Bab 52

103K 5K 480
                                    

Seminggu selepas itu, Tengku Aiden mengajak Melissa ke rumah keluarganya. Tengku Azalia sudah keluar dari hospital tiga hari sebelumnya. Ada baiknya dia mengajak Melissa ke sana untuk memperkenalkan kepada keluarganya, sekali gus memperbaiki silapnya kerana membelakangkan keluarga ketika menikahi Melissa.

Hanya ketegangan yang terpamer apabila terpandangkan muka ahli keluarganya. Pandangan mata semuanya terarah pada Tengku Aiden dan Melissa.

"I never thought this day will came." Tengku Aizat tiba-tiba bersuara. Anak kesayangan ibu dan ayahnya, anak yang sentiasa dijadikan contoh, hari ini membawa pulang seorang isteri yang dinikahi tiga tahun yang lalu.

Boleh masuk kategori menconteng arang ke muka keluarga jugak ni kalau orang luar tahu mengenai hal ini terlebih dahulu. Tengku Aiden yang dibanggakan oleh ibu dan ayahnya telah melakukan sesuatu yang tak sepatutnya, membelakangkan keluarga ketika berkahwin. Tiga tahun dirahsiakan dari pengetahuan keluarga.

Dua tahun yang lalu, kepulangan abangnya dari luar negara membawa perubahan yang amat ketara. Tengku Aiden yang terlebih sosial sudah tiada. Mungkin ini adalah sesuatu yang bagus tapi bukan untuk dia. Ini merupakan satu mimpi buruk baginya. Setiap perkara yang dia lakukan akan dibandingkan dengan Tengku Aiden. Tengku Fahrin dan Tengku Azalia selalu membandingkan dia dan Tengku Aiden. Dia tak marah atau pun bencikan Tengku Aiden, cuma menyampah. Perlu ke ibu bapa membandingkan anak-anak mereka?

Tapi sekarang ni, perasaan gembira yang tadinya ada kerana Tengku Aiden ada melakukan kesilapan terus hilang tatkala melihat isteri abangnya itu. Dalam banyak-banyak perempuan kenapa Melissa yang menjadi isteri Tengku Aiden? Tak ada orang lain ke? Kedengaran keluhan selepas itu.

"Mummy cakap terus terang, mummy tak akan terima dia." Tengku Azalia pula yang bersuara kali ini. Perempuan yang duduk disebelah anaknya diperhatikan dari atas ke bawah.

"Azalia. Dah-dah la tu. Mereka dah kahwin kan? Benda dah nak jadi." Tegur Tengku Fahrin setelah mendengarkan kelancangan isterinya berkata. Walaupun rasa kecewa masih lagi ada tapi benda dah nak jadi. Takkan nak tolak ketentuanNya?

"Benda dah nak jadi? Tak boleh tanya kita dulu ke sebelum kahwin?" Tengku Azalia balas kembali. Sampai sekarang dia tak boleh terima yang Tengku Aiden berkahwin tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

"Kan mummy? Entah-entah dia goda abang dulu sampai abang terpaksa kahwin dengan dia." Tengku Airin yang dari tadi diam tiba-tiba menyampuk.

"Airin! Cakap tu baik-baik sikit! Bukan dia yang paksa abang tapi abang yang paksa dia!" Tegas suara Tengku Aiden menegur Tengku Airin. Dia yang memaksa Melissa berkahwin dengannya dulu. Kalaulah dia tidak mengikut akal yang dikuasai nafsu ketika itu, pasti ini takkan terjadi.

"Sampai bila-bila mummy tak akan terima dia sebagai isteri Aiden dan menantu dalam rumah ni. Dia tak layak."

Kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Azalia membuatkan Melissa sebak. Panahan mata Tengku Azalia yang memandang tepat ke arahnya menbuatkan dia tahu yang Tengku Azalia betul-betul maksudkan apa yang diucapkan. Apa yang kurangnya dia sampai Tengku Azalia tidak sudi menerimanya sebagai menantu? Hina sangat ke dia sampai Tengku Azalia kata dia tak layak untuk menjadi isteri Tengku Aiden?

"Mummy nak..."

"Nak Ezryna jadi menantu?" Teka Tengku Aiden. Sememangnya dia sudah tahu apa yang Tengku Azalia ingin katakan.

"Apa yang ada pada Ezryna sampai mummy nak sangat dia jadi menantu mummy?" Tengku Aiden bertanya dengan suara yang lirih. Cara Tengku Azalia berkata sebentar tadi membuatkan rasa kecewa bertandang. Apa yang kurangnya Melissa sampai dikata tak layak?

"Kita sekeluarga kenal Ezryna dari dia kecil lagi. Dia membesar depan mata mummy."

"Sebab tu ke mummy nak sangat dia kahwin dengan Aiden?" Tengku Aiden berhenti seketika sebelum menyambung kembali.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now