Bab 28

124K 5.5K 181
                                    

Matahari hampir terbenam apabila Melissa dan Tengku Nadya tiba di banglo milik Tengku Halina dan Tengku Ismail. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang memasang pelamin untuk majlis akad nikah di ruang tamu utama. Langsir sudah diganti dengan warna putih dan cream untuk mengikut kesesuaian dekorasi semasa. Hiasan di situ sudah hampir siap sepenuhnya.

"Aunty!" Tengku Nadya menyergah ibu saudaranya membuatkan wanita itu terkejut.

"Ya Allah budak ni!" Ditampar lembut bahu Tengku Nadya yang sedang seronok ketawa.

Melissa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tengku Halina selepas Tengku Nadya memperkenalkan dia kepada Tengku Halina. Hari tu semasa majlis ulang tahun perkahwinan Tengku Fahrin dan Tengku Azalia, mereka tak sempat nak kenal kerana Melissa ingin pulang.

"Macam mana aunty? Dah beres ke? Hana mana?" Tengku Nadya bertanya. Melihatkan keadaan sekeliling membuatkan dia tahu yang persiapan sudah hampir siap.

"Semua dah nak siap. Hana ada kat atas. Papa mana?" Giliran Tengku Halina pula bertanya.

"Papa datang esok," jawab Tengku Nadya.

"Nad pergi rehat dulu. Kak Nah bawak Nadya dengan Melissa ke bilik tetamu." Kedengaran suara milik Tengku Halina memanggil pembantu rumah.

Seorang wanita dalam linkungan awal 50-an menghampiri Melissa dan Tengku Nadya. Kedua-duanya mengikut langkah pembantu rumah ke tingkat atas. Mereka tiba di hadapan pintu bilik di tingkat dua yang terletak di hujung sekali, yang berada di sebelah kanan untuk Tengku Nadya manakala yang berada di sebelah kiri untuk Melissa.

Melissa masuk ke dalam bilik yang sederhana besar itu. Beg pakaian diletakkan di atas katil lalu direbahkan tubuhnya di atas katil. Penat jugak rasanya kerana jarak dari banglo Tengku Nazman ke sini agak jauh. Melissa kembali bangun dari berbaring, tuala yang berwarna putih yang sudah tersedia capai lalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Rasa tak selesa pula kalau berterusan memakai pakaian yang sama.

Setelah beberapa minit membersihkan diri, Melissa keluar dari bilik mandi dengan hanya tuala yang membaluti tubuhnya. Lagi pun hanya ada dia saja di dalam bilik ni. Rambut yang separuh kering itu diletakkan di bahagian kiri bahunya. Zip beg pakaian yang berada di atas katil dibuka. Melissa terkaku di situ apabila ada tangan yang melingkar di pinggangnya, memeluk erat tubuhnya dari belakang. Ditelan liurnya yang terasa agak kelat ketika itu. Siapa?

"Vanilla and mint. I miss these scents." Suara milik Tengku Aiden mula menyapa telinganya. Hidung lelaki itu memyentuh lehernya, menghidu bau yang melekat di situ.

Tengku Aiden mengangkatkan sedikit kepalanya, rambut Melissa yang separuh basah itu menarik minatnya. Dicium bau yang ada di situ. Matanya dipejamkan untuk menikmati apa yang dirasakan saat ini. Setelah beberapa minit dia beralih semula ke tempat tadi, disembamkan mukanya di ruang antara bahu dan leher Melissa. Melihatkan perubahan pada kedudukan tubuh Melissa membuatkan dia tahu yang isterinya itu sudah larut dalam sentuhannya.

"Aiden..." Nama Tengku Aiden disebut apabila bibir lelaki itu mula menyentuh satu tempat yang sensitif di lehernya. Kucupan dari Tengku Aiden mula beralih pada bahu sebelah kanannya yang terdedah. Sensasi yang diberikan membuatkan nafasnya tidak keruan.

"I miss you." Tengku Aiden berkata selepas tubuh Melissa dipusingkan ke arahnya. Mata Melissa yang bertentangan dengannya dipandang.

"Macam mana awak boleh ada kat sini?" Tanya Melissa sedikit pelik.

"Hana tu kan sepupu saya jugak," jawab Tengku Aiden.

"Maksud saya, macam mana awak boleh ada kat sini?" Melissa bertanya sekali lagi.

"Awak tak kunci pintu jadi saya masuk..." Jari Tengku Aiden mula bermain di sekitar bahu Melissa. Matanya turut sama memandang ke situ.

"Saya tunggu awak kat kerusi tu tapi awak tak perasan saya ada kat situ. Tak sangka awak baru lepas mandi, goda saya sampai macam ni." Jarinya turun pada lengan Melissa, dielus lembut bermula dari bahu sehingga ke lengan.

"Awak buat saya terkejut," kata Melissa. Ingatkan siapa tadi yang masuk ke sini, macam nak luruh jantungnya bila ada yang tiba-tiba menyentuhnya.

"I miss you," kata Tengku Aiden sekali lagi. Tangan kirinya tadi mula memaut pinggang Melissa supaya rapat dengannya.

