"Mana kau dapat ni wehh?" Tanya Joy. Gembira betul wajahnya apabila Taeyeon memberi tiket konsert itu. Muka rakannya yang lain pun berseri-seri. "Baekhyun bagi aku semalam." Terburai ketawa mereka. Kuat sekali. Nampak sangat tidak percaya.
"Agak-agak lah. Aku tahu lah kau minat Baekhyun tapi janganlah berangan jauh sangat. Dia kenal kau pun tak. Perasan lah kau ni." Kata Yoona dengan tawa yang masih bersisa.
"Aku minat Sehun okay." Kata Taeyeon perlahan sambil membuat muka menyampah. Kawan sendiri tak nak percaya. Tunggulah nanti. Getus hati Taeyeon.
"Kau balik pukul berapa semalam? Macam mana kau dapat tiket tu?" Tiffany yang duduk di sebelahnya berbisik.
"Alah. Kau tak perlu tahu lah mana aku dapat. Yang penting aku tak mencuri. And aku tak balik lambat pon. Jangan risau." Tiffany masih memandang Taeyeon dengan pandangan curiga. Ish dia ni. Risau sangat kalau dia buat apa-apa yang tak baik. Takkan dia nak mencuri? Dia boleh beli lah. Taeyeon kaya okay! Ceh.
××
Hari yang mereka tunggu sudah tiba. Hari ini ialah hari pertama konsert Exo diadakan. The Exo'luXion.
Banyak kali Baekhyun mengingatinya untuk datang pada hari ini. Pagi tadi pun sempat lelaki itu menelefon untuk mengingatkannya.
Mereka sudah masuk ke stadium, tempat konsert itu diadakan. Beberapa minit menunggu, konsert dimulakan. Konsert yang berlangsung selama 2 jam setengah itu berjalan dengan lancar.
Setelah tamat, Taeyeon dan rakan-rakannya terus pulang ke rumah mereka. Mereka duduk di ruang tamu untuk melepaskan lelah. "Gomawo Taengoo!" Kata mereka hampir serentak. Taeyeon hanya memandang mereka dengan pandangan blur yang membawa maksud 'untuk apa?'
"Sebab belikan tiket tu lah. Untuk apa lagi. Best betul lah konsert hari ni." Jelas Yoona. "Eh tapi perasan tak tadi, Baekhyun selalu tegur kau?" Tanya Joy. Pandangannya menghala ke arah Taeyeon.
"Entah. Tak perasan. Aku tengok Sehun je." Jawab Taeyeon selamba. Sebenarnya dia tipu. Memang perasan betul. Kenapalah mamat tu? Sikit-sikit melambai ke arahnya, mengenyitkan mata, tersenyum kepadanya ataupun membuat peace ke arahnya. Dia sengaja nak bagitahu semua orang yang mereka kenal antara satu sama lain ke apa?
Taeyeon hanya buat tidak heran kepadanya dan sengaja berpura-pura memandang Sehun. Kelihatan Baekhyun sudah muncung sedepa apabila dia berbuat demikian. Taeyeon hanya tertawa dengan gelagat Baekhyun.
"Untunglah kau, macam-macam interaksi kau dengan Baekhyun tadi. Dia macam tertarik dekat kau."
"Yes, aku setuju. Aku rasa dia suka dekat kau lah." Sampuk Irene pula. Mengiakan kata-kata Tiffany. "Ish korang ni. Merepek lah. Baekhyun tu bukannya kenal aku pun." Tak kenal lah sangat.
"Dah lah. Korang tak letih ke? Cakap benda mengarut pulak tu. Aku nak masuk tidur." Segera dia bangun daripada duduknya lalu masuk ke biliknya. Daripada membiarkan rakannya lebih banyak mengarut, lebih baik dia berehat.
×××
Setelah beribu kali didesak, akhirnya Baekhyun bersetuju membawa Taeyeon berjumpa ahli Exo yang lain. Banyak ugutan yang diterimanya. Cehh berani betul member nya yang lain mengugutnya itu dan ini.
Sudah tiga minggu berlalu semenjak konsert yang dihadiri Taeyeon dan rakan-rakannya. Tapi bukan bermakna dia tidak berjumpa Baekhyun, cuma waktu yang ada amat singkat. Mereka juga sering berhubung di telefon. Taeyeon juga kini mula sibuk dengan latihannya untuk persembahan pada hujung tahun ini.
Baekhyun mengajak Taeyeon datang ke rumahnya memandangkan pada minggu itu, ahli Exo tiada sebarang jadual. Pada mulanya, Taeyeon agak keberatan kerana segan untuk berjumpa dengan mereka tetapi setelah ahli Exo yang lain sendiri mengajaknya melalui telefon, dia akhirnya bersetuju.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...