Bab 16 | Part 12

117K 5.8K 94
                                    

3 tahun yang lalu,

Tiga minggu berlalu semenjak kejadian hitam itu terjadi dan Melissa sudah mula belajar untuk melupakannya. Kalau dia asyik teringatkan hal itu, pasti tumpuannya akan terganggu dan dia tak mahu itu terjadi kerana akan memberi kesan yang buruk untuk dirinya sendiri.

Kadang-kadang Melissa ada juga bertanyakan kepada dirinya sendiri apa salah dia sampai begini takdir hidupnya. Terlalu berat untuk dia menerima takdir sebegini, bergelar isteri kepada lelaki yang saja masuk dua bulan dia kenal dan perkahwinan ini bukan berlandaskan atas dasar suka sama suka, jauh sekali saling mencintai. Dia sendiri tidak tahu perkahwinannya ini jenis apa.

Rasa menyesal akan datang bertandang setiap kali teringatkan dirinya yang terlampau mudah percayakan lelaki yang baru dikenali tanpa sedikit pun mengetahui niat buruk disebalik kata-kata manis yang sering diucapkan. Perkara yang paling disesalinya adalah kerana memberi peluang untuk menjalinkan persahabatannya dengan lelaki seperti itu.

Perkahwinan ringkas yang berlangsung seminggu yang lalu sudah diketahui oleh kawan-kawan yang rapat dengannya. Walaupun hanya Helena sahaja yang menemaninya ketika itu tapi entah macam mana yang lain boleh tahu. Bila ditanya kenapa tergesa-gesa mengikat tali perkahwinan dengan Tengku Aiden, Melissa hanya menjawab itu adalah jodohnya. Ada juga cerita yang tak enak sampai kepadanya tapi Melissa tidak mempedulikannya.

Tengku Aiden Fahmi... Pemilik kepada nama ini kini sah menjadi suaminya. Tetapi bagi Melissa itu hanya gelaran saja, dia kini meneruskan kehidupannya seperti biasa. Perkahwinan itu terjadi kerana dia tak mahu kalau ada benih yang bakal membesar di dalam rahimnya lahir tanpa seorang bapa dan perkahwinan ini akan berakhir jika itu tidak terjadi.

Sepanjang tempoh seminggu itu, dia cuba mengelak dari bertembung dengan Tengku Aiden. Kalau terserempak pun dia sengaja buat-buat tak kenal. Ada dua kali Tengku Aiden cuba untuk berbincang dengannya mengenai hala tuju perkahwinan mereka ini dan tiap kali itu juga la perbincangan itu berakhir dengan pergaduhan.

Melissa memegang paper bag yang berisi baju kurung dan selendang yang dipakai ketika majlis perkahwinannya. Dia ingin menyerahkan kembali baju ini kepada Tengku Aiden, kalau ada dengan dia nanti takut dia terbuang. Entah kat mana Tengku Aiden beli baju ini, masa nikah hari tu pun Tengku Aiden pakai baju melayu warna yang sama dengannya.

Dua tiga hari ini, Tengku Aiden tidak kelihatan di kolej atau di mana-mana tempat. Ke mana agaknya lelaki itu menghilang? Entah kenapa hari ni kakinya rajin nak ke apartment yang dihuni Tengku Aiden untuk memulangkan baju ini. Sebaik sahaja tiba di apartment itu terus saja dia menekan loceng.

"Hurmm, yes?" Orang yang membuka pintu mula menyapanya. Bukan ke ini kawan Tengku Aiden? Siapa namanya? Hakim kalau tak silap.

"Kalau cari Aiden, dia dah tak tinggal kat sini." Satu lagi suara mula menyapa dari belakang, Melissa mula memandang ke arah pemilik suara itu.

"Where is he?" Tanya Melissa kebingungan. Kenapa Tengku Aiden dah tak tinggal di sini lagi?

"I don't know. You're his wife right? Takkan tak tahu?" Sengaja Syafiq menekankan perkataan 'wife' yang disebutnya.

Selepas Tengku Aiden memberitahunya dan Hakim mengenai perkahwinan yang terjadi, pergaduhan antara mereka bertiga terjadi. Tengku Aiden lebih memilih perempuan yang baru dikenali selama sebulan lebih dari persahabatan yang terjalin dari bangku sekolah rendah lagi. Masih lagi terngiang-ngiang apa yang Tengku Aiden kata.

"Korang berdua tak ada kata yang aku tak boleh kahwin dia kan?"

Selepas itu memang bergaduh teruk mereka bertiga dan nasib baik Hakim memihak kepadanya. Selepas Tengku Aiden cuba mendekati Melissa memang banyak perubahan yang terjadi pada sahabatnya itu. Dari setiap sudut, hampir seratus peratus berubah. Pada awalnya dia dan Hakim tak kisah tapi bila Tengku Aiden menyuarakan hasratnya untuk menikahi Melissa terus saja dia menjadi 'kisah'. Apa yang merasuk Tengku Aiden untuk mengambil keputusan sebegitu.

Melissa hanya mendiamkan diri, dia tahu yang Syafiq sedang memerlinya. Perkataan wife yang ditekankan tadi memang sengaja disebutnya, mahu memerlinya. Melissa terus pergi meninggalkan apartment itu dan langkahnya diatur ke suatu tempat yang dia yakin Tengku Aiden pasti berada di situ.

Banglo yang dia jejak tiga minggu yang lalu kini kembali dijejaki. Kejadian yang terjadi tiga minggu yang lalu kembali menerjah ke dalam fikirannya. Segala-segalanya bermula di sini. Melissa melangkah ke arah pintu utama banglo tersebut. Tombol pintu dipegang, dia mula teringatkan kejadian itu kembali. Kali ini pintu tak berkunci lagi, sama seperti tiga minggu yang lalu. Melissa membuka pintu lalu masuk ke dalam. Suasana yang sama, sunyi. Tapi kali ini tiada tubuh yang berbaring di atas sofa. Melissa meletak beg kertas itu di atas meja kaca di ruang tamu.

Belum sempat Melissa melangkah ke arah pintu untuk keluar, bunyi kaca pecah kedengaran dari tingkat atas membuatkan langkahnya terhenti. Rasa resah mula menyelubungi dirinya. Apa yang terjadi di atas sana?

"Aiden?"

Melissa memanggil nama Tengku Aiden. Kakinya mula memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Pandangan matanya mula jatuh di setiap sudut ruang di tingkat atas. Dari mana datangnya bunyi kaca pecah tadi?

Melissa terpandangkan pintu bilik yang terbuka di hujung sekali. Ditolak sedikit pintu itu, kaca pecah tadi adalah gelas. Bertaburan di situ serpihan kaca dan juga sisa air. Melissa melangkah masuk ke dalam, pandangan matanya jatuh pada sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas katil. Wajah pucat Tengku Aiden itu mula dipandang, tanpa dipinta kakinya terus melangkah mendekati Tengku Aiden. Perlahan-lahan tapak tangannya mula menyentuh dahi Tengku Aiden.

"I tried to reach that glass but..." Tengku Aiden mula bercakap dengan perlahan, suaranya sedikit serak. Matanya terbuka untuk melihat siapa yang menyentuh dahinya. Sebaik saja terpandangkan Melissa di depannya terus dia mengukirkan senyuman walaupun agak susah kerana tiada tenaga.

"Awak ni memang jenis tak kunci pintu ke? Bahaya tahu tak?" Melissa mula membebel. Dah la orangnya tengah demam, pintu pula tak berkunci. Macam mana kalau masuk pencuri?

"Saya tak kunci sebab saya tahu awak akan datang." Tengku Aiden berkata.

"Lain kali kunci..." Terhenti percakapan Melissa apabila Tengku Aiden mula bercakap lagi.

"Boleh tak awak berhenti membebel? Saya tak sihat ni." Tengku Aiden mula memicit kepalanya yang sakit.

"Awak demam ni." Melissa kembali menyentuh dahi Tengku Aiden. Rasa bahang dari tubuh lelaki itu mula terasa di tapak tangannya.

"Saya bawak awak pergi klinik." Melissa mula berkira-kira untuk membawa Tengku Aiden ke klinik memandangkan suhu badan Tengku Aiden agak panas. Takut melarat pulak nanti demam tu. Walaupun masih dia masih lagi bencikan Tengku Aiden tapi masih ada lagi sifat berperikemanusiaan dalam dirinya

Melissa menghulurkan tangannya untuk memudahkan Tengku Aiden bangun. Huluran disambut Tengku Aiden membuatkan dia terdorong ke arah katil kerana Tengku Aiden menariknya. Kerana gagal mengimbangi posisinya, Melissa jatuh di atas dada Tengku Aiden. Serta-merta dia dapat merasakan Tengku Aiden memeluk erat pinggangnya dan menariknya ke dalam pelukan.

"Apa awak buat ni?" Melissa bertanya sedikit geram. Tangannya yang tersepit dan juga pelukan yang erat membuatkan pergerakannya terbatas.

"Haba? Saya sejuk la. Comforter tu tak bagi kesan langsung." Tengku Aiden mengeratkan lagi pelukan di pinggang Melissa. Tangannya yang satu lagi pula menjadi tempat Melissa mengalaskan kepala untuk tidur. Gebar yang berada di sebelah diambil lalu diselimuti dirinya dan Melissa. Tengku Aiden menyembunyikan senyumnya apabila nasib berpihak kepadanya.

"Sebab tu lah saya ajak awak pergi klinik, jumpa doktor." Melissa masih lagi cuba untuk melepaskan diri namun gagal. Demam-demam pun ada tenaga lagi ke? Gatal tak sudah.

"Saya tak nak doktor, saya nak awak je. Okay? Duduk diam-diam." Tengku Aiden berhenti bercakap dan matanya kembali ditutup.

Melissa akhirnya berhenti untuk melepaskan dirinya dari pelukan Tengku Aiden. Bunyi degupan jantung Tengku Aiden yang menyapa pipinya membuatkan dia terleka. Ada sesuatu yang menarik tentang bunyi itu dan juga pelukan dari lelaki yang meragut kesuciannya tiga minggu lepas membuatkan dia berasa selesa dan selamat? Dia sendiri pun tak tahu kenapa, tetapi dia berasa selamat berada di dalam pelukan itu. Melissa sendiri tidak pasti bila agaknya, dia turut sama tertidur.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now