Bab 56

92.4K 4.8K 550
                                    

Bunyi bingit di sekeliling dan diselang-seli dengan cahaya yang memancar langsung tidak menarik minatnya. Dia sendiri pun tidak pasti bagaimana dia boleh berada di sini, setelah apa yang terjadi pagi tadi, kakinya laju saja dihayun ke tempat ini. Tempat yang dia sudah lama tinggalkan setelah menjadi tunangan Tengku Aiden. Setelah ikatan pertunangan diikat, dia tekad untuk meninggalkan kehidupannya yang sosial. Tapi hari ini, kerana orang yang sama membuatkan dia kembali semula ke kehidupannya yang dulu.

Sharifah Ezryna mengukirkan satu senyuman yang sinis apabila dia mula teringatkan kejadian pagi tadi. Masih belum percaya yang semua ini terjadi, dia merasakan dirinya di tipu dan dipermainkan. Kenapa dijadikan dia sebagai tunang sedangkan sudah beristeri? Mengapa diberi harapan sedangkan sudah punya orang lain? Soalan itu berlegar di fikirannya dan Tengku Aiden dipersalahkan dalam hal ini.

"Look who's here. Sharifah Ezryna." Suara yang menegur membuatkan dia menoleh. Dalam hati sudah melemparkan sumpah seranah kepada orang yang menegurnya.

"Kau nak apa hah?! Nak letak apa dalam air aku kali ni?" Soalan itu dilemparkan apabila melihat Mia mengambil tempat di tepinya. Bila berhadapan dengan Mia Andrea, rasanya tak ada sebab untuk dia berlembut.

"Marah betul ni." Mia mula ketawa apabila melihatkan reaksi Sharifah Ezryna.

"You patut berterima kasih kat I tau sebab I, your wedding dengan Aiden dipercepatkan," katanya lagi. Bila teringatkan rancangannya yang gagal itu memberikan kelebihan kepada Sharifah Ezryna, darahnya kembali mendidih.

"Berterima kasih?" Sharifah Ezryna bertanya dengan tawa yang menyusul selepas itu.

"Kesian kau kan." Wajah Mia yang berkerut tanda keliru di pandang dengan senyuman mengejek.

"Terkejar-kejarkan tunang aku sampai sanggup aniaya aku tapi..." Sharifah Ezryna berhenti seketika. Melihatkan wajah Mia, dia tahu yang gadis itu sedang menahan marah.

"Gagal." Perkataan itu disebut dengan suara yang seakan memerli.

"Kesian," tambahnya lagi untuk meningkatkan api kemarahan si pendengar.

"Sekarang ni, kau tak tahu yang orang kau kejar-kejar tu dah ada isteri. Tskk, kesian."

"You cakap apa ni?" Mia bertanya dengan nada yang meninggi. Isteri?

"Aku tak tahu apa kau rancang hari tu tapi kalau plan kau tu berjaya sekali pun, dia tak akan balik kat kau." Sharifah Ezryna memberitahu satu-persatu apa yang dia fikirkan jika rancangan Mia itu berjaya. Dia tahu yang Mia rancang semua itu untuk menunjukkan sisi buruknya yang menduakan Tengku Aiden.

"Sebab apa? Dia dah ada isteri."

Mia memandang ke arah Sharifah Ezryna, senyuman tanda mengejek yang terlakar di bibir gadis itu membuatkan api kemarahannya semakin bertambah. Dia cuba untuk menahan kemarahannya itu kerana masih banyak lagi perkara yang ingin di tanya.

"Isteri?" Soal Mia. Air yang diminum Sharifah Ezryna di pandang sekilas. Dari segi Sharifah Ezryna percakapan, dia sudah tahu yang gadis ini dalam keadaan mabuk. Bercakap macam dalam keadaan separuh sedar.

"Isteri dia tu kalau nak di bandingkan dengan kau, macam langit dengan bumi. Bertudung litup tapi kau tu stok perempuan kelab malam je." Pedas sindiran yang Sharifah Ezryna lemparkan, padahal dia pun dua kali lima je.

"Cakap baik-baik sikit, you dengan I sama je," ujar Mia. Setelah mengetahui Tengku Aiden mempunyai tunang, dia mengupah orang untuk menyiasat latar belakang Sharifah Ezryna. Kehidupan sosial gadis itu yang dulu sama saja sepertinya sekarang.

"You cakap tadi isteri dia? Maknanya Aiden dah kahwin?" Mia menyoal kembali.

"Kau ni bengap ke apa? Kalau dah ada isteri tu maknanya dah kahwin."

Beautiful Lies Where stories live. Discover now