Lamunannya mengenai pertemuan pertama dengan Tengku Aiden terhenti apabila kereta yang dipandu Tengku Nadya berhenti di hadapan bangunan lima belas tingkat itu. Dipandang bangunan itu dari atas ke bawah, Melissa keluar dari kereta dan Tengku Nadya pula pergi memakirkan kereta di basement.
"Kau pergi dulu. Tanya receptionist tu kat mana, kejap lagi aku datang." Sempat Tengku Nadya menitipkan pesanan kepadanya.
Melissa melangkah masuk ke dalam Panglima Holdings. Penyambut tetamu disapa untuk bertanyakan di mana sesi temu duga berlangsung. Setelah diberitahu di mana terus saja Melissa menuju ke arah lif, ditekan punat bernombor tujuh.
Tengku Nazman ada memberitahunya dua hari lepas yang Panglima Holdings sedang mencari pekerja baru, General Manager untuk Department Business Operation. Terus saja dia bersetuju untuk ditemu duga hari ini. Tengku Nadya yang menawarkan diri untuk menemaninya memandangkan dia masih lagi belum terbiasa dengan keadaan di Malaysia. Setibanya di tingkat tujuh, dia terus berjalan untuk mencari tempat yang dicari. Selepas menjumpai tempatnya, Melissa mengambil tempat untuk menunggu gilirannya. Setelah beberapa minit, gilirannya tiba.
Melissa mengambil tempat duduknya, berhadapan dengan beberapa orang director and juga executive syarikat Panglima Holdings. Tetapi yang berada di hujung meja panjang itu membuatkan dia terleka seketika. Raut wajah Tengku Aiden sedang membuang pandang ke arah lain, seperti sedang termenung menjadi tatapan matanya seketika.
"Tengku," panggil salah seorang daripada mereka.
"Hmm," jawab Tengku Aiden acuh tak acuh. Pandangannya masih lagi ke arah cermin lutsinar yang menampakkan pemandangan sekitar ibu kota, fikirannya di bawa terbang entah ke mana.
"Yang ni pernah bekerja dengan Mercier Holdings di France. Macam mana Tengku?"
"Tengok calon lain dulu." Tengku Aiden langsung tidak berganjak dengan posisinya, pandangan matanya juga sama.
"Cik Melissa Sofia, nanti kami akan hubungi cik kalau cik berkelayakan untuk mengisi jawatan ni." Sebaik saja nama itu menyapa gegendang telinganya terus saja Tengku Aiden berpaling ke arah pemilik nama itu. Satu senyuman mula terlakar dibibirnya, wajahnya yang terpamer riak kosong serta-merta kelihatan gembira.
"Minggu depan dah boleh mula," kata Tengku Aiden secara tiba-tiba. Bukan saja Melissa yang terkejut tetapi yang lain pun sama. Rasa hairan pun ada juga.
"Hah?"
"You're hired, minggu depan datang kerja," ulang Tengku Aiden kembali supaya lebih jelas.
Tengku Aiden memandang ke arah mereka yang berada di situ, rata-rata masih lagi terkejut dengan tindakannya. Tadi suruh tengok calon lain dulu tapi sekarang ini secara tiba-tiba terima. Betul ke tidak COO (Chief Operating Officer) yang baru saja dilantik beberapa bulan lepas ni?
"Dia pernah bekerja di Mercier Holdings kan? So why not kita ambik terus dia bekerja di sini?" Dia menggunakan alasan itu memberikan kata putus. Padahal kerana alasan lain.
Kerana Melissa.
•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••
Entah kali ke berapa dia cuba untuk menghubungi Tengku Nadya namun hasilnya tetap sama, gagal. Ke mana agaknya Tengku Nadya menghilang? Kali terakhir sepupunya itu kata hendak memakirkan kereta di basement tetapi sampai sekarang tak muncul-muncul juga. Dia segera memasuki perut lif selepas melihat pintu terbuka, ditekan punat bernombor satu untuk turun ke bawah. Skrin iPhone ditekan beberapa kali untuk menghantar mesej kepada Tengku Nadya. Pintu lif yang hampir tertutup itu ditahan dan seseorang masuk ke dalamnya, Melissa masih lagi fokus dengan iPhone yang berada di tangan. Tak ambil peduli pun siapa yang masuk ke dalam.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia