3 tahun yang lalu,
Melissa terus mengorak langkah di persisiran pantai, ada Tengku Aiden yang menemaninya di sisi. Sesekali air pantai menyapa kakinya yang sudah tidak berkasut, sengaja dibuka supaya dapat merasa sentuhan alam. Blazer milik Tengku Aiden yang tersarung di tubuhnya diperkemaskan lagi untuk melindungi tubuhnya dari kesejukan. Dia beralih memandang ke arah lelaki itu, tidak sejukkah dia yang hanya memakai kemeja?
"Jom?" Ajak Tengku Aiden menyedarkan Melissa dari berkhayal. Melissa sedikit terpinga-pinga dengan ajakan Tengku Aiden. Nak ke mana?
"Hah?"
Jari telunjuk Tengku Aiden menghala ke arah pantai membuatkan Melissa sedikit terkejut. Gila ke? Tidak semena-mena Melissa dapat merasakan tangannya sudah ditarik dan serta-merta langkahnya terikut Tengku Aiden. Ombak kecil mula terkena pada betisnya. Oh my Lauren Ralph!
"Are you insane? It's almost midnight," kata Melissa separuh menjerit. Hampir tengah malam macam ni boleh pula Tengku Aiden mengajaknya masuk ke dalam air.
"Habis basah." Dress yang dipakai boleh dikatakan hampir separuh basah. Cuaca yang sudah memang sejuk dan ditambah pula dengan air pantai yang dingin membuatkan Melissa menggigil kesejukan.
"Baru pukul 10 la," ujar Tengku Aiden. Ditarik lagi tangan Melissa untuk mengikut langkahnya masuk ke dalam air.
"Aiden!"
Ombakan air pantai yang agak kuat menyapa kakinya membuatkan Melissa gagal mengimbangi dirinya. Tidak semena-mena dia jatuh dan serta-merta matanya ditutup dengan rapat. Oh my God I'm gonna die. Hatinya sudah mula diruntun kerisauan. Tapi kenapa tak basah lagi kalau dah jatuh dalam air?
Melissa perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Diperhatikan apa yang ada di depan matanya saat ini. Bukan ke ni butang baju kemeja? Melissa menyoal dirinya sendiri. Kepalanya didongakkan sedikit untuk melihat ke atas. Tengku Aiden sedang memandang ke arahnya, agak lama mereka berkeadaan begitu.
"Ehem." Melissa berdehem untuk menghilangkan rasa janggal. Dia baru perasan yang kedua-dua belah tangan Tengku Aiden sedang erat memeluk pinggangnya.
"Your hands," kata Melissa perlahan. Perlahan-lahan Tengku Aiden melepaskan pelukan itu. Melissa kembali membetulkan kedudukannya.
"Sorry," ucap Tengku Aiden.
"It's okay, hmm... Sejuk la." Melissa berkata dan terus melangkah pergi. Rasa lain macam pula bila dekat dengan Tengku Aiden, tambahan lagi mereka berada di tempat begini.
Sebaik sahaja kakinya menjejak pasir, terus saja dia mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Melissa duduk beralaskan pasir pantai. Ranting kayu yang kecil diambil dan dikuis-kuis pasir. Macam tak ada kerja aje, bisiknya perlahan. Tengku Aiden sudah berjalan ke arahnya dan mula mengambil tempat duduk di sisinya.
"Tunggu kering, lepas tu kita balik eh?"
Melissa hanya menganggukkan kepalanya dan kembali memerhatikan pantai yang berada di depannya. Bunyi deruan ombak mula menyapa telinganya, semilir yang terbias ke arahnya membuatkan rambutnya berjuntai ke depan. Melissa menyelitkan rambutnya di celah telinga.
"Jangan la buat macam tu," kata Tengku Aiden secara tiba-tiba. Melissa mula memandang ke arahnya dengan pelik.
"Buat apa?"
"Macam ni," ujar Tengku Aiden sambil jarinya mula menyentuh rambut Melissa yang berjuntaian lalu diselitkan di celah telinga gadis itu.
"Suka hati saya la, rambut saya." Melissa menjauhkan sedikit kedudukannya dengan Tengku Aiden.
"Lepas grad ni, awak terus balik Malaysia?" Tanya Melissa, memulakan bicara setelah agak lama mereka berdiam.
"Kenapa? Awak takut nanti tak dapat jumpa saya lagi ke?" Soal Tengku Aiden dengan nada mengusik.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia