Bab 49

104K 4.9K 326
                                    

"Kenapa kau cakap kat Aiden, aku kat sini?" Melissa bertanya seiring dengan keluhan, ada nada seakan tidak puas hati terselit disebalik pertanyaan itu. Tengku Nadya sudah berjanji untuk merahsiakan keberadaannya tapi tengok lah apa yang jadi sekarang ni. Tengku Aiden ada kat sini malam-malam buta macam ni.

"Aku mintak maaf sangat-sangat, Mel. Memang aku nak rahsiakan kau kat mana tapi Aiden tu, dah macam orang tak betul cari kau." Tengku Nadya mula memberikan penjelasan. Selepas Melissa pergi mencari ketenangan, boleh dikatakan sepanjang dua minggu itu, soalan 'Melissa kat mana?' sering meniti di bibir Tengku Aiden. Setiap hari Tengku Aiden akan ke rumahnya dan bertanyakan soalan yang sama. Dia merasakan ada baiknya dia beritahu di mana Melissa berada, hidupnya pun akan aman selepas ni tanpa soalan yang sama lagi.

"Aku nak tanya kau sekali lagi, kau yakin ke Aiden dengan Ryna tu ada buat apa-apa hari tu? Aiden cakap Ryna pergi jumpa dia sebab ada masalah." Tengku Nadya bertanyakan lagi soalan itu, dia sendiri sudah lupa ini kali yang ke berapa dia bertanyakan soalan itu. Dia yakin yang Tengku Aiden tidak akan melakukan perkara itu.

"Aku pun tak tahu, Nadya. Dah la, jangan la tanya lagi soalan ni." Hanya itu jawapan yang mampu berikan. Dia sebenarnya pun tak yakin Tengku Aiden melakukan hal itu, tak mungkin. Nasib tidak berpihak kepada Tengku Aiden ketika itu. Tapi disebabkan rasa sakit hati, dia ketepikan apa yang dirasai.

"Kau nak balik KL bila?" Melissa terus bertanyakan soalan lain untuk merubah suasana. Tengku Aiden datang ke sini dengan Tengku Nadya sebentar tadi.

"Lusa," jawab Tengku Nadya.

"Kau ajak Aiden balik sekali, kau yang bawak dia datang sini jadi kau yang kena bawak dia balik semula. Aku mintak cuti sebulan, cuti aku ada dua minggu lagi." Panjang lebar Melissa menerangkan keinginannya. Cuti yang di ambil tanpa gaji kini berbaki dua minggu lagi, jadi dia ingin menikmati cutinya ini sepuasnya sebelum kembali semula ke ibu kota dan untuk mempersiapkan dirinya untuk menerima apa saja yang bakal berlaku pada rumah tangganya yang sedang bergolak.

"Pulak dah. Dia datang sini, nak pujuk kau. Kau pulak suruh dia balik." Tengku Nadya menggaru kepalanya.

"Tak payah nak pujuk, nanti aku balik sendiri. Aku nak tidur, good night."

Eleh, nak pujuk bagai. Bibirnya dicebikkan. Melissa melangkah keluar dari bilik Tengku Nadya dan pandangan matanya dihalakan ke arah jam di dinding. Bunyi guruh yang kuat di luar rumah menandakan hujan bakal turun tidak lama lagi. Nasib baik balik awal tadi, sempat Melissa berkata perlahan. Petang tadi cuaca hanya mendung sahaja tapi melarat hingga ke malam.

Dum!

Bunyi guruh yang kuat itu menyebabkan bekalan elektrik. Ruang tamu yang diterangi dengan cahaya lampu sebentar tadi bertukar menjadi gelap. Kilat yang menyambar di luar membuatkan rasa panik mula menyelubungi dirinya. Nafasnya cuba diatur semula supaya dirinya dapat ditenangkan. Kalau keadaan tiba-tiba menjadi gelap, memang rasa panik akan datang. Sejak dari kecil lagi dia memang begitu. [ sepatutnya akan ada satu bab pasal hal ni kat flashback dulu tapi sebab ramai complain flashback banyak, aku skip hahaha ]

"Mel?" Suara Tengku Aiden yang datang dari arah belakang membuatkan Melissa menarik nafas lega.

"Okay tak ni?" Tengku Aiden menghampiri Melissa dan kemudian dia menarik Melissa ke dalam pelukannya. Memahami keadaan isterinya yang mudah panik dengan keadaan gelap, terus saja tangannya mengusap lembut belakang tubuh Melissa.

"I'm okay." Melissa berkata. Pelukan Tengku Aiden membuatkan dia berasa selamat, rasa marah terhadap suaminya itu hilang sedikit sebaliknya di ganti dengan rasa rindu yang terpendam.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now