Bab 1

359K 10.9K 1.9K
                                    

Leka dia memerhati deretan minyak wangi di satu sudut berhampiran meja solek, susunannya sangat rapi dan mengikut saiz dan ketinggian botol. Dia dengan pantas mencapai botol minyak wangi Chanel N°5 lalu disemburkan pada bawah tapak tangannya sebelum dibawa pada bahagian leher. Untuk kali terakhir, dia memandang lagi penampilan diri melalui pantulan cermin besar. Setelah berpuas hati, Melissa melangkah keluar dari walk-in closet lalu menghampiri sepupunya yang sedang menunggu di birai katil sambil membelek telefon di tangannya. Anak orang kaya, dalam bilik pun ada bilik untuk pakaian. Pakaian pun ada biliknya sendiri, hish! Tadi pun sempat juga dia menggeledah walk-in closet milik sepupunya itu. Pergh, baju banyak gila. Kasut, tas tangan, jam dan aksesori semuanya ada dan jumlahnya memang banyak. Tersusun elok dan rapi.

"Kalau aku tak pergi, tak boleh ke? Penatlah." Melissa mengambil tempat duduk di tepi Tengku Nadya. Sebaik saja menjejakkan kaki ke Malaysia, terus saja Tengku Nadya mengheretnya ke butik untuk mencari pakaian yang sesuai. Katanya ada majlis ulang tahun perkahwinan yang perlu dihadiri. Tapi tidak sangka pula Tengku Nadya mengajaknya sekali ke majlis itu, tak sempat nak rehat pun lepas sampai ke Malaysia.

"Kena pergi jugak. Kau belum kenal lagi family belah papa aku, bila lagi nak kenal dorang kan?" Tengku Nadya mengalihkan tumpuannya kepada Melissa yang berada di tepinya. Walaupun usia mereka hanya berbeza dua tahun namun dia dan Melissa lebih selesa membahasakan diri dengan aku dan kau. Tengku Nadya memerhatikan sepupunya itu dari atas ke bawah. 

Sebaik sahaja mendengar ayat 'family belah papa aku' terus saja dia melepaskan satu keluhan. Bunyinya kedengaran agak berat. 'Family belah papa aku' itu bermaksud kerabat-kerabat Tengku Nadya. Bila difikirkan balik kenapa namanya hanya Melissa Sofia dan Nadya pula boleh ada Tengku pada permulaan namanya, dia mengeluh lagi. Ceritanya begini, Tengku Nadya mendapat nama Tengku kerana papanya, Tengku Nazman yang mempunyai pangkal nama itu. Manakala mamanya, Sarah hanyalah orang biasa-biasa saja. Nak dijadikan cerita Sarah mempunyai abang yang bernama Hisham. Hisham pula merupakan ayah Melissa. Kadang-kadang dia sendiri bingung dengan salasilah keluarganya.

"Penatlah. Aku nak rehat," ujar Melissa lagi. Memang betul sekarang ni dia penat sangat sebab hampir 13 jam berada di dalam pesawat dan sekarang ni kena ikut Tengku Nadya ke majlis pulak.

"Ah! No, no and no! Kau dah siap dan kau dah janji. So kena ikut, jom pergi," ajak Tengku Nadya sambil bangun dari tempat duduknya. Tangan Melissa ditarik supaya mengikut langkahnya.

"Kau mesti suka sebab cousins aku belah papa semua handsome. Trust me. Mana tahu jumpa jodoh nanti," kata Tengku Nadya cuba mengumpan Melissa.

"Banyaklah kau punya jodoh." Melissa berjalan seiring dengan Tengku Nadya lalu menuju ke arah kereta.

"Aku serious tau Mel, ada yang sorang ni. Handsome sangat. Kau mesti suka."

༺──────────────༻

Melissa dan Tengku Nadya berjalan masuk ke lobi hotel dan segera menuju ke ballroom yang sudah dipenuhi dengan kehadiran tetamu untuk meraikan majlis ulang tahun perkahwinan Tengku Fahrin dan Tengku Azalia yang ke-28. Melissa hanya mengikut saja langkah Tengku Nadya dari belakang kerana dia masih belum menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya, nanti kang sesat pulak kat sini.

"You look great tonight."

Suara itu menarik perhatian Melissa setelah Tengku Nadya menghentikan langkahnya. Seakan sama dengan seseorang, seseorang yang dikenalinya. Dengan pantas anak matanya memandang tepat ke arah pemilik suara itu. Raut wajah itu juga seakan sama, ada iras-iras dan auranya terlalu berbeza. Renungan mata lelaki yang sedang berdiri di depannya ini sangat berlainan, tidak sama.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now