Bab 50

110K 4.9K 1K
                                    

Baru masuk tiga hari Tengku Aiden berada di Pahang dengan Melissa, dia terpaksa pulang semula ke Kuala Lumpur kerana kerja di pejabat lebih memerlukannya. Mungkin ada baiknya mereka berjauhan untuk sekali lagi. Sepanjang tiga hari berada di situ, kedinginan yang Melissa tunjukkan makin ketara. Langsung tidak bercakap dengan Tengku Aiden, rasa dah tawar hati.

Selepas cutinya habis, Melissa pula kembali menyusul. Suasana yang sama yang sama kedua-duanya pamerkan, Melissa dengan caranya, menunjukkan kedinginan yang terbina dengan ego. Begitu juga dengan Tengku Aiden, apa yang Melissa katakan masih lagi terkesan sehingga sekarang.

Hari ini, masuk tiga hari Tengku Aiden ke Melaka kerana urusan kerja. Katanya, esok atau lusa dia akan pulang. Walaupun kedinginan yang Melissa pamerkan tapi tanggungjawabnya sebagai isteri tetap dia laksanakan. Rutin hariannya setelah kembali semula ke Kuala Lumpu dilakukan seperti biasa.

Lobi Panglima Holdings ketika itu agak lengang kerana kebanyakan staff keluar makan tengah hari. Melissa berjalan menghampiri kaunter penyambut tetamu. Pandangan matanya jatuh pada seorang wanita yang agak berusia tapi cara penampilannya yang elegan membuatkan semua itu tidak kelihatan ketara.

Tengku Azalia.

Langkahnya terhenti apabila Sharifah Ezryna terlebih dahulu menyapa wanita itu. Melissa hanya memerhatikan kedua-duanya, nampak bahagia. Sama seperti anak dan ibu. Bolehkah Tengku Azalia menerimanya seperti itu apabila mengetahui dia adalah isteri Tengku Aiden?

"Melissa!"

Serta-merta lamunannya terhenti apabila suara Sharifah Ezryna memanggil namanya. Di paksa bibirnya untuk tersenyum apabila gadis itu menghampirinya.

"You dah kenalkan ni siapa?" Tanya Sharifah Ezryna bertanyakan soalan itu. Lengan Melissa ditariknya untuk berjumpa dengan Tengku Azalia.

"Ni yang datang dengan Nadya hari tu kan? Anak saudara Sarah kan?" Mendengarkan pertanyaan itu, terus Melissa menganggukkan kepalanya. Entah kenapa berasa berdebar pula ketika ini. Ini kali pertama dia dan Tengku Azalia bercakap, sebelum ini hanya Tengku Nadya saja yang bercakap apabila mereka berjumpa.

"Apa khabar Puan Sri?" Digagahkan bibir untuk melakarkan lagi senyuman. Dia sendiri tidak tahu untuk menggunakan panggilan apa untuk Tengku Azalia.

"Baik." Sepatah saja dijawab Tengku Azalia. Melihatkan riak wajah yang terpamer membuatkan Melissa tahu, bukan senang nak rapat dengan wanita ini. Pertanyaannya pun di jawab acuh tak acuh.

"Actually, mummy datang sini nak ajak I lunch. Since you're here apa kata kita lunch sekali. Mummy okay kan kalau Melissa ikut kita sekali?"

Tengku Azalia hanya mengangguk apabila mendengarkan permintaan Sharifah Ezryna. Nama panggilan sudah bertukar kepada 'mummy' kerana tak lama lagi Sharifah Ezryna dan Tengku Aiden akan berkahwin. Lagi pun Tengku Azalia sudah menganggap Sharifah Ezryna seperti anaknya sendiri.

"I ada..."

"Tak nak dengar alasan, ikut kami lunch."

Sebenarnya bila orang nak belanja makan memang best tapi dalam situasi langsung tak best. Kalau dulu duduk semeja dengan bekas kekasih dan tunang suaminya, hari ini, Melissa duduk pula semeja dengan ibu mentua dan tunang suaminya. Apalah malang nasibnya hari ni? Menyesal pula tak berlalu pergi dari situ apabila ternampak Syarifah Ezryna sebentar tadi.

"I half day je hari ni sebab mummy nak ajak I pergi shopping. Nak cari barang-barang untuk majlis kahwin nanti." Syarifah Ezryna mula menceritakan kedatangan Tengku Azalia ke sini.

Melissa yang mendengar cuba tabahkan dirinya. Mungkin dia patut melupakan haknya; statusnya sebagai isteri kepada Tengku Aiden yang diketahui oleh orang ramai. Hubungan mesra antara Tengku Azalia dan Syarifah Ezryna, juga janji yang selalu dimungkiri oleh Tengku Aiden membuatkan dia tahu yang statusnya sebagai isteri yang sebenar-benarnya tak akan terjadi. Ada baiknya jika dia berundur selepas ini.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now