Bab 68

111K 5.3K 790
                                    

Hari ini tugas Melissa sebagai 'tourist guide' Helena diteruskan. Walaupun penat usung kandungan yang sudah menjangkau tujuh bulan tapi dia kena aktif, banyakkan berjalan untuk memudahkan urusan bersalin nanti. Awal-awal pagi lagi Melissa mengajak Helena keluar untuk bersiar-siar di sekitar kota Paris.

Tempat pertama yang mereka berdua kunjungi hari ini adalah Arc de Triumphe. Arca ini terletak di tengah-tengah roundabout jadi kalau hendak ke sini kena ikut terowong bawah tanah. Selepas puas menikmati pemandangan sekitar kejiranan Charles de Gaulle dari atas bangunan, Melissa dan Helena meninggalkan tempat itu.

Arc de Triumphe berada berhampiran dengan jalan utama Champs de Elysees. Istimewanya tentang sebatang jalan sepanjang dua kilometer ini adalah di kiri dan kanannya terdapat kedai dan butik yang mewah dan eksklusif. Paling popular sekali adalah butik Louis Vuitton, sehinggakan ramai pelancong bergambar di depannya.

"Kalau beli ni kena pakai credit card yang papa aku bagi. Arghh!" Helena mula meluahkan rasa kesalnya. Inilah padahnya bila lari dari rumah kerana ingkar arahan orang tua. Hidup tak tenang dan sentiasa dibayangi rasa bersalah. Uhuks.

Sebenarnya bukan kerana itu, kalau dia gunakan kad kredit yang diberikan oleh papanya mesti akan dikesan keberadaannya melalui ini. Jadi tak mencabar langsung kalau dikesan dari awal lagi, sia-sia je lari dari rumah sejauh ni! Tapi kalau pakai duit sendiri, dia takut yang nanti simpanannya tak mencukupi. Selepas Paris dia bercadang untuk ke tempat lain pula. Helena dalam dilema memikirkan hal ini, akhirnya dia keluar dari butik LV dengan tangan kosong sahaja.

Helena pandang ke arah Melissa dengan padangan sayu, godaan bukan saja di butik ini tapi banyak lagi yang menantinya. Dia hanya mampu cuci mata sekarang ni. Nak mintak dengan Melissa, rasa segan pula.

"Tak payah sedih-sedih lah. Meh kita makan dulu. Kau kata tak breakfast lagi kan?" Melissa mengajak Helena untuk bersarapan sekali gus dengan makan tengah hari. Mereka masuk ke McDonalds.

"Kau okay tak Mel?" Tanya Helena ketika mereka sedang menikmati sarapan.

"Kenapa? Aku tak nampak okay ke?" Soal Melissa balik.

"Aku okay la, dah jangan tanya."

Helena hanya terdiam selepas itu. Melissa sedang berpura-pura, tengok dari pandangan mata pun sudah tahu. Ada duka yang terselit disebalik mata itu seperti sedang menyimpan rasa kecewa. Sungguh berbeza sekali ketika dia mula mengenali Melissa, orangnya ceria tapi selepas hadirnya Tengku Aiden dalam hidup Melissa, semua itu tiada.

"Uih, Helena."

Helena mendongakkan kepalanya untuk melihat kepada pemilik suara, Melissa turut melakukan perkara yang sama. Syafiq menayangkan senyuman manis kepada mereka berdua.

"Masalah dah datang, jom Mel pergi." Helena sudah selesai makan, dia mula meninjau keadaan sekeliling untuk mencari kelibat Tengku Aiden. Lelaki itu ada berhampiran mereka, sedang memesan makanan.

Melissa hanya menurut kerana dia tahu Tengku Aiden juga ada di sini. Baru saja dia ingin meninggalkan tempat itu, Tengku Aiden sudah ada di depannya. Mata bertentang mata lagi untuk kali ketiga, Melissa bagaikan terkaku di situ kerana isyarat yang Tengku Aiden hantarkan kepadanya. Kekesalan yang banyak terselit pada mata itu membuatkan Melissa kembali mengingati kejadian tujuh bulan lalu. Terus dia mengajak Helena untuk pergi dari situ.

"Bagi dia masa dengan ruang bro. Tengah kecewa sangat tu."

Tengku Aiden hanya mendengar nasihat yang Syafiq berikan. Ruang dan masa? Tapi sampai bila Melissa perlukan semua tu?

***

Melissa dan Helena mengambil masa yang agak lama ketika berada di Fragonard Musee the Parfums untuk membeli minyak wangi dan kemudian ke Galeries Lafayatte untuk membeli-belah. Sedar tak sedar hari sudah mula melabuhkan tirainya, siang mula berganti malam.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now