"Anak dalam kandungan tu, bukan anak saya." Jelas Baekhyun. Mereka berada di ruang tamu selepas selesai makan tengah hari. Demam Baekhyun sudah semakin pulih. Dia juga berasa pelik akan dirinya namun mungkin juga kerana adanya Taeyeon telah membuatkan sakitnya cepat sembuh. Baekhyun memegang tangan Taeyeon sambil menyambung kata-katanya.
"Saya terjumpa Chaeyoung dua bulan selepas dia membuat keputusan untuk berhenti menjadi pelatih di SM Entertainment.
Ketika hendak melawat awak di hospital ketika awak kemalangan, saya terserempak dengannya. Saya betul-betul terkejut apabila tahu yang dia sedang mengandung, membuatkan saya tahu apa sebenarnya sebab dia berhenti menjadi pelatih di SM. Chaeyoung beritahu yang ayah kepada kandungan tu ialah salah sesorang pelatih di SM yang bernama Haneul."
Taeyeon terkejut. "Jinjja?" Baekhyun mengangguk. "Saya nak beritahu Haneul tapi disebabkan Chaeyoung mengugut untuk menggugurkan bayi itu kalau saya beritahu sesiapa, saya batalkan niat saya itu. Chaeyoung kata, dia tidak mahu merosakkan impian Haneul.
Chaeyoung jatuh pengsan ketika di hospital dan ketika itu juga doktor ada pesan yang keadaan kandungan Chaeyoung amat lemah disebabkan Chaeyoung terlalu tertekan jadi saya buat keputusan untuk menjaganya. Sekurang-kurangnya dapatlah saya gembirakan Chaeyoung dan mengurangkan rasa sunyinya.
Mungkin saya lebih banyak meluangkan masa dengan Chaeyoung sejak kebelakangan ini dan atas sebab tu, saya minta maaf. Saya cuma bantu dia sebagai kawan dan tak lebih daripada tu.
Gambar-gambar yang diambil oleh media tu juga bukanlah bermakna apa-apa. Awak tahulah, emosi orang yang mengandung ni agak tak stabil. Jadi saya cuma menenangkan dia ketika dia sedih. Itu sahaja. Saya juga ada temankan Chaeyoung di rumahnya tapi hanya untuk seketika. Niat saya hanyalah kerana tak mahu Chaeyoung rasa sunyi.
Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh diketahui pihak syarikat, mungkin juga daripada pihak media sendiri. Oleh sebab itu, Chaeyoung dan saya telah dipanggil oleh Lee Soo Man seonsaengnim semalam. Sebelum kami masuk ke bilik Lee Soo Man seonsaengnim, Chaeyoung memohon supaya saya mengaku anak di dalam kandungan itu adalah milik saya. Sehingga akhirnya, dia tidak mahu sesiapa tahu.
Saya menolak, tetapi Chaeyoung mengugut saya sekali lagi bahawa dia akan membunuh diri. Saya tak ada pilihan melainkan mengikut kehendaknya. Akhirnya berita ini sampai ke pengetahuan EXO dan Kyungsoo beritahu awak tentang pengakuan saya.
Setelah keluar dari bilik Lee Soo Man seonsaengnim, saya geram dengan kelakuan Chaeyoung yang memaksa saya. Perasaan marah sudah membuatkan saya dengan tidak sengaja menolak Chaeyoung sehingga jatuh dan berlakunya pendarahan. Dengan tergesa-gesa saya bawa Chaeyoung ke hospital. Mujur dia dan kandungannya tidak apa-apa.
Saya menemaninya sehingga dia sedar dan disebabkan itu saya tidak tahu tentang berita ini telah tersebar memandangkan telefon tiada bersama saya."
"Chaeyoung dalam keadaan baik-baik sahaja kan sekarang?" Baekhyun mengangguk. "Haneul datang ke hospital semalam apabila mendengar berita tentang saya dan Chaeyoung. Dia yakin bahawa anak itu merupakan anaknya dan memaksa saya ceritakan perkara sebenar, jadi saya pun menceritakannya. Dia berjanji untuk menjaga Chaeyoung. Chaeyoung juga sudah minta maaf terhadap saya. Mereka berdua sudah berjanji akan beritahu perkara sebenar kepada semua orang."
"Macam mana dengan keluarga awak? Ahli Exo? Peminat awak?" Baekhyun tersenyum kecil. "Saya dah telefon eomma dan beritahu yang semua ini hanya salah faham. Ahli Exo pula, saya tidak sempat menceritakan hal sebenar memandangkan saya terus keluar untuk mencari awak semalam apabila saya tahu yang berita ini telah tersebar. Dan tentang peminat saya, jangan risau, selepas Chaeyoung dan Haneul beritahu perkara sebenar, syarikat akan uruskan semuanya."
YOU ARE READING
On The Snow
FanfictionMereka terjumpa kerana takdir. Adakah kerana takdir juga mereka akan berpisah? Taeyeon dan Baekhyun.. Pertemuan pertama yang tidak begitu baik lama kelamaan hubungan yang dingin berubah menjadi sesuatu yang istimewa.. Saat cinta ingin berputik, mere...