Bab 42

127K 5.1K 456
                                    

Melissa mengangkat keningnya apabila terpandangkan kawasan perumahan yang agak familiar. Lepas tengok wayang, makan dan pusing satu mall, dia mengajak Tengku Aiden pulang memandangkan hari sudah malam tapi kenapa Tengku Aiden membawanya ke banglo yang mereka kunjung sewaktu ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga?

"Nak buat apa kat sini?" Melissa bertanya selepas dia dan Tengku Aiden keluar dari kereta.

"Rumah kita kan?" Tengku Aiden menarik tangan Melissa untuk masuk ke dalam.

Melissa hanya ikut Tengku Aiden masuk ke dalam. Mereka menuju ke arah balkoni yang menghadap laman belakang banglo itu. Pintu gelangsar di buka dan angin malam yang bertiup agak mendamaikan. Tengku Aiden menariknya duduk di atas buaian yang terletak di hujung balkoni itu, dia hanya mengikut apa yang lelaki itu lakukan.

"Kita nak buat apa ni?" Melissa bertanya sekali lagi seraya melabuhkan punggungnya di atas buaian itu. Serta-merta Tengku Aiden melingkarkan tangan di bahunya lalu menariknya rapat hingga kepalanya rapat ke dada lelaki itu. Telinganya mula menangkap bunyi degupan jantung Tengku Aiden yang mula memainkan rentak.

"Kenapa jantung awak berdegup laju sangat ni?" Sengihan diberikan apabila soalan itu mula diajukan.

"Because of my red rose is here, in my arms." Jawapan dari Tengku Aiden membuatkan senyuman Melissa makin lebar.

"So, kita nak buat apa kat sini?" Soalan yang sama kembali diajukan.

"Kalau kita buat majlis resepsi berkonsepkan garden kat sini, okay tak?" Tengku Aiden mula memberitahu kenapa mereka berada di sini, matanya mula memandang ke arah laman belakang banglo itu.

"Majlis resepsi siapa? Siapa kahwin? Awak nak kahwin ke? Ezryna?" Melissa tanpa henti mengajukan soalan itu kepada Tengku Aiden. Berkerut dahinya apabila terdengar Tengku Aiden menyebut majlis resepsi.

"Majlis untuk kita la. Ada saya sebut nak kahwin ke? Ke awak memang nak suruh saya kahwin dengan Ezryna? Saya okay je nak kahwin lagi satu." Sebaik saja dia memberikan jawapan kepada soalan Melissa, terasa cubitan di lengan kirinya.

"Sakit la, sayang." Tengku Aiden mengaduh kesakitan sambil menggosok lengan kirinya.

"Majlis resepsi untuk kita la." Tengku Aiden mengulang kembali apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Mana la tahu awak nak kahwin dengan Ezryna tu," perli Melissa sambil menjeling tajam ke arah Tengku Aiden.

"You're the apple to my pie, you're the straw to my berry, you're the smoke to my high, you're the one I wanna marry." Tengku Aiden tiba-tiba menyanyikan lagu Perfect Two sambil memandang ke arah Melissa.

"So yes, you're the only one I wanna marry. Bulan depan kita buat kat sini, okay?" Tengku Aiden bertanya untuk mendapatkan persetujuan dari Melissa. Minggu depan dia akan memberitahu kepada keluarganya yang Melissa ada isterinya. Sebulan selepas itu dia merancang untuk membuat majlis resepsi untuk dia dan Melissa.

"Majlis resepsi? Hello? Kita dah kahwin tiga tahun. Buat apa nak buat majlis?" Masuk tahun ni, dah tiga tahun usia perkahwinan mereka. Dah buang tebiat ke suaminya? Nak buat majlis resepsi untuk perkahwinan mereka. Pengantin dah basi.

"Kita dulu kahwin kan buat yang wajib je, apa salahnya kan?" Perkahwinannya dengan Melissa dulu hanya akad nikah sahaja yang dilakukan dan yang hadir pada hari pernikahan mereka hanya lah Helena seorang.

"Tak payah la, Aiden. Lagi pun kita ni pengantin dah basi." Melissa berkata sekali lagi. Rasa membazir pula kalau nak buat majlis sedangkan mereka sudah berkahwin selama tiga tahun.

"Mana ada basi, saya kalau dengan awak hari-hari mood pengantin baru datang." Tengku Aiden ketawa sejurus menghabiskan kata-katanya namun tawanya hilang selepas satu cubitan hinggap di tempat yang sama sebentar tadi.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now