"I miss you too." Melissa membalas kata-kata rindu dari Tengku Aiden. Dua minggu tidak berjumpa kerana kedua-duanya sibuk dengan kerja.

"Melissa." Ibu jarinya mengelus dengan lembut bibir Melissa yang selembut baldu.

"Kenapa?" Terhenti percakapan Melissa apabila bibir Tengku Aiden mula bertaut dengannya.

Hanya ciuman biasa saja pada awalnya tapi bila beberapa ketika bagaikan ada elektrik yang mengalir pada dirinya membuatkan dia menarik leher Tengku Aiden dan tumit kakinya sedikit terangkat untuk mendekatkan lagi jarak antara mereka. Tangan Tengku Aiden yang tadinya memeluk pinggangnya mula naik ke bahagian dadanya, mencari simpulan tuala. Melissa tersedarkan sesuatu, terus dihalang. Tautan bibir dilepaskan, jelas ada kekecewaan pada sepasang mata itu.

"Why?" Tanya Tengku Aiden dengan nada yang sedikit menjauh.

"Tengok kita kat mana sekarang." Melissa membalas pertanyaan itu dengan mengingatkan di mana mereka berada. Dibuatnya ada orang datang ke bilik ni nanti macam mana? Bagus jugak kalau ada yang datang ke sini, biar semua tahu yang isteri dia. Eh?

"Ya lah."

"Merajuk ke?" Tanya Melissa, melihatkan wajah Tengku Aiden yang sedikit masam itu membuatkan dia tahu yang suaminya itu macam tak puas hati.

"Tak." Sepatah dijawab soalan Melissa.

"Okay, boleh keluar tak? Saya nak pakai baju."

Cis! Dia tak layan aku merajuk. Tengku Aiden mula berkata di dalam hatinya. Dah la siap suruh keluar dari sini.

"Pakai je lah. Saya dah tengok semua." Kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Aiden membuatkan Melissa mula merah.

"Keluar cepat." Ditolak tubuh Tengku Aiden menghampiri pintu. Masih lagi ada rasa malu dalam dirinya walaupun dah banyak yang terjadi antara mereka. Dilihatnya Tengku Aiden terjenguk disebalik pintu sebelum keluar.

Setelah selesai menyarungkan pakaian ke tubuhnya, Melissa ke arah meja solek. Rambutnya disikat terlebih dahulu sebelum dikeringkan. Jarinya mula menyentuh bahagian bahu kanannya yang sedikit kemerahan apabila terpandangkannya melalui refleksi cermin di depan. Pasti kerana Tengku Aiden sebentar tadi. Terus dia menarik rambutnya untuk menutupi bahagian itu.

"Mel!" Suara Tengku Nadya yang masuk ke dalam biliknya membuatkan dia sedikit terkejut.

"Cantik tak?" Tanya Tengku Nadya sambil menunjukkan jarinya yang sudah berinai dan terukir corak inai pada tangannya.

"Cantik."

"Jom, kau patut try pakai jugak." Tengku Nadya menarik tangannya ke bilik yang dipenuhi dengan saudara perempuan mereka.

Melissa melihat ke arah mereka yang berada di situ. Rasa seornok pula kerana ini pengalaman kali pertama untuknya. Rata-ratanya sudah memakai inai di jari. Siapa nak kahwin ni?

"Nad, yang tu siapa?" Tanya Melissa apabila terpandangkan seorang gadis. Rupanya ada iras Tengku Aiden.

"Anak Uncle Fahrin dengan Aunty Azalia. Adik Aiden dengan Aizat." Melissa hanya menganggukkan kepalanya. Patut la ada iras dengan Tengku Aiden. Dulu Tengku Aiden ada kata yang dia mempunyai dua orang adik. Dengan Tengku Aizat hari tu dah sempat kenal tapi dengan yang perempuan ni belum lagi.

"Kau tak kenal lagi dengan dia kan?" Tengku Nadya memulakan kerjanya, memperkenalkan Melissa kepada Tengku Airin.

Tapi apabila melihatkan cara Tengku Airin yang acuh tak acuh berkenalan dengannya membuatkan Melissa tahu yang Tengku Airin ni jenis yang sombong. Ceh! Nasib baik kau ni adik laki aku, kalau tak dah lama kena sumpah. Bisik Melissa di dalam hati, bibirnya dicebikkan.

Pintu gelangsar yang terbuka dihampiri, angin malam mula menyapa dirinya. Khemah yang sudah siap terpasang di laman depan banglo diperhatikan. Tengku Halina kata tak nak buat di hotel, lagi elok kalau dibuat di sini. Lagi pun sesuai dengan tema garden yang dipilih. Melissa hanya tersenyum hambar.

Untungnya Tengku Hana jerana boleh merasai perkahwinan sebegini. Ada keluarga berada di sisi, ada majlis untuk menyambut hari bahagianya, ada persiapan yang dilakukan untuk menjadi isteri orang. Sedangkan dia dulu sewaktu berkahwin dengan Tengku Aiden, hanya ada Helena yang menemaninya, hanya majlis akad nikah saja yang dijalankan dan tiada sebarang persiapan kerana menikahnya secara tiba-tiba.

***

Beautiful Lies Where stories live. Discover now