Bab 31

166 23 3
                                    

Joy yang sedang tidur terjaga kerana mendengar seseorang menjerit. Tidak pasti apa yang dijeritnya tetapi dia pasti itu suara wanita. Dia bercadang untuk membiarkan sahaja dan sambung tidur namun niatnya itu dibatalkan apabila melihat Taeyeon tiada di tempatnya.

Joy mencari jaketnya dan keluar dari khemah. Selipar disarungkan dan dia mula mencari Taeyeon di sekitar kawasan perkhemahan itu. Risau sungguh jika apa-apa terjadi pada Taeyeon.

Joy tersenyum lega apabila dia menjumpai Taeyeon tetapi senyumannya pudar apabila melihat Taeyeon bersama Hanbin. Joy menyorok di belakang pokok di situ. Mencuri dengar apa yang dibualkan mereka.

Tiba-tiba dia melihat Hanbin memegang tangan Taeyeon sebelum berkata, "Nan niga joha. Ani, neon saranghae." (Saya sukakan awak. Tak, saya sayangkan awak.)

Joy menekup mulutnya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kerana sudah tidak sanggup untuk mendengar perbualan mereka, Joy kembali ke khemah. Air matanya mula bertakung dan setitis demi setitis ia gugur di pipi wanita itu.

Malam itu, dia tidur bertemankan air mata dan sebuah hati yang kecewa.

××

"Kenapa tak duduk sebelah Joy?" Tanya Jessica. Pelik kerana tiba-tiba Taeyeon mengajak dia duduk bersama. "Eonni tak suka ke duduk dengan Taeyeon?" Katanya berpura-pura merajuk.

Jessica hanya ketawa kecil sebelum berkata, "Mana ada, eonni tanya je."

"Joy cakap dia nak duduk dengan Krystal eonni jadi Taeyeon biarkan sahaja. Ada perkara yang nak dibincangkan mungkin." Kata Taeyeon.

Sebenarnya dia juga tidak pasti mengapa. Sejak sarapan pagi sehinggalah mereka berkemas-kemas untuk pulang, sepatah pun Joy tidak bercakap dengannya. Jika Taeyeon bertanya, hanya sepatah yang dia jawab. Dia berfikir-fikir adakah dia ada berbuat salah dengan Joy namun dia tidak rasa begitu. Dia menggeleng untuk mengusir fikiran itu. Berharap tiada apa yang tidak kena dan itu hanya perasaannya sahaja.

××

"Eh? Aku ingat kau masuk bilik untuk tidur tadi. Tak letih ke?" Tanya Taeyeon kepada Joy apabila terserempak dengannya di dapur. Wanita itu hanya buat tidak kisah sahaja dengan teguran Taeyeon.

"Joy, tak dengar ke apa aku cakap?" Tegur Taeyeon sekali lagi. "Kau jangan sibuk hal aku boleh tak?" Kata Joy dengan kasar.

"Kau kenapa ni? Aku perasan dari tadi kau tak bercakap dengan aku dan kau macam elakkan diri dari aku. Kenapa ni?" Taeyeon bertanya dengan lembut.

"Jangan pura-pura tak tahulah Taeyeon!" Joy ingin meninggalkan Taeyeon tetapi sempat Taeyeon menahan. "Cuba beritahu aku, kenapa ni? Aku ada buat salah dengan kau ke?"

Joy merentap tangannya membuatkan pegangan Taeyeon terlepas. "Kalau kau nak tahu, memang kau ada buat salah. Kewujudan kau itu satu kesalahan bagi aku!" Jerkah Joy. Jari telunjuknya dihalakan ke muka Taeyeon.

Mengalir air mata Taeyeon, bukan kerana jerkahan itu tetapi kerana kata-kata Joy yang mengguris hatinya. "Ya Joy! Kau kenapa?" Tegur Irene. Mereka yang lain datang ke dapur setelah mendengar jeritan Joy.

"Kau jangan nak menangis lah. Kau tahu tak kau tu perampas? Depan aku, kau buat-buat gembira untuk aku dan Hanbin tapi bila belakang aku, kau bercinta dengan dia. Kau cakap kau gembira kalau aku gembira tapi, apa semua ni? Kau tahu aku sukakan Hanbin sejak dulu tapi apa kau dah buat?"

"Apa kau cakap ni? Aku tak pernah bercinta dengan dia pun." Taeyeon cuba menjelaskan segalanya. "Sudahlah, aku nampak dan dengar dengan mata dan telinga aku sendiri malam tu. Dia mengaku dia cintakan kau kan?"

Taeyeon terdiam seketika. Tidak sangka Joy mendengar perbualan mereka semalam. "Okay, aku mengaku semua tu tapi aku tak pernah cintakan dia. Aku anggap dia sebagai kawan je. Tolonglah percayakan aku." Rayu Taeyeon.

On The SnowWhere stories live. Discover now