Media: Exo abs, finally complete😂😂
"Seorang je ke? Joy mana?" Tegur Krystal apabila melihat Taeyeon makan sendiri di kafe universiti itu. "Eh, Krystal sunbae. Taeyeon seorang je sebab Joy balik sekejap sebab nak ambil barang."
Krystal menganggukkan kepalanya tanda faham. "Boleh saya join Taeyeon makan?"
"Kenapa tanya macam tu? Mestilah boleh." Kata Taeyeon dengan ramah. Setelah mendengar Taeyeon berkata begitu, Krystal melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Taeyeon. Buku yang berada di tangannya diletakkan di atas meja.
"Sunbae dengar kan.. Ada orang tengah merajuk dengan oppa dia lah. Siapa ek?" Setelah membuat pesanan, Krystal bersuara. "Hmm, entahlah. Siapa ya?" Taeyeon berpura-pura tidak tahu. "Tak payah nak perli Taeyeon lah."
Krystal tertawa dengan kata-kata Taeyeon. "Sebenarnya, Hayi tu memang macam tu." Krystal mula membuka cerita. "Sunbae pun pernah kena ugut dengan dia tau."
"Jinjja?" Terkejut Taeyeon. Jadi tak hairan lah. Kalau dengan sunbae pun dia berani, inikan pula dengan orang yang lebih muda darinya. "Lepas tu, apa sunbae buat?" Kata Taeyeon selepas Krystal mengangguk sebagai tanda jawapan kepada soalannya tadi.
"Sunbae biarkan je. Lagipun, Hayi tu tak adalah berani mana. Kelemahan dia adalah B.I sendiri. Percayalah, nanti dia akan datang dekat Taeyeon untuk minta maaf. Walaupun nampak sangat dia berpura-pura." Mereka berdua ketawa.
"Tapi kenapa Taeyeon tak cerita dekat B.I hal yang sebenarnya?" Tanya Krystal lagi. "Sunbae rapat betul dengan dia kan? Semua benda dia cerita." Taeyeon memandang Krystal dengan mata yang sengaja dikecilkan.
"Ehh mestilah. Kitaorang dah kenal lama." Taeyeon hanya mengangguk. "Taeyeon ada cuba nak jelaskan, tapi mungkin dia tengah marah hari tu. Jadi dia taknak dengar. Taeyeon biarkanlah."
"Oppa nak dengar sekarang, boleh?" Hanbin muncul di sebelah Taeyeon. Taeyeon sudah membuat muka menyampah. "Jadi korang berdua bersubahat lah ni? Ingatkan Krystal sunbae betul-betul nak teman Tae makan." Dia memuncungkan mulutnya seperti merajuk.
"Aniya! Hanbin tiba-tiba muncul. Sunbae tak tahu apa-apa." Krystal menafikan kenyataan Taeyeon. "Apa-apalah, latihan dah nak mula kan? Krystal sunbae, kaja."
Taeyeon berjalan meninggalkan Hanbin namun dia sempat menahan Taeyeon. "Taeyeon-a, oppa mianhae. Jebal, eung? Lepas ni, oppa janji yang oppa akan dengar dulu penjelasan Taeyeon. Okay?" Hanbin sudah mengangkat sumpah.
"Yelah, Taeyeon maafkan oppa." Akhirnya Taeyeon mengalah. "Jinjja? Gomawo. Oppa tahu oppa salah. Tak sepatutnya oppa dengar cakap Hayi seorang je hari tu."
"Tak lah, Taeyeon pun salah hari tu. Bukan salah dia seorang." Taeyeon akui mungkin kata-katanya kasar hari tu.
"Taeyeon masih nak bela dia?" Belum sempat Taeyeon membalas, satu suara menegur membuatkan mereka memandang ke arah empunya suara.
"Taeyeon, aku minta maaf. Atas apa yang aku buat hari tu." Kata Hayi acuh tak acuh. "Kwaenchana, kita sama-sama bersalah. Lupakan lah hal ni." Taeyeon tersenyum kepada wanita di hadapannya itu.
××
"Taeyeon-a, jom keluar makan?" Taeyeon berada di luar bilik latihan untuk menunggu Joy yang belum keluar. Tiba-tiba sahaja Hanbin menegurnya.
"No, not today. Taeyeon letih. Mian." Dia memberikan senyuman kepada Hanbin. "Tapi, oppa dah tempah. Jebal, kaja." Rayu Hanbin. "Oppa ajak orang lain okay? Next time Taeyeon belanja oppa."
"Tapi siapa?"
Sejurus Hanbin berkata begitu, Joy keluar dari bilik latihan dan pergi ke arah Taeyeon. "Annyeonghaseyo, B.I sunbae." Joy menunduk hormat kepada Hanbin di hadapannya. "Taeyeon, kaja." Joy separuh berbisik kepada Taeyeon.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...