Bab 3 | Part 1

184K 7.8K 872
                                    

3 tahun yang lalu,

Satu perkataan yang terlintas di fikirannya sejak semalam lagi. Dia sendiri seakan tidak percaya ini semua berlaku. Selalunya nasib akan berpihak kepadanya tetapi semalam tidak. Dia, Tengku Aiden Fahmi kalah ketika bermain billiards dengan dua orang rakannya, Syafiq Mukhriz dan Hakim Zulkarnain buat pertama kali dalam hidupnya. Mereka bertiga akan bertaruh tiap kali melakukan sesuatu, yang kalah kena ikut apa yang menang suruh. Tapi selalunya Syafiq yang akan kalah atau pun Hakim. Tetapi semalam entah di mana silapnya dia boleh kalah. Jadi sekarang ini, atas perjanjian mereka bertiga, dia harus mengikut apa saja yang Syafiq dan Hakim suruh.

Walaupun mereka bertiga kawan baik tapi itu tak bermakna Syafiq dan Hakim akan menyuruh dia melakukan perkara yang biasa saja. Mereka bertiga sama-sama tidak akan memudahkan hidup masing-masing sebaliknya akan menyusahkan antara satu sama lain. Orang akan fikir perkara yang mereka lakukan agak pathetic tapi mereka bertiga seronok melakukannya.

Dan sekarang ini, Tengku Aiden dapat merasakan yang Syafiq dan Hakim akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya kerana ini merupakan kali pertama dia kalah. Pelbagai benda yang bukan-bukan mula memenuhi fikirannya namun cepat-cepat dia mengusir semua itu.

"Aiden, my friend." Suara Syafiq mula menyapa gegendang telinganya. Senyuman pada wajah sahabatnya itu melebar dari semalam lagi, dia kemudian memandang Hakim yang duduk disebelah Syafiq. Reaksi yang sama juga dapat dilihat, sepertinya sudah lama menantikan saat ini.

"So, kami berdua dah fikir semalam," kata Syafiq lagi.

"I want you to date someone," sambung Hakim namun kata-katanya itu mengundang tawa dari Tengku Aiden.

"Date someone? Are you serious? Ini je ke?" Soal Tengku Aiden sambil ketawa. Ternyata dia salah menilai Syafiq dan Hakim. Dia ingatkan dua orang kawannya ini akan menyuruh dia melakukan perkara yang bukan-bukan tapi date someone?! Out of everything! Peluang yang datang sekali seumur hidup ini digunakan oleh Syafiq dan Hakim dengan menyuruhnya untuk date dengan seseorang je.

"I'm not done yet, Aiden." Hakim tiba-tiba berkata untuk menghentikan tawa Tengku Aiden.

"Continue then."

"I want you to seduce that girl, make her fall for you. Madly in love with you..." Hakim berhenti seketika dan kemudian dia berpaling ke arah Syafiq, rakannya itu menyambung kembali ayatnya yang tergantung itu.

"Sleep with her... " Terangkat kening kiri Tengku Aiden apabila mendengarnya. Kerja gila!

"Then leave her and before that tell her that it's just a bet. Simple," kata Hakim lagi.

Tengku Aiden memandang kedua-dua rakannya itu silih berganti. Ini bukan setakat kerja gila, ini kerja yang sudah terlebih gila! Di manakah akal waras kedua-duanya? Sudah hilangkah kerana terlampau teruja?

"Are both of you shitting me? I won't do that," tegas Tengku Aiden. Dah gila agaknya Hakim dengan Syafiq.

"You have to do that. Masa kita orang kalah, kita orang buat semua yang kau suruh," kata Syafiq dengan nada tidak puas hati. Minggu lepas, ketika kalah Tengku Aiden menyuruh dia putus dengan kekasih barunya. Dia lakukan perkara itu dalam keadaan terpaksa kerana sudah berjanji.

"Come on, bro. Macam tak biasa pulak. Ni kan perkara biasa yang kau buat kan?" Soal Hakim. Dah kenapa hari ini Tengku Aiden acah-acah 'suci' pula? Agaknya kena sampuk kerana kalah teruk semalam.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now