"Jalmokkeuseubnida." Kata mereka serentak sebelum menjamah makanan yang dimasak oleh Joy dan dua orang peserta perempuan tadi.
Taeyeon yang sedang makan terhenti kunyahannya apabila dia melihat sesuatu di dalam stew itu. Udang! Dia memandang Joy yang sedang khsyuk makan dengan wajh terkejut bercampur cemas. "Joy! Geuman. Berhenti makan." Tangannya menahan Joy yang ingin menyuapkan makanan itu.
"Wae? Aku tahulah kumpulan kau menang tapi janganlah halang aku makan. Aku lapar ni. Penat tahu tak--"
"Kau letak udang ke masa memasak tadi?" Dia memotong Joy yang sedang bercakap. Kalau tunggu ayatnya habis, sampai esoklah jawabnya. "Tak." Jawabnya ringkas.
"Habis tu, ni?" Dia mengangkat makanan laut dari dalam mangkuknya itu dan menunjukkannya kepada Joy membuatkan dia terkejut. "Jangan makan." Kata Taeyeon. Sebenarnya Joy ada alahan terhadap udang. Jika dia memakannya atau sesuatu yang mengandungi udang, badannya akan gatal-gatal atau dia akan mengalami sesak nafas. Lebih teruk lagi, dia akan terus pengsan. "Kau okay tak ni? Ada rasa gatal-gatal atau sesak nafas?"
Joy menggeleng, "Jangan risaulah. Aku baru makan sikit je. Lagipun tak ada udang pun dalam mangkuk aku."
"Betul ke ni?" Tanya Taeyeon risau. Joy hanya mengangguk untuk meyakinkan rakannya itu. "Jamkkanman." (Tunggu sekejap.)
Taeyeon masuk ke khemah mereka dan mengambil sesuatu dari dalam bagnya. Apabila dia jumpa barang yang dicarinya, dia keluar dari khemah itu dan kembali duduk di sebelah Joy.
"Aku bawa sup segera ni, kau makanlah. Lepas tu makan ubat okay?" Joy menunjukkan segaris senyuman. Dia berharap selepas dia makan ubat, tiada apa-apa akan terjadi.
××
Ketika itu Taeyeon sedang berjalan menuju ke khemah mereka sebelum melihat Joy yang dari jauh sedang menggaru-garu badannya. Taeyeon berlari-lari anak menuju ke arah Joy.
"Wae geurae? Kau dah makan ubat ke?" Joy hanya mengangguk namun tangannya masih tidak berhenti menggaru. Taeyeon memberhentikan perbuatannya, takut makin teruk jadinya.
Boleh nampak wajah Joy yang dipenuhi bintik kemerahan walaupun dalam kegelapan malam. "Kau rehatlah, biar aku beritahu Puan Choi."
Joy masuk ke dalam khemah sambil diiringi Taeyeon. Dia membaringkan Joy dahulu sebelum keluar untuk memberitahu Puan Choi.
Apabila melihat kelibat wanita itu, dia berlari anak untuk mendapatkannya. Dia sedang bercakap dengan Hanbin. Apabila mereka berhenti berborak, Taeyeon berkata, "Seongsaenim, Joy tak sihat. Dia dah makan ubat jadi saya suruh dia rehat awal."
"Wae? Dia demam ke?" Taeyeon menggeleng. "Aniya, Joy alah dengan udang dan makanan tadi mengandungi udang. Dia cakap dia tak letak jadi saya pun tak pasti macam mana makanan tu boleh ada."
Mendengarkan apa yang Taeyeon katakan membuatkan Hanbin terkejut dan segera berlari meninggalkan mereka berdua. Dia mencari khemah Joy. Terkejut juga Puan Choi dan Taeyeon yang melihat Hanbin tiba-tiba berlari namun mereka hanya membiarkannya.
"Dia perlu dibawa ke klinik ke?" Sekali lagi Taeyeon menggeleng, "Saya dah tanya dan dia kata dia cuma perlukan rehat sekarang."
"Baiklah kalau macam tu, kalau ada apa-apa jadi tolong beritahu saya segera." Taeyeon mengangguk.
××
"Krystal!" Panggil Hanbin. "Wae?"
"Mana khemah Joy?" Dahinya dikerutkan, "Kau kenapa nak cari khemah dia?" Peliknya dengan perlakuan Hanbin. "Beritahu lah, aku bukan nak buat perkara tak senonoh pun. Kau dan Joy kongsi khemah kan?"
Krystal menggeleng. "Tak, dia kongsi dengan Taeyeon. Khemah dia yang hujung sekali. Sebelah khemah aku." Tangannya menunjuk ke arah khemah mereka didirikan. Tanpa mengucapkan terima kasih, pantas dia meluru ke khemah yang dikatakan Krystal.
Perlahan-lahan dia mendekatinya dan apabila tiba di sisi khemah itu, dia mencangkung. "Joy-a." Panggilnya perlahan. "Jani?" (Dah tidur ke?) Kalau Joy sudah tidur, Hanbin akan pergi.
"Joy-ssi." Panggilnya lagi dalam nada yang sama. "Geurae, jalja. Saya jumpa awak esoklah." Baru sahaja dia hendak bangun, satu suara menegurnya membuatkan dia berhenti. "B.I sunbae?"
"Eoh, naya." (Ya, saya ni.) Mereka hanya bercakap tanpa melihat wajah masing-masing. Kain khemah yang nipis itu telah memisahkan mereka.
"Kwaenchana?" Hanbin bermain-main dengan rumput di situ. "Ne, nan kwaenchana. Waeyo?"
"Mianhaeyo." Hanbin menarik nafasnya. "Saya salah, saya yang masukkan udang. Sepatutnya saya dengar dengan teliti pesan awak supaya tak jadi macam ni, tapi tak. Saya cuai."
Joy ketawa kecil. "Kwaenchanayo, B.I sunbaenim. Geokjeonghajimaseyo, saya cuma perlukan rehat dan dalam masa beberapa hari saya pasti sembuh." Joy meyakinkan lelaki itu.
"Jadi awak rehatlah. Mianhae sebab kacau. Jalja." Hanbin berlalu meninggalkan Joy yang hatinya sedang berbunga-bunga. Gembira sekali apabila Hanbin merisaukannya walaupun dia tahu Hanbin risau hanya kerana semua yang terjadi adalah salahnya namun Joy tetap berasa gembira.
Hanbin pula masih berasa serba salah dan menyesal di atas perbuatannya sendiri. Kata-kata Joy tidak dapat menenangkannya. Kalau sahaja dia mendengar kata-kata Joy dengan teliti dan memasukkan ayam dan bukannya udang. Joy pasti tidak jatuh sakit.
•••
Sorry sbb tak pnjg sgt😅idea takde ah haha
Anyway, siapa pegi sabtu ni? #ExordiuminMalaysia
170313
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...