Bab 37

118K 5.1K 344
                                    

Tengku Nadya menarik bagasinya sehingga sampai ke kaunter penyambut tetamu. Memandangkan hari ini Hari Keluarga yang dirancang Tengku Aiden, dia turut serta dalam aktiviti tahunan syarikat milik keluarganya itu. Walaupun masih belum bekerja di sana kerana masih belajar, papanya selalu pesan kepadanya untuk biasakan diri dengan Panglima Holdings.

"What I can do for you miss?" Tanya si penyambut tetamu dengan senyuman yang terlakar di bibir.

"A room under Panglima Holdings for Tengku Syafina Nadya and Melissa Sofia." Tengku Nadya membalas pertanyaan si penyambut tetamu. Pandangannya terhala pada Melissa yang sedang menunggu di lobi resort.

Tengku Nadya mengambil kunci yang diberikan oleh penyambut tetamu. Keningnya mula terangkat dan kemudian ada kerutan di dahinya. Terus dia menghampiri Melissa yang sedang tersengih-sengih memandang skrin telefonnya. Bila di tanya ada teman lelaki ke tak, katanya tak ada. Kadang-kadang dia pelik juga kenapa perempuan cantik macam Melissa tak ada kekasih.

"Mel." Tengku Nadya memanggil nama Melissa namun tidak ada balasan yang di terima selepas itu.

"Melissa Sofia!" Tengku Nadya sekali lagi memanggil nama Melissa tapi kali ini suaranya sedikit meninggi.

"What?" Melissa memandang ke arah Tengku Nadya. Minah ni suara tu tak boleh kuat lagi ke? Rungut Melissa di dalam hati, orang di sekeliling sudah mula memandang ke arah mereka berdua.

"Ni kenapa dia bagi kunci dua? Bukan ke kau kata kau suruh Kak Jue book satu bilik untuk kita berdua?" Tanya Tengku Nadya sedikit pelik.

"Eh? Rasanya aku suruh dia book satu bilik untuk kita," kata Melissa. Seingatnya dia ada berpesan kepada Julia yang menguruskan hal penginapan supaya biliknya sekali dengan Tengku Nadya.

"Tak apa la, nak buat macam mana kan?" Tengku Nadya menyerahkan kunci bilik untuk Melissa manakala yang satu lagi untuknya.

Melissa dan Tengku Nadya menaiki lif untuk ke bilik mereka. Sampai saja di tingkat lima, mereka terus masuk ke bilik masing-masing. Melissa buka pintu gelangsar lalu melangkah ke arah balkoni, angin yang bertiup mula menyapa wajahnya. Bunyi deruan ombak mula menyapa gegendang telinganya. Ketenangan mula meresap masuk ke dalam apabila matanya mula dipejamkan.

Memandangkan hari ini hari pertama mereka di Pulau Perhentian, tiada aktiviti yang dijalankan. Aktiviti bebas untuk staff Panglima Holdings. Melissa berjalan masuk ke dalam biliknya, baru saja dia ingin merebahkan tubuhnya ke atas tilam bunyi loceng dari luar kedengaran. Dia bangun semula dan menuju ke arah pintu. Tengku Nadya yang berada di luar di pandang, gadis itu sudah menukar pakaiannya.

"Jom la." Tengku Nadya mula mengajak Melissa untuk keluar. Buat apa datang bercuti kalau nak terperap kat bilik, baik duduk rumah je.

"Hari ni tak ada aktiviti kan? Aku nak rehat la."

"Alaa Mel, jom la. Tak ada yang nak teman aku ni."

Melissa mengalah juga akhirnya dan mengikut Tengku Nadya keluar. Sebaik saja tiba di lobi resort, kedua-duanya memandang ke arah Syarifah Ezryna. Tengku Nadya mula mengerutkan dahinya.

"Apa dia buat kat sini?" Tanya Tengku Nadya sedikit pelik. Tapi tak pelik pun sebenarnya. Selepas bergelar tunang kepada Tengku Aiden, Sharifah Ezryna akan turut serta dalam aktiviti yang keluarga mereka jalankan. Menyemak je kerja, sempat Tengku Nadya mencebikkan bibirnya.

"Dia dah bekerja kat Panglima Holdings and event ni untuk semua staff so..."

"What? Dia kerja kat sana?" Tengku Nadya sedikit terkejut apabila mendengar apa yang Melissa katakan. Huh! Macam mana orang seperti itu diterima boleh masuk ke Panglima?

Beautiful Lies Where stories live. Discover now