Kalau dulu dia selalu kecewakan Melissa dengan menjadikan Melissa sebagai isteri simpanan yang dirahsiakan, mengetepikan hak Melissa sebagai isteri tapi sekarang ni bila dia ingin menjadikan Melissa sebagai isteri yang sebenar-benarnya, lain pula yang jadi. Ada hati yang terluka, ada jiwa yang merana dan ada yang kecewa kerananya. Keputusan yang terburu-buru di ambil di masa lalu mengundang pelbagai penyesalan hingga ke hari ini.
Penyesalan yang dirasai bermula dengan pertaruhan dengan rakan-rakannya tiga tahun yang lalu. Diikuti dengan kesempatan yang di ambil ke atas Melissa, menjadikan Melissa isterinya. Selepas itu, menerima Sharifah Ezryna sebagai tunang walaupun dia tahu yang hubungan itu tidak akan kekal kerana dia yakin yang Melissa akan kembali semula kepadanya. Kalau dia berpegang teguh dengan pendiriannya dulu, menolak pertunangan itu, pasti ini tidak akan terjadi.
"I minta maaf, Ezryna. Terlalu banyak silap I dengan you. Semuanya berpunca daripada I yang suka berahsia dan ambil keputusan melulu." Kata-kata maaf itu terucap dengan ikhlas. Hanya kemaafan yang mampu dia ucapkan. Terlalu besar silapnya kerana menjadikan Sharifah Ezryna sebagai tunang sedangkan dia sudah beristeri.
"Senangkan you minta maaf? You tak rasa apa yang I rasa. You tipu I!" Rasa kecewa makin menebal di dalam dirinya. Dia fikir, bila Tengku Aiden menerimanya sebagai tunang maknanya Tengku Aiden akan menerimanya sebagai seseorang yang istimewa tapi sekarang ni, terasa dipermainkan!
"You balik dulu, tak sesuai kita bercakap kat pejabat macam ni. Kita cakap lagi pasal hal ni lain kali dengan family kita sekali."
"Kenapa? Takut malu?" Tanya Sharifah Ezryna dengan sinis. Selepas kecewakan dan sesuka hati mempermainkan perasaannya, sekarang ni disuruh pulak dia balik.
"Balik dulu, tenangkan fikiran. Kita bincang lagi pasal hal ni kemudian." Tengku Aiden cuba untuk menggunakan kata-kata yang sehabis baik. Ada baiknya, mereka berhenti dulu membahaskan tentang hal ini.
"I akan balik tapi you dengar sini baik-baik. You akan menyesal buat I macam ni." Tegas suara Sharifah Ezryna bersuara. Dia cuba menjadi yang terbaik dan dia cuba untuk merubah dirinya untuk Tengku Aiden tapi kekecewaan yang dia terima. Sakit hatinya hanya Tuhan saja yang tahu, tambah lagi orang yang dia baru percaya rupanya isteri Tengku Aiden.
Tengku Aiden menghantar Sharifah Ezryna keluar dari pejabatnya dengan ekor mata. Keluhan berat dilepaskan selepas itu. Kesilapan yang dia cuba perbetulkan nampaknya seperti kelam untuk menemui jalan penyelasaiannya. Masalah yang dia timbulkan makin menyesakkan apabila rahsia yang disimpan diketahui.
Setelah fikirannya terasa sedikit lapang dan tidak lagi menyesakkan terus dia ke luar dari bilik pejabatnya. Kebanyakan staff sudah kembali melakukan kerja mereka masing-masing, berbeza dengan tadi.
"Melissa?" Pintu bilik pejabat Melissa ditutupnya dan punat pada tombol di tekan. Tengku Aiden memandang ke arah Melissa yang sengaja fokus pada skrin komputer riba tanpa mempedulikan kehadirannya di situ. Seolah-olah tiada apa yang terjadi sebentar tadi.
"Ezryna buat apa kat awak sebelum saya datang ke sini tadi?" Tengku Aiden bertanya, namun pertanyaannya dibiarkan saja. Sewaktu dia ke sini tadi, Sharifah Ezryna hampir menampar Melissa, entah apa yang dibuat oleh Sharifah Ezryna.
"Saya tanya, dia buat apa?" Kali ini Tengku Aiden menghampiri Melissa, kerusi yang diduduki Melissa dipusingnya supaya menghadap ke arahnya. Badannya ditundukkan sedikit dan tangannya diletakkan dikedua-dua belah pemegang kerusi. Melissa hanya menunduk.
"Angkat muka tu. Pandang saya Melissa," arah Tengku Aiden selepas melihat Melissa masih lagi berdegil. Dah kenapa tunjuk protes macam ni?
"Ezryna buat apa?" Soalan yang sama diajukan. Dagu Melissa disentuh dan wajah yang menunduk itu diangkat. Kesan kemerahan di pipi kanan isterinya itu di pandang.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia