3 tahun yang lalu,
Rancangan awal untuk bermalam satu malam di banglo milik keluarga Tengku Aiden hanya tinggal perancangan sahaja. Hari ini sudah masuk minggu ketiga Melissa tinggal di sini. Pada minggu pertama kerana Tengku Aiden tak sihat dan terlajak sampai ke minggu kedua hingga la ke sekarang. Boleh dikatakan hampir separuh pakaiannya yang berada di apartment sudah berpindah ke sini. Melissa sendiri tak tahu apa yang dia rasakan. Bila berada di sisi Tengku Aiden dia berasa lain. Rasa yang dia sendiri tak tahu macam mana nak terangkan. Tapi bila teringatkan peristiwa hitam itu pasti, fikirannya terpanggil untuk mengingati apa yang Tengku Aiden telah lakukan.
"Melissa," panggil satu suara dari arah belakang. Dipandang pemilik suara itu dan satu senyuman diberikan.
"Irham" Perlahan nama itu meniti di bibirnya.
"Are you free right now? There's something I need to ask you," kata Irham kepada Melissa.
"Yea, free." Melissa menghampiri Irham. Ni mesti nak tanya pasal yang kat kelas tadi. Melissa mula membuat andaian. Memang Irham selalu bertanya jika tak faham sesuatu. Melissa mengikut langkah Irham dari belakang. Setibanya di bangku, terus Irham membukak begnya lalu dikeluarkan buku. Melissa duduk di tepi Irham.
"Which one?" Tanya Melissa.
"This one." Irham menunjukkan ke arah isi kandungan buku itu.
"Senang je ni." Kata-kata Melissa mengundang tawa dari Irham.
"Bagi awak senang la, sebab awak pandai." Irham berkata dengan jujur. Memang betul pun apa yang dia kata, Melissa seorang yang pandai dan fizikalnya boleh dikatakan cukup lengkap.
Ada sepasang mata mula memerhatikan Melissa dan Irham yang sedang ketawa. Tengku Aiden mula mendengus geram. Melihatkan kemesraan Melissa dan Irham membuatkan dia berasa tak senang duduk. Cemburu? Ya, sudah tentu dia cemburu. Melissa sekarang isterinya.
Tengku Aiden berjalan ke arah pasangan yang sedang seronok ketawa di atas bangku yang kebutulan pula di bawah pokok. Kena betul dengan tempat. Tanpa mempedulikan orang di sekeliling, terus dia menghampiri Melissa lalu dicapai tangan isterinya itu.
"Apa awak buat ni?" Melissa bertanya dengan geram. Tubuhnya mula terdorong untuk bangun apabila Tengku Aiden mula menarik tangannya.
"Lepas la, sakit tahu tak." Melissa berkata separuh menjerit. Tangannya direntap kasar untuk melepaskan diri dari pegangan Tengku Aiden.
"Apa ni bro? Main kasar dengan perempuan." Irham mula menghampiri Melissa.
"Kau jangan nak masuk campur, bukan urusan kau." Tepat jari telunjuknya terarah pada muka Irham. Lelaki di hadapannya itu dipandang dari atas ke bawah.
"Melissa ni kawan aku jadi urusan aku." Irham menuturkan kata-kata itu dengan tenang. Tak mahu mencetuskan pergaduhan, kalau kedua-duanya menggunakan kemarahan pasti akan ada pergaduhan yang bakal tercetus.
"Tengku Aiden Fahmi Tengku Fahrin, ever heard that name?" Tengku Aiden mula menyebut nama penuhnya. Tak mungkin kalau lelaki di depannya ini tak kenal siapa dia, orang Malaysia kan.
"Tak pernah, kalau pernah apa kaitannya? Tak bermakna kau boleh buat sesuka hati kat Melissa kan?" Irham tahu yang Tengku Aiden sedang menggunakan pengaruh nama dan pangkat.
"Dia isteri aku, jadi suka hati la." Sengaja ditekankan perkataan isteri supaya Irham hadam perkataan tu betul-betul, biar tersemat sampai bila-bila. Tengku Aiden dapat melihat perubahan riak wajah Irham selepas itu.
"Mel? Care to explain?" Irham mula memandang ke arah Melissa. Muka gadis itu sedikit kelat.
"Nak explain apa lagi? Dia isteri aku," ulang Tengku Aiden sekali lagi. Perubahan wajah Irham membuatkan dia tersenyum.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia