Bab 75

122K 5.6K 443
                                    

Baju kurung mini yang sedondon dengan tema perkahwinan itu dipandangannya sebelum disarungkan ke tubuh. Walaupun jauh beribu batu dari Malaysia tetapi Tengku Nadya tetap menghubunginya untuk mendapatkan ukuran saiz ketika menyiapkan persediaan baju-baju untuk saudara-mara.

"Mel dah siap ke belum?"

Tengku Aiden yang masuk ke dalam biliknya bersama pertanyaan itu membuatkan Melissa terperanjat. Dipusingkan belakang tubuhnya yang terdedah ke arah bertentang. Keadaannya yang sarat mengandung membuatkan tangan mula terkial-kial untuk menarik zip ke atas. Bila difikirkan balik baju kurung moden tak sesuai untuknya walaupun saiz dibesarkan sedikit.

"Boleh ketuk pintu dulu tak sebelum masuk?" Melissa berkata. Situasinya itu telah menarik Tengku Aiden untuk semakin mendekat dengannya.

"Sini, saya tolong zipkan." Tengku Aiden menawarkan pertolongan.

"Saya boleh buat." Tak sempat dia habiskan kata-katanya, Tengku Aiden sudah berada di belakangnya. Rambutnya yang dilepaskan ke belakang ditepi bahu kiri. Zip yang tadinya berada di bawah mula dinaikkan ke atas untuk menutup bahagian tubuh yang terdedah di belakang.

"Bila kali terakhir saya bagi pick up line?" Tengku Aiden membutangkan butang baju di bahagian atas zip. Rambut Melissa yang berada di atas bahu dikembali ke tempat asal.

"Entah. Saya dah tak berminat dengan pick up line awak tu." Melissa memandang ke arah Tengku Aiden yang ralit melakukan perkara yang sama.

"Tengah fikir pick up line baru ke? Nak cakap apa kali ni?"

"You're so pretty, you made me forget my pick up line."

"Tch." Melissa hanya melakarkan senyuman hambar.

"Saya serious ni, cantik sangat." Tengku Aiden meraih tangan Melissa. Dari semalam lagi sudah nampak perubahan pada isterinya itu, tidak dingin seperti sebelum ini. Cuma masih lagi belum dapat menerimanya seperti sedia kala.

"Oh ya? Bukan sebab nak pujuk?" Melissa bertanya. Bila terfikirkan mengenai anak yang dikandungnya ini, terus hilang rasa marahnya terhadap Tengku Aiden.

"Memang cantik, tambah lagi tengah mengandung macam ni. Aura dia nampak lain macam." Tengku Aiden berkata lagi. Melihatkan keadaan Melissa yang sedang sarat mengandung membuatkan satu perasaan hadir, tak digambarkan. Seandainya masa bisa diputarkan, dia ingin lihat dengan sendiri kandungan Melissa dari awal.

"Dah lambat, jom pergi." Melissa mengajak Tengku Aiden untuk segera berangkat ke hotel yang bakal melangsungkan majlis resepsi Tengku Nadya.

Pagi tadi, di masjid berhampiran telah menjadi saksi Tengku Nadya menjadi isteri yang sah kepada Irham. Macam tak percaya yang sepupunya yang sengal itu sudah menjadi isteri orang, yang paling tak sangka sekali orangnya ialah Irham. Tengah hari ini pula majlis resepsi diadakan di hotel berhampiran.

Ketika di masjid, Melissa ada bertemu dengan keluarga mertuanya. Tengku Azalia orang pertama yang meluru ke arahnya untuk meminta maaf. Dia sendiri tidak tahu apa yang keluarga mertuanya katakan kepadanya sepanjang tempoh Tengku Aiden berada di dalam keadaan separuh sedar. Dia sendiri tak nak ambil tahu.

Kerana terlalu mudah memaafkan orang, rumah tangganya dan Tengku Aiden hampir musnah angkara Sharifah Ezryna. Tetapi memaafkan adalah ubat kepada penyakit hati. Kalau dibiarkan berterusan mungkin boleh membawa kepada dendam. Melissa tidak mahu itu semua terjadi. Lagipun Tengku Azalia sudah dia anggap seperti ibunya sendiri.

"Uits, cantiknya." Melissa menegur Tengku Nadya yang baru selesai memakai gaun perkahwinannya. Kaki terus melangkah masuk ke bilik hotel itu. Mak andam di sisi membetulkan baju pada tubuh sepupunya itu.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now