Melissa hanya mendengar bait bicara Tengku Aiden dan Syafiq, dia sendiri tidak tahu nak kata apa. Selepas dia pergi meninggalkan Tengku Aiden dua tahun yang lalu, banyak yang telah terjadi pada tiga sahabat ini. Kata Tengku Aiden terjadi pergaduhan antara suaminya itu dengan Hakim. Tengku Aiden menyalahkan Hakim kerana memberitahu rahsia itu kepada Melissa.
Bila ditanya kenapa Hakim buat begitu katanya sebab sudah lama sukakan Melissa. Masa Tengku Aiden kalah hari tu, secara kebetulan Syafiq muncul dengan idea gila tu dan kesempatan di ambil. Hakim yang memilih Melissa sebagai mangsa tapi lain pula yang jadi. Sepatutnya Tengku Aiden tinggalkan Melissa dan dia muncul sebagai hero untuk membantu Melissa. Tapi rancangannya tidak menjadi kerana Tengku Aiden mengambil keputusan untuk menikahi Melissa.
Dan hari tu, Hakim memberitahu Melissa mengenai rahsia itu supaya Melissa bencikan Tengku Aiden. Sekali lagi rancangannya tidak berhasil kerana tidak ada penceraian yang terjadi. Melissa hanya melepaskan satu keluhan yang berat, sampai sekarang hubungan Tengku Aiden masih lagi keruh. Rasa serba salah kerana persahabatan terjalin terjejas sebabnya.
"Awak tak nak maafkan dia?" Melissa bertanya selepas Tengku Aiden mengambil tempat duduk di sisinya. Syafiq baru saja pulang sebentar tadi.
"No and never," balas Tengku Aiden. Tak mungkin untuk dia maafkan Hakim begitu saja, kerana Hakim dia kehilangan Melissa hampir dua tahun.
"Maafkan lah dia. Lagi pun kalau dia tak beritahu saya pasal tu entah sampai bila awak nak rahsiakan dari saya," ujar Melissa. Kalau tidak kerana Hakim pasti dia tidak akan tahu mengenai rahsia itu.
"Tak akan, I was planning to tell you. Dia masuk campur kenapa?" Tengku Aiden berasa panas tiba-tiba bila bercakap mengenai Hakim dan makin menyakitkan hati apabila Melissa seolah-olah membela Hakim.
"Tapi..."
"Tapi apa lagi? Awak nak bela dia ke? Mel dekat dua tahun kita tak jumpa, awak nak kita gaduh pasal dia ke? Please." Tengku Aiden seakan-akan merayu supaya Melissa menghentikan perbualan mengenai Hakim.
"Bukan nak bela tapi awak dengan dia berkawan dah lama tapi renggang sebab ni." Melissa menerangkan maksudnya yang sebenar. Bukan nak bela Hakim atau sesiapa, dia cuma tidak mahu Tengku Aiden dan Hakim terus bermasam muka kerana ini.
"Okay," jawab Tengku Aiden sepatah.
"Marah ke?" Melissa bertanya selepas mendengar apa yang Tengku Aiden katakan.
"Marah la ni." Melissa meletuskan tawanya. Kelakar betul muka Tengku Aiden saat ini.
"Tak marah pun." Tengku Aiden seolah-olah sengaja menggunakan nada merajuknya.
"Okay la, kalau tak marah. Nak phone saya balik. Awak pun dah breakfast jadi saya nak balik." Melissa berkata untuk melihat setakat mana Tengku Aiden ingin merajuk denganya. Terus dia bangun dari duduknya.
"Eh, tak boleh balik lagi." Tengku Aiden menarik tangan Melissa membuatkan isterinya itu terjatuh ke dalam pelukannya. Terus dipeluk erat untuk membataskan pergerakan Melissa.
"Apa ni peluk orang. Saya nak balik ni." Melissa cuba untuk melepaskan diri namun gagal.
"Tak boleh." Tengku Aiden mengeratkan lagi pelukan di pinggang Melissa. Dikucup kedua-dua belah pipi Melissa berkali-kali.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia