecil. "Weh, bangun." Baekhyun menepuk bahu Sehun. "Kau pergi duduk dekat sebelah Junmyeon hyung tu."
"Wae?" Sehun merungut.
"Kwaenchana. Biar Taeyeon duduk sebelah Junmyeon oppa." Dia tahu Baekhyun menyuruh Sehun berubah tempat adalah kerana dirinya. Taeyeon berjalan menuju ke tempat yang masih kosong itu. Baru dua langkah dia berjalan, terasa tangannya ditarik membuatkan Taeyeon kembali berada di posisi tadi. "Tak perlu. Biar Sehun duduk di situ."
"Ah palli!" Katanya lagi apabila melihat Sehun tidak berganjak. Sehun mengeluh, mengangkat makanannya dan duduk di sebelah Junmyeon hyungnya. Baekhyun kembali duduk di tempatnya dan Taeyeon duduk di tempat Sehun tadi.
Taeyeon memandang ke arah Sehun sebagai tanda minta maaf tetapi Sehun hanya tersenyum menunjukkan tanda yang dia tidak apa-apa.
"Geundae," Taeyeon bersuara. "Tak apa ke Taeyeon duduk semeja dengan korang di tempat awam macam ni? Kalau orang nampak macam mana?" Katanya sambil memandang sekeliling.
"Tak apa Taeyeon. Dekat dalam bangunan ni setiap perkara yang idol atau pelatih lakukan, tiada siapa akan beritahu media sebab itulah peraturan di sini. Kitaorang agak bebas untuk buat apa-apa. Jadi, Taeyeon tak perlu risau ya?" Terang Yixing. Taeyeon mengangguk tanda faham. Lega rasanya.
"Mana Minseok oppa?" Kata Taeyeon apabila perasan yang ahli Exo di situ cuma seramai 8 orang. "Oppa dekat sini." Taeyeon mencari arah suara itu. Semua mata kini tertumpu kepada Minseok yang membawa seorang wanita. Wanita itu kelihatan amat cantik. Tubuhnya yang langsing, kulit putihnya dan rambutnya yang panjang dan lurus. Tangan Minseok diletakkan di atas bahu wanita cantik itu.
"Uri Umin hyung baru balik dari dating lah." Mereka semua tergelak mendengar usikan Jongdae. "Taeyeon, kenalkan ni Lee Mihyun. Dia salah seorang guru vokal di sini." Minseok memperkenalkan Mihyun kepada Taeyeon. Banyak betul sesi kenal mengenal hari ni.
"Mihyun-a, ni Taeyeon. Taeyeon muda dua tahun dari awak." Jelas Minseok kepada teman wanitanya pula. "Annyeonghaseyo, Mihyun-sshi." Taeyeon bangun dari duduknya dan menunduk hormat kepada Mihyun. "Aniya. Panggil eonni je."
"Arasseo Mihyun eonni."
"Taeyeon ni trainee baru dekat sini ke?" Dia belum pernah nampak wanita itu sebelum ini. Pantas Taeyeon menggeleng. "Aniya, Taeyeon--"
"Naekkeoya. Taeyeon naekkeoya, Mihyun noona." Potong Baekhyun. Taeyeon yang mendengar kata-kata Baekhyun itu sudah menyeringai memandang lelaki itu. Sekali lagi Taeyeon menggeleng dan berkata, "Tak eonni, Taeyeon dengan--" Sekali lagi, kata-katanya dipotong.
"Tak apa, noona faham." Katanya sambil tergelak kecil dan kenyitan mata ke arah Taeyeon. Ahli lain juga tergelak dengan situasi itu tetapi Taeyeon hanya diam menunduk malu. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah Baekhyun yang cakapnya main lepas itu.
Mereka semua duduk di satu meja sambil berborak tentang pelbagai perkara. Sesekali terdengar gelak tawa di antara mereka.
Perbualan di antara Taeyeon dan Mihyun terganggu apabila Baekhyun menepuk bahunya. Baekhyun di sebelah dipandang. "Wae?"
YOU ARE READING
On The Snow
FanficMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...