Bab 67

103K 5.1K 321
                                    

Gerimis yang tadinya hanya turun renyai-renyai digantikan dengan hujan yang lebat. Pengunjung yang tadinya leka menikmati pemandangan di hadapan menara Eiffel mula bertempiaran lari untuk mencari tempat berteduh. Tengku Aiden mula mempercepatkan langkahnya, kelibat orang yang dicari mula hilang disebalik berpuluh-puluh orang yang berlari.

"Melissa!"

Dia memanggil lagi nama itu dengan kuat untuk menyaingi bunyi hujan yang semakin lebat. Tanpa mempedulikan orang yang sedang berasak-asak di hadapannya ini, dia terus berjalan mengikut jejak Melissa. Sampai saja di penghujung yang tidak sesak lagi, Melissa yang dikejar hilang begitu saja.

"Mel!" Jerit Tengku Aiden sehingga orang yang berada di sekelilingnya menoleh ke arahnya. Tubuhnya yang sudah basah kerana hujan tidak dipedulikan. Kelibat Melissa langsung tidak kelihatan di situ.

"Hujan ni gila! Kau macam orang sasau ni dah kenapa?" Suara Syafiq menegur membuatkan Tengku Aiden menoleh kebelakang. Payung dihulurkan kepadanya.

"Aku nampak dia!" Tengku Aiden masih lagi mencari di sekitar menara Eiffel namun Melissa tiada di situ.

"Siapa?"

"Melissa."

"Ya ke? Mana?" Tanya Syafiq dengan sangsi. Matanya turut sama melilau mencari.

"Tadi ada!" Resah suara Tengku Aiden kedengaran. Dia lihat dengan matanya sendiri tadi.

"Tak ada kan? Khayalan kau je tu." Syafiq balas dengan andaiannya. Tapi memang betul pun, sejak Melissa bawa diri Tengku Aiden banyak berkhayal. Di mana-mana pun dia akan nampam Melissa, Kadang-kadang orang yang tidak dikenali pun disangka Melissa.

"Kali ni betul. Aku nampak dia." Tengku Aiden menyangkal dengan tegas. Kali ini dia yakin itu bukan khayalannya, matanya sendiri saksikan dan telinganya sendiri mendengar suara Melissa memanggil Helena. Dia sendiri bercakap dengan Helena tadi jadi tak mungkin itu cuma khayalan.

"Tak ada. Dah jom pergi, hujan lebat ni." Syafiq mengajak Tengku Aiden untuk meninggalkan tempat itu.

Tengku Aiden hanya menurut memandangkan hujan semakin lebat. Dia yakin itu bukan khayalannya. Matanya tak silap pandang, dia betul-betul lihat Melissa tadi dan Helena ada juga. Awalnya tadi, dia ternampak Helena di sini dan terus di sapa kawan kepada Melissa itu. Tak sangka pula Melissa ada sekali tapi sekejap saja pertemuan itu. Paling membuatkan dia kecewa, Melissa seolah-olah sedang berpura-pura tidak mengenalinya.

Kalau dia di tempat Melissa, perkara yang akan di lakukan. Apa yang dia katakan kepada Melissa tujuh bulan lalu memang keterlaluan tapi semua yang terjadi dalam keadaan dirinya separuh sedar. Situasi yang menghimpit ini membuatkan kepalanya makin berserabut. Apa yang patut dia lakukan untuk tebus kesalahannya ini?

"Kau fikir apa? Kau ajak aku datang sini untuk bercuti, nak happy-happy. Kau mengeluh pehal?" Syafiq menegur Tengku Aiden yang kelihatan resah.

"Pasal tadi tapi tak apa lah." Tengku Aiden mengalah dengan apa yang difikirkannya.

Jemputan dari business partner di sini sebenarnya minggu depan tapi dia sengaja datang awal untuk bercuti, menenangkan fikiran. Selepas urusan penceraiannya dengan Mia selesai, hidupnya dipenuhi dengan rasa penyesalannya terhadap Melissa. Rasa bersalah makin menggebu terhadap isterinya itu apabila mimpi mengenai kejadian tujuh bulan lalu datang menjenguk. Bukan sahaja melalui mimpi, tatkala matanya terpejam kejadian itu akan menerjah masuk.

Selepas lima bulan Melissa pergi dari hidupnya barulah tembelang Mia pecah. Masuk bulan ke enam, barulah Tengku Aiden sembuh sepenuhnya. Ketenangan yang diperoleh tak berpanjangan kerana rasa bersalah dan menyesal terhadap Melissa. Tanpa sedar dia zalimi isterinya yang sedang hamil, dihalau tanpa mendengar penjelasan, difitnah tanpa menyeledik terlebih dahulu dan dituduh tanpa bukti yang kukuh.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now