Bab 53

69 4 0
                                    

Baekhyun hanya duduk di sofa bilik latihan Exo sambil memandang lantai. Dia serabut memikirkan kemungkinan yang akan berlaku jika berita tentang percintaannya dan Taeyeon tersebar nanti. Adakah peminat akan menerimanya? Atau mungkinkah mereka akan membencinya? Apa yang akan terjadi kepadanya? Semakin dia berfikir, semakin perasaan takut itu menghantui dirinya.

Ketika Baekhyun sedang khusyuk berfikir, dia terasa bahunya diusik seseorang. Baekhyun mendongakkan kepala dan mendapati semua ahli Exo berada di sekelilingnya. Separuh duduk di kiri dan kanannya dan yang lain pula berdiri di hadapannya. "Kau dengar tak apa Junmyeon tanya tadi?" Tanya Minseok.

"Apa hyung, Baekhyun tak dengar lah."

"Kau kenapa ni? Ada masalah ke? Kenapa kau dipanggil tadi? Cerita lah dekat kitaorang." Tanya Junmyeon prihatin.

"Lee Soo Man seonsaengnim," Kata Baekhyun memulakan cerita. Baekhyun menceritakan apa yang terjadi tadi serta sebab dia dipanggil termasuklah tentang gambar-gambar itu semua. "Baekhyun risau akan reaksi peminat-peminat kita kalau mereka tahu tentang ni."

"Kau jangan risaulah Baekhyun. Hyung yakin mereka dapat terima semua ni. Lagipun, hubungan kau dengan Taeyeon dah lebih 3 tahun. Lambat laun, mereka akan tahu jugak kan?"

"Betul tu. Tak ada apa yang kau boleh buat. Lebih baik mereka tahu tentang ni dengan gambar-gambar pertama berbanding dua gambar seterusnya tu kan?" Kata Chanyeol pula, menyokong kata-kata ketua mereka itu.

"Lagi satu, walau apa pun, peminat sebenar tentu akan berada di sisi kau dan menyokong apa sahaja yang buat kau gembira." Mereka semua bersetuju dengan kata-kata Yixing. True fans will stay.

××

Selesai sahaja membersihkan dirinya, Taeyeon membuka televisyen untuk menghilangkan rasa penat tetapi alangkah terkejutnya dia ketika melihat wajahnya dan Baekhyun di kaca televisyen. Laporan yang menunjukkan mereka bercinta itu membuatkan jantungnya berdegup dengan laju. Gambar-gambarnya ketika bersama Baekhyun juga dipaparkan. Walaupun Baekhyun sudah memberitahunya untuk bersedia jika berita tentang hubungan mereka ini tersebar namun dia masih terkejut dengan perkara ini.

Taeyeon dengan pantas mengambil telefonnya dan membuka akaun Twitter miliknya. Seperti yang disangka, banyak sekali komen negatif tentang dirinya dan Baekhyun.

@kyunggiie
First, Baekhyun made a trainee pregnant and now he is in a relationship, after this? What more will happen?

@baekismybaby
That girl is a whore.

@bbh_ily
I hope whoever that bitch who dates baekhyun will die.

@oohbaekhyun
I hate baekhyun so much im not going to be his fan anymore. Baekhyun can just leave exo.

Taeyeon menutup matanya, berharap semua yang dilihatnya hanyalah mimpi. Namun hampa kerana semuanya masih sama apabila  dia membuka matanya kembali.

Air matanya mula menitis. Yang ada di fikirannya ketika itu hanyalah Baekhyun. Apa yang akan terjadi kepadanya? Bagaimana dengan karier Baekhyun? Bagaimana pula dengan kumpulannya?

Irene yang melihat Taeyeon sedang menangis itu dengan pantas pergi ke arahnya dan memeluk wanita itu. "Kenapa kau menangis ni?" Tanya Irene dengan risau.

Joy yang baru tiba di ruang tamu itu juga bertanyakan hal yang sama.

Taeyeon tidak menjawab soalan kedua-dua rakannya itu tetapi hanya menghulurkan telefonnya kepada mereka. Setelah melihat apa yang tertulis pada skrin telefon itu, Irene pantas menarik Taeyeon ke dalam dakapannya.

"Kwaenchana, kwaenchana. Walau apa pun yang terjadi, aku dan yang lain akan sentiasa ada dengan kau."

Joy hanya perhatikan Taeyeon ditenangkan oleh Irene dengan perasaan yang bercampur baur.

On The SnowWhere stories live. Discover now