Setelah mereka selesai makan, mereka duduk di ruang tamu sambil kembali berborak. "Noona, Sehun rasa macam pernah nampak noona tapi tak ingat dekat mana. Noona ada pergi mana-mana fan signing event EXO tak sebelum ni?" Tanya Sehun tiba-tiba. Sejak tadi dia berfikir tetapi masih tidak menemui jawapan.
Hanya terdapat tujuh orang di situ. Baekhyun dan Chen mengambil giliran untuk mengemaskan dapur dan meja makan. Walaupun Taeyeon menawarkan diri untuk membantu, mereka menghalangnya dengan alasan dia sudah memasak untuk mereka. Kali ini, Taeyeon akur dan duduk di ruang tamu bersama ahli yang lain.
"Noona tak ada pergi mana-mana fan signing event sebelum ni. Noona cuma pergi konsert hari tu je. Itulah pertama kali noona jumpa korang semua." Jelas Taeyeon. "Ah! Sehun dah ingat. Noona lah orang yang Baekhyun tak habis-habis tegur hari tu. Sehun ingat dia cuma nak buat fan service rupanya dia memang kenal noona."
"Seronok tak konsert hari tu?" Tanya Yixing. "Mestilah seronok. Oppa deul jinnja daebak!" Puji Taeyeon. "Tapi, Taeyeon paling suka persembahan Kyungsoo dan Chanyeol oppa. Masa korang berdua buat persembahan lagu Boyfriend tu, sangat hebat!" Sambungnya lagi. Mereka yang lain tersenyum gembira melihat keterujaan Taeyeon.
"Jinjja? Nak saya nyanyikan lagi sekali dekat awak sekarang?" Kalau itu yang membuat Taeyeon lebih gembira, apa salahnya. Kan?
"Betul ke ni?" Taeyeon meminta kepastian. Kyungsoo hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sebagai jawapan. "Wah! Selalunya Kyungsoo tak akan menyanyi dalam rumah ni walaupun diminta. Tetapi kali ni, dia sendiri yang menawarkan diri. Nampaknya Taeyeon berjaya memecahkan rekod." Sempat Suho mengusik Kyungsoo sementara menunggu Chanyeol mengambil gitarnya.
Seperti biasa, jelingan maut dihadiahkan kepada sesiapa yang memerlinya. Chanyeol mengambil tempatnya dan bersedia untuk memetik gitar. "Eo? Nak buat apa dengan gitar ni?" Tanya Chen yang baru tiba bersama Baekhyun daripada dapur.
"Taeyeon nak dengar Kyungsoo menyanyi lagi. Dia kata dia suka dengan suara Kyungsoo." Jelas Xiumin. "Saya pun pandai menyanyi jugak. Awak taknak dengar saya menyanyi?" Baekhyun bersuara.
"Biar Taeyeon yang pilih. Awak nak dengar siapa menyanyi?" Tanya Chen. Taeyeon meletakkan jari telunjuknya di dagunya untuk berfikir sejenak. "Emm, saya nak dengar Kyungsoo nyanyi." Taeyeon tergelak kecil. Baekhyun sudah memasamkan mukanya. Namun tiada siapa yang menghiraukannya termasuk Taeyeon. Dia leka mendengar alunan petikan gitar oleh Chanyeol dan suara merdu Kyungsoo.
(Dengar, dengar! Baru feeling sikit.)If I was your boyfriend, I'd never let you go
I can take you places you ain't never been before
Baby, take a chance or you'll never ever know
I got money in my hands that I'd really like to blow
Swag, swag, swag, on you
Chillin' by the fire while we eatin' fondue
I don't know about me but I know about you
So say hello to falsetto in three, two, swagI'd like to be everything you want
Hey girl, let me talk to youAnd if I was your boyfriend, never let you go
Keep you on my arm girl, you'd never be alone
I can be a gentleman, anything you want
If I was your boyfriend, I'd never let you goTell me what you like yeah tell me what you don't
I could be your Buzz Lightyear, fly across the globe
I don't ever wanna fight yeah, you already know
I'm a make you shine bright like you're laying in the snow
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...