Bab 57

93.7K 4.7K 620
                                    

Wajah Tengku Aiden yang agak lesu dan tidak bermaya itu di pandang dengan perasaan risau, suhu badan suaminya itu normal saja cuma sering mengadu sakit kepala dan ketika tengah malam, Tengku Aiden akan terjaga kerana tekaknya mual dan akan muntah. Tapi yang paling membuatkan Melissa marah bila di ajak Tengku Aiden ke hospital, suaminya itu akan menolak.

"Sebelum awak nak membebel lagi, saya nak cakap saya okay je." Tengku Aiden mengambil vest yang  terdampar di atas katil yang ditinggalkannya sebentar tadi lalu disarungkan ke tubuhnya. Wajah Melissa yang mencebik itu di pandang.

"Orang risaukan dia, boleh pulak kata membebel," ujar Melissa dengan rasa sebal. Sudah puas dipujuk untuk ke hospital namun jawapan yang di terima, 'saya okay'.

"Alah sikit je, bukan demam pun. Belah malam dengan pagi je saya muntah," kata Tengku Aiden untuk meyakinkan Melissa yang dia sihat sahaja.

"Tengok tu ada je alasan dia." Melissa masih lagi tidak puas hati.

"Dah jom turun breakfast, dah lambat ni." Tengku Aiden mencuit hidung Melissa lalu diajak isterinya itu turun untuk bersarapan.

Turun saja ke bawah, kedua-duanya mula menikmati sarapan pagi yang terhidang. Awal pagi lagi Melissa sudah bangun untuk menyediakan sarapan walaupun Tengku Aiden pernah ada kata dia tak perlu kerana mereka boleh bersarapan di kafe Panglima.

Pandangan matanya terarah pada Tengku Aiden, kerutan yang jelas terpamer pada wajah itu sebelum meneguk air kopi. Tidak semena-mena suaminya bangun dan menuju ke arah singki lalu dimuntahkan kembali yang di minum sebentar tadi. Melissa bangun lalu di hampiri Tengku Aiden, tangannya mula mengusap belakang tubuh suaminya itu.

"Kita ke hospital dulu."  Tengku Aiden terus menggelengkan kepalanya, Melissa sudah agak yang ini jawapan bakal di terimanya.

"Awak ni degil, macam budak-budak." Melissa menyilangkan tangannya, dia sudah tidak tahu hendak di pujuk macam mana lagi.

"Saya okay, awak yang terlampau risau."

"Okay apanya kalau minun air kopi pun muntah." Setahunya, Tengku Aiden tak ada alahan pada kopi sepertinya.

"Saya tak nak gaduh dengan awak pasal hal ni. Cepat habiskan breakfast, nanti kita lambat."

"Awak tak payah pergi kerja la hari ni, berehat kat rumah je," kata Melissa lagi.

"Saya ada meeting hari ni isteriku tersayang." Tangannya mula naik untuk mencuit hidung Melissa namun di halang oleh isterinya itu.

"Suka hati awak la kalau macam tu."

"Kan senang kalau mengalah macam ni dari tadi." Tangan kirinya mula memaut pinggang Melissa lalu ditarik tubuh isterinya itu rapat dalam pelukannya, bibirnya mendarat di atas dahi Melissa. Baru saja bibirnya ingin turun ke pipi, suara Melissa menegur membuatkan dia berhenti.

"Tadi kata dah lambat? Masa sakit pun boleh pulak ambil kesempatan."

"Ni bukan ambil kesempatan Mrs. Aiden. Bagi morning kiss kat isteri je."

"Ada je kan awak nak jawab."

• • •

Waktu pejabat sudah pun tamat, Melissa mula mengemaskan barang-barang yang berselerak di atas meja. Selesai saja, terus dia menuju ke tingkat atas untuk mengajak Tengku Aiden pulang. Selalunya Tengku Aiden yang akan ke sini untuk mengajaknya pulang tapi hari ini tak ada pulak. Mungkin sibuk agaknya.

"Aiden mana?" Tanya Melissa.

"Tengku dah balik siang tadi lepas habis meeting," jawab Syafira. Kekeliruan yang terpamer di wajah Melissa selepas itu. Dia masih tidak menyangka yang wanita di hadapannya ini merupakan isteri kepada majikannya. Patutlah Sharifah Ezryna ditinggalkan dan Melissa di kejar tempoh hari.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now