3 tahun yang lalu,
Pagi tadi Melissa dan Helena sempat keluar ke sekitar bandar Edinburgh untuk mencari dress untuk masquerade ball pada malam ini. Dress dari Lauren Ralph menjadi pilihan. Melissa merapikan rambutnya untuk kali yang terakhir. Dipandang dirinya dari pantulan cermin di hadapan. Kemudian mask dipakaikan ke mukanya, menutupi sebahagian dari wajahnya untuk melengkapkan sentuhan terakhir pada dirinya memandangkan ini masquerade ball. Selepas bersiap, dia dan Helena terus saja bergerak ke hotel berhampiran. Sesampainya di sana terus saja mereka ke ballroom, di mana tempat masquerade ball itu diadakan. Hampir separuh sudah dipenuhi.
Melissa berjalan masuk ke dalam ditemani Helena di sisi. Berpasang mata mula memandang ke arahnya, terasa segan pula. Buat seketika, Helena meminta diri untuk mengambil minuman, Melissa melihat keadaan di sekelilingnya. Diperhatikan di setiap sudut, kelihatannya seperti sedang mencari seseorang. Rata-rata sudah menjumpai pasangan masing-masing. Entah kenapa yang dia berharap Tengku Aiden akan menjumpainya. Setiap figura yang hampir sama dengan Tengku Aiden diperhatikan satu-persatu. Agak susah untuk mengecam kerana hampir separuh wajah masing-masing ditutup dengan mask yang dipakai. Satu keluhan dilepaskan, kenapa dia berharap sangat untuk bertemu dengan Tengku Aiden di sini?
Melissa berjalan untuk mencari Helena, lama betul pergi ambik air. Ambik air ke buat air ni? Desis hatinya. Namun langkahnya terhenti apabila ada tangan yang menyentuh bahunya dari belakang.
"I found you, my red rose."
Suara itu kedengaran sangat gemersik ketika menyapa gegendang telinganya, ditambah lagi nada yang cukup romantis. Melissa terus menoleh ke belakang. Satu senyuman manis terukir untuknya.
"Macam mana boleh jumpa?" Melissa bertanya, cepat betul Tengku Aiden menjumpai dia. Rasanya mask yang dia pakai hampir menutup separuh mukanya.
"Same thing that I told you before, my heart always by your side. And out of the girls here, you're the stunning one." Tengku Aiden berkata sambil menerangkan kenapa dia boleh jumpa Melissa. Dari belakang dia sudah tahu yang ini ialah Melissa.
"Would you like to dance?" Tengku Aiden menghulurkan tangannya ke arah Melissa, berharap gadis ini akan menyambut.
"Saya datang sini nak makan je. So, no." Melissa menolak pelawaan itu, pandangan matanya dilemparkan ke arah deratan meja di hujung yang menghidangkan pelbagai jenis juadah. Tapi betul ke kehadirannya di sini kerana itu saja?
"Come on, Melissa. This is a dance party to begin with. Buat apa datang untuk makan je? Better pergi restaurant terus." Sekali lagi, penolakan yang Melissa berikan. Kalau dengan perempuan yang pernah berdampingan dengannya dulu, hulur saja tangan tanpa kata apa-apa dan terus disambut tanpa dipnta.
"But, I'm not used to it." Melissa memandang Tengku Aiden seketika. Kalau tak pernah langsung menjejakkan kakinya ke majlis sebegini memang penipulah namanya. Cuma pasangannya pada malam ini bukan orang yang selalu menemaninya ke majlis seperti ini.
"Kalau tak biasa, boleh biasakan sekarang. May I have this dance, my lady?" Tanya Tengku Aiden sambil menghulurkan tangannya sekali lagi.
"Okay." Sepatah Melissa menjawab lalu menyambut huluran tangan Tengku Aiden. Terus saja mereka ke tengah-tengah ballroom untuk menyertai pasangan lain. Melissa meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas bahu Tengku Aiden. Tangan lelaki itu mula melingkar di pinggangnya. Kedua-duanya bergerak mengikut alunan muzik yang perlahan.
"You look so beautiful tonight and breathtaking. Like a princess." Tengku Aiden berkata perlahan dan selepas itu dia dengar ada tawa yang keluar dari mulut Melissa.
"Princess?" Soal Melissa, tawanya masih lagi bersisa.
"Yup."
"I'm not a princess since I don't have a prince," ujar Melissa. Kakinya hanya mengikut rentak Tengku Aiden.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia