Bab 45

111K 5.1K 980
                                    

Sedari tadi dia hanya memerhati saja keluarga itu berbincang dari tingkat atas. Jelas ketegangan yang terpamer di setiap wajah, sesekali kedengaran nada suara meninggi datang salah satu dari mereka yang mampu membangunkan setiap penghuni rumah agam ini. Jiwanya kosong seperti yang dia rasai dua tahun lalu, ketika rahsia yang di simpan kemas sampai ke pengetahuannya. Air matanya setitis pun tidak mengalir turun dengan apa yang terjadi. Terlalu penat dengan semuanya.

"Macam mana boleh jadi macam ni Aiden?!" Suara Tengku Fahrin sekali lagi bertanya. Boleh dikatakan ketiga-tiga beranak itu bercakap dengan suara yang meninggi.

Selepas Tengku Nadya habis membeli barangnya, gadis itu mengajaknya ke rumah agam milik Tengku Fahrin. Katanya ingin berjumpa dengan Tengku Azalia untuk bertanya mengenai majlis yang bakal berlangsung hujung minggu nanti. Ketika mereka sampai ke sini, hanya Tengku Airin saja yang berada di rumah, Tengku Fahrin dan Tengku Azalia keluar kerana ada urusan penting yang melibatkan suaminya, Tengku Aiden.

Selepas setengah jam, ketiga-tiganya tiba di sini. Mendengar bunyi bising terus dia mengikut langkah Tengku Nadya untuk mendengar apa yang terjadi di ruang tamu utama. Sebaik saja terdengarkan punca sebenar apa yang terjadi, Melissa sendiri sudah tidak tahu untuk memberikan reaksi yang macam mana. Semua yang terjadi dalam tempoh perkahwinannya dengan Tengku Aiden membuatkan hatinya sudah tidak terkesan dengan apa yang terjadi, sudah terbiasa dan sudah lali.

"Jiran sebelah kata selalu nampak Aiden bawak perempuan balik apartment. Mummy suruh Aiden kahwin terus dengan Ezryna, tak nak! Sekarang ni apa?!" Giliran Tengku Azalia pula bertanya. Dia fikir selepas Tengku Aiden balik dari luar negara hari tu, perangainya sudah berubah tapi tetap sama.

"Yang tu bukan Ezryna!" Tengku Aiden menjawab kembali apa yang Tengku Azalia katakan. Kenapa susah sangat untuk dia terangkan apa yang terjadi sebenarnya?

"Dah tu siapa?! Mummy ingat Aiden berubah tapi tetap sama." Kalau bukan Syarifah Ezryna maknanya ada perempuan lain yang di bawa pulang oleh anak sulungnya itu. Bila di suruh berkahwin dengan Syarifah Ezryna, di bantah tapi sekarang ni sampai bawak balik ke rumah.

"Mana daddy dengan mummy nak letak muka kalau orang luar tahu?!" Tengku Fahrin mula bersuara. Entah datang dari mana datang perangai yang satu ni.

"Mummy dengan daddy tak percayakan Aiden ke?! Aiden dah cakap tadi kan yang Ezryna datang sebab dia ada masalah." Tengku Aiden mengulang kembali apa yang dia katakan tadi. Kenapa malang sungguh nasibnya hari ni?

"Ada masalah tapi nak selesaikan sampai dalam rumah?" Tanya Tengku Azalia seolah-olah memerli anaknya yang cuba menegakkan benang yang sudah basah. Sewaktu terpandangkan Syarifah Ezryna tadi, pakaian gadis itu tidak kemas. Entah apa yang dilakukan oleh mereka, runsing dia dibuatnya.

"Dia datang ke apartment Aiden, menangis. Aiden ajak dia masuk rumah untuk tenangkan dia!" Benda yang sama diceritakan berulang kali.

Sebelum pulang sebentar tadi, dia sudah menerangkan apa yang terjadi dan ketika itu Syarifah Ezryna ada bersama. Tapi gadis itu hanya membisu seolah-olah mengiakan apa yang terjadi. Syarifah Ezryna menceritakan apa yang terjadi antaranya dengan Mia, seolah-olah Mia sedang memerangkapnya tapi sekarang ni siapa yang cuba perangkap siapa sebenarnya?

"Ada baiknya Aiden dengan Ezryna kahwin cepat-cepat," kata Tengku Fahrin dengan tegas. Kalau dibiarkan begitu saja, mana dia nak letak maruah keluarganya kalau orang luar tahu?

"What? No! Aiden tak akan kahwin dengan Ezryna!" Tengku Aiden mula bangun dari tempat duduknya untuk membantah.

"Dah tu nak tunggu sampai mengandung baru nak kahwin?!" Tengku Azalia pula yang bersuara kali ini.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now