3 tahun yang lalu,
Selepas leka memerhati skrin komputer riba, Syafiq mula meregangkan tubuhnya yang terasa lesu. Dalam sibuk dengan kerja tak berfaedahnya, dia akan cari masa untuk menyiapkan tugasnya. Saat itu juga dia bertemu pandang dengan Tengku Aiden yang sedang tersengih-sengih sambil memandang ke arah skrin iPhonenya. Rakannya itu kelihatan asyik sekali sampaikan tidak sedar apa yang terjadi di sekeliling. Sebenarnya dia ada terperasankan sesuatu yang tak kena dengan Tengku Aiden sejak dua menjak ini, macam lain sangat. Disiku lengan Hakim yang berada di sisinya.
"What?" Soal Hakim sambil mengaduh kesakitan gara-gara Syafiq yang menyiku lengannya. Digosok perlahan lengannya itu.
"Tengok tu." Dijuihkan bibirnya ke arah itu.
"Dia memang macam tu kan?" Hakim sedikit pun tidak merasa hairan, malah dia yang pelik dengan Syafiq. Tengku Aiden memang macam tu pun kalau tengah tatap telefon, yang si Syafiq pelik sangat kenapa?
"No, that's not him. Nampak macam lain." Tengku Aiden yang dulu bukan seperti ini, banyak perubahan yang telah terjadi pada kawannya itu. Tengok dari caranya sekarang pun sudah tahu.
"Aiden."Dilihatnya Tengku Aiden masih lagi leka dengan telefon pintarnya, tak nampak tanda-tanda yang kawannya itu perasan akan panggilannya.
"Aiden!" Sekali lagi Syafiq memanggil Tengku Aiden.
"Apa?" Tengku Aiden bertanya sambil memandang ke arah Syed Syafiq.
"Kau ni, Aiden kan?" Soalan yang tak berapa cerdik dari Syafiq mengundang tawa Tengku Aiden. Apa punya soalan ni?
"Yes, of course I am. Kau ni dah kenapa? Ke dah biul? Otak dah tak betul lepas buat kerja sikit?" Tengku Aiden kembali menyoal, masih lagi ada tawa yang kedengaran. Dah buang tebiat agaknya si Syafiq ni sampai tanya soalan macam tu. Kena sampuk ke apa?
"Kau nampak lain, kan Kim?" Ditanya Hakim pula tentang Tengku Aiden. Tengku Aiden banyak berubah sejak dua menjak ni, perangai tak semenggahnya itu sudah lama tak kelihatan. Sekarang ini pun sudah jarang Tengku Aiden meluangkan masanya untuk dia dan Hakim. Kalau diajak ke mana-mana terutama sekali pub, pasti Tengku Aiden akan bersetuju tanpa berfikir panjang. Ke mana Tengku Aiden yang dulu? Apa yang telah membuatkan kawannya ini berubah?
"Lain apa bendanya?" Soal Tengku Aiden kembali. Pelik betul Syafiq saat ini.
"Perasaan kau je," kata Hakim seolah-olah menyebelahi Tengku Aiden.
"So, macam mana?" Syafiq tiba-tiba saja bertanyakan soalan itu kepada Tengku Aiden. Sepertinya sudah lama dia tidak mendengar apa yang Tengku Aiden lakukan untuk menyempurnakan pertaruhan mereka bertiga.
"Macam mana apa?"
"You and that girl, Aiden. Melina? Ke Melissa? Or whatever her nama is, esok dah cukup sebulan. Kau jangan buat-buat tak ingat eh." Syafiq mengingatkan perjanjian mereka yang terjadi kira-kira sebulan lepas. Mana boleh perjanjian itu terkubur begitu saja.
Tengku Aiden hanya menelan liurnya, terasa kelat bila teringatkan hal itu. Perjanjian kerana kalah dalam pertaruhan sebulan lepas mula berlayar di mindanya. Hubungan persahabatan yang dijalinkan dengan Melissa seminggu yang lalu membuatkan dia lupa tentang hal itu. Kepercayaan sudah diletakkan sepenuhnya untuk dia, haruskah dia mungkiri? Wajah polos milik Melissa mula terbayang di mindanya. Tergamak ke dia mahu lakukan hal sebegitu kepada Melissa? Pelbagai perasaan mula bercampur saat ini. Dia sendiri akui banyak yang telah merubah dia sepanjang mengenali Melissa.
"Kalau kau rasa kita ni kawan..." Terhenti Syafiq selepas mendengar Tengku Aiden memotong kata-katanya.
"Yes, I get it." Tengku Aiden bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi. Tak betah nak duduk lama-lama di situ.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia