"Nampaknya appa awak belum tiba." Kata Baekhyun apabila tidak melihat kelibat sesiapa di tempat kereta Taeyeon diparkir. Mereka menyandarkan badan di kereta Taeyeon. "Jaljinesseo? Saya terlalu sibuk sampai tak sempat jumpa awak. Neomu bogoshipeo." Taeyeon tersenyum kecil.
"Ya, saya baik-baik sahaja. Tak perlu risaukan saya. Awak tu, kena ingat pesan saya. Apeujima, Baekhyun-a." Taeyeon berkata dengan lembut. Mukanya penuh dengan kerisauan. Baekhyun menunjukkan segaris senyuman kepada Taeyeon. Rambut yang menutupi sebahagian wajah wanita itu diselak ke belakang telinga. Kepalanya diusap perlahan.
"Saya takkan jatuh sakit, yagsog. Tapi, prihatin betul awak dekat saya kan? Awak dah mula sayangkan saya eh?" (Janji.)
"Tolonglah. Jangan perasan sangat boleh tak? Saya tak nak peminat awak risaukan awak je. Dah lah, kalau saya layan kerenah awak ni, sampai esok pun tak habis."
Baekhyun ketawa. "Saya perasan sesuatu. Ada tak saya cakap awak cantik hari ni?"
"Mwo?" Taeyeon keliru. Baekhyun yang bersandar di kereta itu berdiri tegak. Baekhyun kini menghadap Taeyeon dan jarak mereka hanyalah beberapa meter sahaja. Taeyeon sudah memejam rapat matanya apabila bibir Baekhyun didekatkan ke arah bibirnya.
Namun Baekhyun tidak berhenti di bibir wanita itu malah ia mendekati telinga Taeyeon dan membisikkan sesuatu.
"Yeuppeuda. Awak cantik hari ni." Mendengar bisikan Baekhyun, terus terbuka luas matanya. Setelah habis berkata, Baekhyun kembali memandang Taeyeon dan menyedari sesuatu. "Eo? Neo eolguli ppalgaejyeosseo." (You're blushing.)
Pantas kedua tapak tangannya menutup kedua belah pipinya sambil memandang Baekhyun dengan geram. Sudah mahu terkeluar jantungnya tadi, mamat ni memang benar-benar suka mengusiknya. "Awak tutup mata tadi. Seolma..." Baekhyun mengangkat sebelah keningnya. "Awak ingat saya nak cium awak?" Soal Baekhyun.
Taeyeon memukul dada Baekhyun, "Boleh tak awak berhenti usik saya?" Malu Taeyeon dibuatnya. Baekhyun ketawa lagi. "Ahh, neomu gwiyeowo. Awak seksa saya dengan kecantikan dan kecomelan awak tu."
Taeyeon tidak dapat memahan dirinya dari tersenyum. Kata-kata Baekhyun membuatkan dia tersenyum. Mereka sama-sama tersenyum dan ketawa kecil.
"Ehem." Suara garau Encik Kim membuatkan senyuman mereka pudar. Pantas Baekhyun menunduk hormat apabila melihat Encik Kim berada di hadapannya. "Annyeonghaseyo."
"Kamu ni, Baekhyun kan? Kumpulan Exo."
"Ne, saya Baekhyun." Kata Baekhyun dengan sopan. "Jadi, apa kamu buat dengan anak saya?" Wajahnya benar-benar serius. "Saya--"
"Appa." Belum sempat Baekhyun menghabiskan ayatnya, Taeyeon pantas mencelah.
"Kamu diam. Appa tak bercakap dengan kamu." Dia memandang Taeyeon sekejap sebelum kembali memandang Baekhyun. "Cheoseonghaeyo, Kim hoejangnim."
"Appa jom balik, na paegopa." (Saya lapar.) Sengaja Taeyeon menukar topik tetapi appanya langsung tidak menghiraukannya.
Suasana sunyi sebentar sebelum Encik Kim ketawa kerana melihat Baekhyun yang kelihatan gementar.
"Kenapa kamu nampak takut ni? Saya tanya je." Katanya dengan tawa yang masih bersisa. "Lagi satu, jangan panggil saya macam tu. Panggil abeonim pun okey." Tidak seperti tadi, kali ini Encik Kim menghulurkan senyuman manis kepada Baekhyun. Sebenarnya sengaja dia ingin menyakat lelaki muda itu.
"Ne, abeonim." Jawab Baekhyun. Encik Kim kemudiannya membuka langkah menuju ke pintu kereta sebelah pemandu. Namun, dia berhenti sekejap ketika lalu di sebelah Baekhyun, membisikkan sesuatu di telinganya. Baekhyun mengangguk dan tersenyum sedikit manakala Encik Kim menepuk-nepuk bahu Baekhyun. Dia kemudiannya masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...