3 tahun yang lalu,
Langkah kakinya dilajukan dan pandangan matanya mula meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Okay, line clear. Dia tak ada kat sini! Melissa membisikkan kata-kata itu untuk menyedapkan hatinya. Semenjak kenal dengan Tengku Aiden, lelaki itu ada di mana-mana saja. Bila cuba dielak makin kerap pula dia bertembung dengan Tengku Aiden. Masih terngiang-ngiang apa yang Tengku Aiden akan kata tiap kali mereka bertembung.
"See, nampak tak? Kita jumpa lagi. Jodoh kuat."
Jodoh abah dia. Setakat berjumpa macam tu dikata jodoh. Tiap kali bertembung pasti Tengku Aiden pasti akan cuba untuk mengajaknya keluar, katanya nak kenal-kenal. Kadang-kadang dia terfikir jugak, Tengku Aiden ni serious atau main-main je dengan dia? Dari segi percakapan dan kesungguhan lelaki itu cuba mendekati dia nampak macam serious. Kena simbah dengan air, lepas tu kena tampar pun masih lagi degil. Tetapi entah kenapa Melissa berasa tak sedap hati mengenai Tengku Aiden atau mungkin ni perasaan dia saja?
"Melissa!"
Langkahnya terhenti apabila terdengar seseorang memanggilnya. Dia kenal suara itu, pemilik kepada suara itu ialah orang yang cuba dia elak. Tengku Aiden sedang berjalan ke arahnya dari arah bertentangan. Satu lagi senyuman yang terukir di bibir itu. Berapa banyak agaknya Tengku Aiden telan gula sampai senyumannya manis seperti itu?
Kalau dulu ketika Helena bercerita tentang Tengku Aiden hanya riak menyampah diberikan. Sekarang ini dia faham kenapa Helena sukakan Tengku Aiden. Pertama kerana fizikalnya, cukup sempurna. Kedua dari segi percakapannya dan ketiga kerana senyumannya. Apabila ketiga-tiga ini bercampur, Melissa sendiri tak tahu nak terangkan macam mana, kena tengok sendiri. Terus terang dia kata Tengku Aiden ada memberi sedikit kesan kepadanya, tambahan pula lelaki itu macam berminat je dengan dia atau pun dia sorang je yang perasan lebih?
"Melissa!"
Suara itu kembali menerjah ke fikirannya. Melissa segera memusingkan tubuhnya dan dengan pantas dia berjalan ke arah bertentangan dengan tadi. Tengku Aiden yang berada lebih kurang dua meter dari tempat dia berhenti tadi mungkin dapat menyaingi langkahnya kalau dia lambat.
Tengku Aiden melangkah dengan cepat apabila Melissa menukar arah. Dia tahu yang Melissa sudah perasan akan kehadirannya di situ dan cuba mengelak dari bertembung dengannya. Dia perlu segera melakukan langkah pertama yang Syafiq dan Hakim suruh. Seminggu lebih sudah berlalu dan belum ada tanda yang Melissa sukakan dia. Cara yang dia gunakan ini terlalu halus dan lambat, nak gunakan cara yang satu lagi agak sukar memandangkan perwatakan Melissa yang agak berlainan dengan gadis lain.
"Melissa," panggil Tengku Aiden sekali lagi. Kali ini dia sudah dapat menyaingi langkah Melissa.
"Awak nak apa lagi?" Melissa bertanya kepada Tengku Aiden. Sewaktu mereka bertemu awal minggu lalu, sempat dia titipkan pesanan supaya berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain
"Nak awak," jawab Tengku Aiden dengan selamba. Hanya riak menyampah yang diberikan Melissa kepadanya.
"Stop that nonsense. Jangan kacau saya lagi, awak ada kat mana saja saya ada. Menyampah tahu tak?" Melissa mula meluahkan rasa tidak puas hatinya. Terasa rimas apabila Tengku Aiden ada di mana saja dia ada.
"Nak tahu kenapa saya ada kat mana awak ada?" Tengku Aiden mula bertanya.
"Tak nak."
"Because my heart is by your side. That's the reason kenapa saya selalu ada kat mana awak ada." Tengku Aiden berkata. Bibirnya tak pernah lekang dari tersenyum.
"Merepek." Melissa mengelak dari bertembung dengan pandangan mata Tengku Aiden. Cukup lah telinga saja yang mendengar, tak sanggup untuk menatap pandangan mata itu.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia