"Dah lewat ni Aiden. Boleh cepat sikit?" Melissa menyilangkan tangannya sambil pandangan matanya terhala tepat ke arah Tengku Aiden yang sedang bersiap. Selalunya perempuan yang akan siap lambat ni terbalik pula, dari tadi lagi tak siap-siap juga.
"Kejap la, kenapa susah sangat tie ni?" Rungut Tengku Aiden perlahan sambil tangannya cuba membetulkan ikatan tali lehernya. Sebenarnya dia sengaja nak tarik perhatian Melissa.
"Sini, biar saya buat." Melissa berjalan ke arah Tengku Aiden lalu mencapai tali leher lelaki itu. Kalau tunggu Tengku Aiden buat sendiri, entah bila nak siap.
"Sengaja kan?" Tanya Melissa secara tiba-tiba manakala tangannya mula mengikat tali leher itu.
"Memang pun," jawab Tengku Aiden dengan selamba. Memang sengaja tadi dia buat-buat lambat ketika mengikat tali lehernya kerana nak tarik perhatian Melissa. Keregangan hubungan mereka suami isteri semenjak dua menjak ni membuatkan dia berasa rindu dengan Melissa walaupun hari-hari berjumpa. Selepas perbincangan ketika di pejabat hari tu, Melissa semakin dingin dengannya.
"Mengada." Melissa berkata dengan sepatah. Tali leher yang sudah siap terikat dilepaskan.
"Mengada dengan awak je," ujar Tengku Aiden sambil menayangkan senyumnya. Serentak dengan itu pipi kanan dan pipi kiri Melissa dikucup membuatkan isterinya itu merenung tajam ke arahnya.
"Dah lambat kan? Jom." Senyumnya semakin meleret apabila melihat muka Melissa yang masam mencuka. Selepas hubungan mereka menjadi dingin kerana dirinya sendiri, masa bersama Melissa semakin berkurang. Sebab itu dimanfaatkan saat ini untuk mengusik isterinya.
Selepas hampir setengah jam perjalanan, kedua-duanya tiba di Panglima Holdings. Sarapan pun tak sempat kerana mereka berdua sudah lambat. Ketika dia mengejutkan Tengku Aiden tadi, dah pukul tujuh. Selepas tu, masa yang di ambil ketika berbincang mengenai hubungan mereka tadi hampir satu jam. Di tambah pula dengan perangai mengada Tengku Aiden yang ingin menarik perhatian Melissa. Mereka sampai di sana pada pukul sepuluh setengah pagi, terlewat setengah jam untuk mesyuarat.
Berpasang mata yang berada di dalam bilik mesyuarat memandang ke arah Melissa dan Tengku Aiden ketika mereka berdua masuk ke bilik itu. Semua yang berada di situ mula memberi pandangan yang sukar untuk ditafsirkan apabila melihat kedua-duanya melakukan 'grand entrance' di bilik mesyuarat.
Kenapa pekerja baru boleh datang sekali dengan COO Panglima Holdings? Kenapa kedua-duanya boleh terlambat? Apa hubungan mereka berdua? Itu antara pandangan yang di hantar kepada Melissa dan Tengku Aiden. Namun kedua-duanya hanya buat-buat tak tahu saja.
"First of all, sorry lambat. So, boleh kita mulakan sekarang?" Tengku Aiden berkata selepas mengambil tempat duduknya di kepala meja untuk mengetuai mesyuarat pada pagi ini. Sebenarnya mesyuarat kali ini diadakan untuk memilih lokasi untuk Hari Keluarga untuk Department Business Management yang diadakan sekali setahun.
"Ada cadangan?" Tengku Aiden mula bertanya kepada staff Panglima Holdings yang lain. Melissa yang berada di sebelah kiri meja sempat dipandangnya.
"Kalau camping macam mana Tengku?" Staff pertama mula memberi cadangan.
"Camping dah buat dua tahun lepas kan?" Sampuk satu suara yang berada di hujung meja mesyuarat itu. Dua tahun lepas camping telah diadakan.
"Kalau kat tepi pantai? Sewa resort then kita buat la aktiviti kat sana?"
Cadangan yang diberikan oleh Melissa akhirnya di terima oleh semua. Selepas berbincang akhirnya Pulau Perhentian menjadi pilihan mereka semua dan aktiviti yang akan dijalankan di sana juga sudah di pilih. Setelah tamat mesyuarat masing-masing mula bersurai melakukan kerja masing-masing.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia