Pintu bilik dikuak apabila jam di dinding menunjukkan ke arah angka tujuh. Sekujur tubuh yang masih lagi lena diselimuti gebar di pandang. Melissa berjalan ke arah katil dan dilihatnya Tengku Aiden masih lagi tidur dengan nyenyak. Disentuh bahu suaminya itu dan disertakan dengan panggilan untuk mengejutkan Tengku Aiden dari tidur.
"Aiden, bangun la." Melissa memanggil nama Tengku Aiden sekali lagi. Dia duduk di birai katil sambil tangannya mencuit bahu lelaki itu.
"Awak solat subuh tak pagi tadi?" Melissa bertanya selepas melihat Tengku Aiden membuka matanya.
"Solat, saya cuma penat sebab tu saya tidur kejap," jawab Tengku Aiden yang masih lagi terpisat-pisat untuk membuka matanya.
"Jangan tidur lepas subuh, tak elok." Sempat Melissa memberi pesan kepada Tengku Aiden. Orang kata kalau tidur lepas subuh rezeki tak masuk.
"Hantar saya balik boleh? Takkan saya nak pakai baju yang sama nak ke pejabat hari ni." Melissa mengingatkan kembali apa yang dia katakan kepada Tengku Aiden semalam.
"Awak tengok dalam almari tu, saya dah beli baju yang sesuai untuk ke pejabat." Tengku Aiden membalas pertanyaan dari Melissa.
"Awak— Kejap." Tengku Aiden memanggil Melissa dan tangannya mula mencapai tangan Melissa untuk menghentikan langkah isterinya dari bangun.
"Awak marahkan saya lagi?" Tanya Tengku Aiden. Kedudukannya dibetulkan untuk memudahkannya bercakap dengan Melissa. Diperkemaskan pegangan tangannya di tangan Melissa.
"Bukan setakat marah, saya benci dan menyampah." Melissa berkata sambil pandangan matanya terhala tepat menikam mata Tengku Aiden. Ada perubahan pada wajah itu.
"Saya tahu memang salah saya sebab pergi dulu tapi saya dah balik semula ke sini nak tebus kesalahan saya. Saya cuma mintak satu je, hak saya sebagai seorang isteri." Melissa masih lagi memandang ke arah Tengku Aiden. Lelaki itu hanya diam tak berkutik setelah mendengar apa yang dia katakan. Keterlaluankah dia saat ini? Hanya haknya sebagai seorang isteri saja yang dia minta. Menjadi isteri yang sebenar-benarnya kepada Tengku Aiden di mata semua orang.
"Dan saya cuma nakkan masa saja. Bagi saya masa dan bila masa tu dah sampai saya akan bagi tahu family saya yang awak isteri saya," ujar Tengku Aiden dengan suara yang agak lirih.
"Sampai bila? Kalau awak tunggu masa tu datang sendiri, sampai bila-bila kita akan hidup macam ni." Melissa meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Kalau saya tak pergi dulu, awak bagi tahu tak yang saya ni isteri awak?" Melissa bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Mestilah saya bagi tahu. Sepatutnya lepas saya pergi jumpa keluarga awak, kita balik ke Malaysia kan?" Tengku Aiden mengimbas kembali rancangan mereka dua tahun lepas yang tak akan pernah terjadi kerana rahsia masa lalu terbongkar. Melissa ambil keputusan untuk pergi ketika itu.
"Tapi sekarang ni situasi berbeza, Melissa. Saya tersepit dengan pertunangan dan kesihatan mummy." Tengku Aiden mengeratkan pegangan tangan di tangan Melissa untuk menyalurkan apa yang dia rasai melalui sentuhan itu. Supaya mendapat pengertian dari Melissa untuk situasinya saat ini.
"Bukan sebab awak takut kena buang keluarga? Takut hilang kemewahan yang awak ada?" Melissa memberanikan dirinya untuk bertanyakan soalan itu.
Bila teringatkan apa yang Tengku Nadya ceritakan dulu, mengenai Tengku Nazman yang kehilangan segala-galanya kerana memilih cintanya. Mungkin ini juga penyebab Tengku Aiden ingin merahsiakan perkahwinan mereka. Ditambah lagi bila dia melihat yang kaum kerabat Tengku Aiden berkahwin dengan orang yang mempunyai darjat. Contohnya baru-baru ini, Tengku Hanan berkahwin dengan Megat Khairul. Kerana nama, harta dan darjat kah Tengku Aiden ingin merahsiakan perkahwinan mereka? Kerana dia bukan sesiapa? Kerana dia anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan orang lain?
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia