Bab 59

89.5K 4.5K 194
                                    

Melihatkan segala persiapan yang tersedia, Melissa tertanya-tanya sama ada majlis ni untuk perkahwinan atau pertunangan. Dua buah khemah sudah terpasang di halaman rumah ketika dia sampai ke sini sebentar tadi. Anak tangga menuju ke bilik Tengku Nadya di daki, sudah lama dia tidak berjumpa dengan sepupunya itu semenjak dia tinggal serumah dengan Tengku Aiden. Hari ini merupakan harinya, majlis pertunangan Tengku Nadya.

"Nadddd." Melissa terus menerpa ke arah Tengku Nadya lalu dirangkul erat sepupunya itu di dalam pelukan.

"Melll!" Tanpa mempedulikan mak andam yang berada bersamanya, terus di peluk erat Melissa. Entah bila kali terakhir mereka berjumpa, selalunya hanya bertanya khabar melalui panggilan telefon. Nak kata rumah masing-masing jauh tapi dekat je.

"Lama dah tak datang jumpa aku kan? Sampai hati! Tak apa dah biasa dilupakan." Tengku Nadya sengaja mengendurkan suaranya untuk menunjukkan yang dia berkecil hati.

"Alaa, aku busy la. Tak sempat." Melissa hanya memerhatikan saja Tengku Nadya mengambil posisinya yang bertentangan dengan meja solek, sudah bersedia untuk disolek oleh mak andam yang di panggil Kak Zura. Nak bertunang pun siap panggil mak andam solekkan muka. Ceh!

"Ya lah, ya lah." Tengku Nadya mula mengalah. Melissa memang betul-betul sibuk dengan kerja dan juga tugas sebagai isteri. Tambahan lagi sepupunya itu sedang berusaha untuk menjernihkan hubungan dengan keluarga Tengku Aiden.

"Macam mana dengan Aunty Lia?" Tengku Nadya mula bertanya. Kalau tak silapnya, Melissa ada kata yang Tengku Azalia agak sukar untuk menerimanya sebagai menantu.

"Banyak perubahan. Dulu mummy tak nak pun bercakap dengan aku tapi sekarang ni dia dah slow-slow boleh terima aku," ujar Melissa dengan teruja. Tiap kali bercerita mengenai penerimaan Tengku Azalia terhadapnya, reaksi sebegini akan diberi. Rasa gembira yang dirasai sukar untuk diucapkan dengan kata-kata apabila Tengku Azalia sudah mula belajar menerimanya sebagai menantu.

"Bagus la kalau macam tu." Tengku Nadya dengan perlahan, tak mahu ganggu Zura yang sedang menyolekkan wajahnya.

"Kau dengan Aiden pulak macam mana?" Tengku Nadya menyoal dengan soalan seterusnya.

"Okay je, cuma Aiden tu lately selalu je tak sihat," kata Melissa. Tengku Aiden masih lagi seperti itu dan degilnya untuk di bawa ke hospital juga tetap sama.

"Tak sihat? Macam mana tu? Tak pergi hospital?" Tengku Nadya mula berminat dengan apa yang Melissa ceritakan.

"Tengah malam selalu tersedar, katanya lapar. Tapi yang ni tak hairan sangat sebab aku pun sama jugak—" Melissa berhenti seketika, sejak dua menjak ini selera makannya dengan Tengku Aiden bertambah.

"Tapi Aiden ni pulak selalu muntah belah pagi. Minum kopi pun muntah." Melissa menyambung lagi ceritanya. Tengku Aiden sekarang ni sama sepertinya, tidak gemarkan kopi. Sarapan sekarang ni langsung tak sentuh air kopi.

Tengku Nadya yang mendengar mula tergelak halus. Zura yang sudah hampir selesai dengan tugasnya itu juga turut tersenyum. Ada sesuatu yang berlegar di fikirannya, kenapa la boleh jadi macam ni?

"Dah berapa lama Aiden macam tu?"

"Dua minggu."

Hanya tawa dari Tengku Nadya dan Zura kedengaran selepas itu. Melissa di situ hanya terkebil-kebil memandang mereka.

"Kak Zura tengok tu, dorang ni belajar sampai ke luar negara tapi benda macam ni pun tak tahu," kata Tengku Nadya dengan sisa tawanya masih kedengaran.

"Korang cakap apa ni? Tak faham la." Melissa masih lagi belum memahami apa yang cuba disampaikan oleh Tengku Nadya dan Zura.

"Aku rasa kau yang patut pergi hospital lepas tu check mana lah tahu ada isi..."

Beautiful Lies Where stories live. Discover now