Bab 31

121K 5.9K 529
                                    

Langkah Melissa kaku di hadapan pintu lif yang terbuka luas apabila melihat Tengku Aiden dan Sharifah Ezryna yang berada di dalamnya. Kedua-dua wajah itu di pandang seketika sebelum berundur setapak. Tak rela nak naik sekali untuk ke tingkat bawah dengan mereka berdua.

"The elevator is wide enough for seventeen people. Masuk la," ajak Sharifah Ezryna seraya menarik tangan Melissa untuk masuk. Mungkin Melissa segan nak masuk kerana ada dia dan Tengku Aiden.

Melissa masuk ke dalam lif, dia berdiri di belakang Tengku Aiden dan Syarifah Ezryna. Kalau tadi dia melihat dari depan pasangan ini, sekarang ni dari belakang pula. Posisi Syarifah Ezryna yang berdiri dekat dengan Tengku Aiden membuatkan dia mengalihkan pandangannya ke arah lain, tak kuat untuk melihat ke arah itu. Seharusnya dia yang memegang lengan Tengku Aiden sebagaimana Syarifah Ezryna sedang lakukan sekarang, dia yang lebih berhak dari setiap segi untuk melakukan hal itu bukan Syarifah Ezryna.

"Sayang, lepas lunch ni teman I pergi shopping boleh?" Syarifah Ezryna bertanya.

"I busy, Ryna."

Melissa hanya mendengar saja perbualan pasangan itu, panggilan 'sayang' yang digunakan oleh Syarifah Ezryna membuatkan hatinya sakit. Panggilan yang Tengku Aiden guna untuk memanggilnya digunakan oleh gadis itu.

Ting!

Bunyi itu membuatkan Melissa berhenti dari mengelamun, Tengku Aiden dan Syarifah Ezryna keluar dari lif. Tengku Aiden sempat mengerling ke arahnya seperti sedang memohon pengertian. Aku sorang je kena faham dia, tapi dia pernah ke nak faham aku? Melissa bertanyakan soalan itu kepada dirinya sendiri walaupun dia tahu dia tak akan dapat jawapan untuk itu.

"Bye Melissa, kita orang nak pergi lunch," pamit Syarifah Ezryna.

Melissa terus menutup pintu lif, selera makannya tiba-tiba hilang. Matanya dipejamkan seketika untuk menenangkan dirinya. Bunyi iPhone menandakan ada notification masuk membuatkan matanya kembali terbuka. Dari Tengku Aiden.

Lunch with her family. Mama dengan papa dia ada sekali.

Seperti biasa selepas pulang dari majlis perkahwinan Tengku Hanan dan Megat Khairul, setiap panggilan dan mesej tidak dipedulikannya. Sudah tiga hari perkara sama dia endahkan. Sikap Tengku Aiden ketika majlis hari tu membuatkan dia berasa dingin secara tiba-tiba. Ketika Tengku Aiden rapat dengan Syarifah Ezryna, dia hanya tahankan saja apa yang dirasai dan ketika dia rapat dengan Tengku Aizat, suaminya itu menyuruh dia menjauhi Tengku Aizat. Sedangkan hanya perbualan kosong sahaja antara mereka berdua. Tak adil!

Melissa kembali semula ke pejabatnya. Menyiapkan kembali tugasnya yang tergendala sebentar tadi. Pada awalnya dia ingin ke kafe untuk makan tengah hari tapi apabila terpandangkan kemesraan di depan matanya terus hilang selera. Walaupun Tengku Aiden hanya biasa-biasa saja tadi tapi Syarifah Ezryna tu lebih. Tangan tu mesti pegang Tengku Aiden, tak boleh ke kalau tak pegang? Melissa merungut sendirian.

Fokusnya cuba diberikan kepada kerja yang tergendala namun bayangan Tengku Aiden dan Syarifah Ezryna kembali menerjah. Serba-serbi jadi tak kena, perasaan ini tak mampu untuk dia tepis. Wajar jika seorang isteri cemburu, tambahan pula saingannya itu bergelar tunang kepada suaminya.

Bunyi dari interkom mengganggu fokusnya. Jam di tangan di pandang sekilas, hampir pukul tiga.

"Cik Melissa, Tengku nak jumpa." Suara Syafira, setiausaha Tengku Aiden menyapanya.

"Okay kejap lagi saya ke sana."

Melissa mengatur langkahnya ke pejabat Tengku Aiden, setibanya di saja diketuk dulu pintu sebelum masuk. Lelaki itu sedang sibuk memeriksa beberapa dokumen. Selepas terpandangkan kehadirannya di situ, Tengku Aiden terus berhenti. Lelaki itu menekan interkom untuk berhubung dengan Syafira yang berada di luar.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now