Setelah siap membersihkan diri, Taeyeon duduk di meja belajarnya dan membuka komputer ribanya. Belum sempat dia berbuat apa-apa, telefon bimbitnya berbunyi.
Taeyeon sudah tahu siapa yang menelefonnya kerana mendengar nada dering yang berbunyi.
"Annyeong, nae yeochin mwohalkka~?" (Hai, agaknya apa teman wanita saya sedang lakukan?)
"Annyeong, nae namchin neomu pappaseo waeilkka? Wae na hante yeolaghaji anhasseo? Nareul ijjo beoryeosseulkka?" (Hai, agaknya kenapa teman lelaki saya terlalu sibuk? Kenapa dia tak menelefon saya? Adakah saya sudah dilupakan?")
"Mianhae." Kata Baekhyun sepatah.
"Awak tahu sudah berapa hari awak tak telefon saya?" Baekhyun tidak menjawab pertanyaan itu. "3 hari. Bila saya telefon awak pula yang tak angkat."
"Mianhae, Taeyeon-a." (Saya minta maaf.)
Taeyeon mengeluh. "Neomu pappaseo? Tentu awak penatkan?" (Awak terlalu sibuk?)
"Eo." (Ya.)
"Jadi awak rehatlah." Kata Taeyeon setelah mereka terdiam selama beberapa minit. "Aniya. Jamkkanman. Neo mannago shipeo, eoneuli neoui saengil ijanha." (Tak. Sekejap. Saya nak jumpa awak, lagi pun hari ni hari jadi awak.)
××
Baekhyun tersenyum apabila melihat Taeyeon yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Ketika itu Baekhyun sedang menunggu wanita itu di hadapan keretanya.
Sesampai sahaja Taeyeon di hadapannya, tubuh itu terus dirangkul ke dalam dakapannya. Dengan perlahan-lahan Taeyeon membalas pelukan itu.
"Saengil chukkahae Taeyeon-a. Saya tahu walaupun saya sibuk, saya tak sepatutnya abaikan awak. Saya betul-betul minta maaf--"
Belum sempat Baekhyun menghabiskan kata-katanya, Taeyeon meleraikan pelukan mereka. Dia memandang Baekhyun dengan senyuman lalu berkata, "Bukan ucapan macam tu yang saya nak. Berhenti katakan yang awak minta maaf. Saya bukan marah, saya cuma risaukan awak. Saya faham, awak tentu sibuk dan letih."
Kata-kata Taeyeon membuatkan Baekhyun tersenyum. Sekali lagi Baekhyun memeluk Taeyeon. "Saya gembira saya ada seorang teman wanita yang sentiasa faham saya."
"Adakah kita akan berpeluk macam ni sepanjang malam?" Baekhyun tergelak apabila Taeyeon berkata begitu. Dia meleraikan pelukan dan menyuruh Taeyeon menunggu seketika.
Kotak sederhana besar diambil daripada dalam keretanya dihulurkan kepada Taeyeon. "Selamat hari jadi." Kelakuan Baekhyun setelah mengucapkan kata-kata itu membuatkan Taeyeon terkaku.
Baekhyun mencium dahinya.
"Saranghae." Taeyeon memberikan senyuman manisnya kepada Baekhyun lalu menyambut huluran lelaki itu. "Gomawo."
Sepasang kasut berwarna putih berjenama Gucci terdapat di dalam kotak itu. Taeyeon tersenyum memandang Baekhyun sambil berkata yang dia benar-benar sukakannya. Baekhyun membuka pintu kereta dan menarik Taeyeon untuk duduk di kerusi keretanya.
Baekhyun melutut di hadapan Taeyeon lalu mencabut kasut yang dipakai wanita itu dan dia memakaikan kasut pemberiannya. "Sekarang kita ada kasut yang sama." Baekhyun menunjuk pula kasutnya yang sama seperti kasut yang kini dipakai Taeyeon.
Taeyeon hanya tergelak melihat Baekhyun yang benar-benar comel itu.
××
"Dari mana awak dapat nombor saya?" Tanya Joy kepada lelaki kacak di hadapannya itu. Tangannya tidak berhenti memotong steak yang dipesannya tadi.
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...