"Baekhyun, kamu tak jawab lagi soalan hyung kamu. Apa yang kamu berdua sembunyikan ni?" Lay bersuara.
"Bagi tahu je lah, Baekhyun. Hyung bukan nak marah. Hyung tanya je." Kata Suho pula. "Taeyeon tu yeoja chingu kau ehh?" Soal Chen dengan suara lantangnya.
"A-aniya! Emm.. Taeyeon tu kawan Baekhyun, hyung." Baekhyun yang pada mulanya teragak-agak akhirnya bersuara juga. "Kawan? Betul ke?" Soal Xiumin pula, seakan tidak percaya dengan kata-kata Baekhyun. "Betullah hyung."
"Kamu nak jumpa 'kawan' kamu tu dekat mana?" Kata Suho. Sengaja dia menyebut perkataan kawan sambil mengangkat tangannya dan menggoyangkan jari telunjuknya ke atas dan ke bawah. (Alah faham-faham lah eh? Tak reti nak explain) Sengaja ingin mengusik rakannya itu.
"Ahh hyung dah lah tu." Muncung Baekhyun sedepa. Dengan muka yang masam baekhyun menjawab, "Baekhyun nak jumpa dekat Sungai Han."
Ahli yang lain tergelak melihat wajah Baekhyun yang masam kerana diusik. "Yelah, pergilah. Tapi kamu pastikan tiada apa-apa yang buruk berlaku. Kamu faham maksud hyung kan? Hyung percayakan kamu." Nasihat Suho dengan wajah yang serius.
"Ne hyung. Baekhyun pergi dulu." Jawab Baekhyun pendek. "Nanti bila-bila ajak lah Taeyeon datang rumah. Kitaorang nak jugak kenal dengan dia." Sempat Chen berpesan sebelum Baekhyun berlalu pergi.
"Tengoklah!" Sempat mereka menangkap suara Baekhyun sebelum kedengaran pintu dorm itu ditutup. Ahli yang lain hanya menggelengkan kepala.
××
Baekhyun berjalan pantas ke Sungai Han. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 12.40 pagi. Dia risau jika Taeyeon sudah pulang atau jika apa-apa berlaku kepada Taeyeon kerana menunggu sendirian pada lewat malam begini.
Ini semua kerana soal siasat yang dikakukan oleh ahli-ahli yang lain tadi. Jika tidak, pasti dia tidak akan selewat ini. Sudahlah latihannya habis lambat.
Baekhyun berasa lega apabila melihat Taeyeon yang sedang duduk di salah satu bangku yang disediakan di situ. Dia berjalan menghampiri wanita itu dan menutup matanya dari belakang.
"Siapa?" Tanya Baekhyun. "Tak payah nak bersweet-sweet sangat lah. Kenapa lambat?" Tanya Taeyeon dengan wajah yang serious. Baekhyun melepaskan tangannya daripada mata Taeyeon. "Sorry, latihan habis lambat tadi. Mianhae, Taeyeon-a." Baekhyun meletakkan kedua tangannya di pipinya sendiri dan mengelipkan matanya. Membuat aegyo di hadapan Taeyeon.
"Tak payah nak buat aegyo sangatlah. Tak comel pon. Muka tu hanya akan terkesan dekat peminat-peminat awak yang berjuta tu, bukan saya." Baekhyun mengambil tempat di sisi Taeyeon. "Saya ingat awaklah peminat nombor satu saya?"
"Tak, saya minat Sehun." Taeyeon tersenyum simpul. "Kenapalah, saya tak terlanggar Sehun hari tu? Kalau tak mesti saya tengah bercakap dengan dia kan?"
"Ya! Kim Taeyeon!" Taeyeon tergelak melihat wajah Baekhyun. "Comellah awak ni kalau merajuk."
"Eh tadi kata saya tak comel."
"Memang tak comel pon. Saya main-main je." Balas Taeyeon selamba. Baekhyun di sebelahnya sudah muncung sedepa. Haiihh comelnya. Eh?
"Saya ada hadiah untuk awak. Nah." Sampul di tangannya dihulurkan. "Apa ni?" Dengan bermacam persoalan di fikirannya, dia membuka sampul itu.
"Tiket?"
"Yup, ticket for our concert next week. Saya nak awak datang tau." Baekhyun memandang Taeyeon di sebelahnya. "Tapi kenapa ada lima?" Banyaknya.
"Aik, dah lupa kawan ke? Awak cakap bestfriend awak ada lima orang. And semua minat Exo kan?" Semua? Ya, semua. Tiffany, Irene dan Yoona juga telah terjebak dengan dunia kpop. Semua kerana virus yang dibawa oleh Joy. Virus fangirling.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...