"Aku kahwin dengan dia, aku bercinta dengan dia tapi aku tak pernah tahu siapa dia." Tengku Aiden menguakkan rambutnya ke belakang. Selepas habis majlis sebentar tadi, dia terus kembali ke hotel yang dia menginap. Belum sesuai lagi untuk berjumpa dengan Melissa ketika ini.
"Kau tak pernah tanya?" Syafiq bertanya kehairanan. Takkan tak pernah tahu langsung mengenai hal ini? Tengku Aiden dilihatnya sudah mundar mandir, sekejap berjalan ke kiri kemudian ke kanan.
"Aku ada tanya kenapa dia boleh tinggal kat Perancis dulu tapi dia cuma kata keluarga dia terlibat dalam kemalangan kat sini. Nak dihantar pulang semula ke Malaysia tapi tak sempat sebab ada satu keluarga ambil dia jadi anak angkat." Tengku Aiden menceritakan kembali yang dia ingat.
"Aiden. Patutnya kat situ kau dah kena rasa pelik tahu tak? Nak dihantar pulang ke Malaysia tapi tak sempat sebab ada keluarga ambik dia jadi anak angkat. Aku tak pasti betul ke tak tapi nak jadikan anak angkat ni bukan kerja mudah tambah lagi ayah dia bukan orang sini, mangsa kemalangan pulak tu." Syafiq mula menerangkan apa yang dia tahu.
"Kau tak tanya siapa keluarga angkat dia?" Soalan lain diajukan dan jawapan yang diterima adalah gelengan.
Dulu dia pernah merancang ingin bertemu dengan keluarga angkat Melissa namun tidak berkesempatan dengan situasi mereka yang selalu tegang. Rasanya hanya tiga kali sahaja dia bertanyakan perihal keluarga Melissa sepanjang mereka berkahwin. Inilah padahnya bila tidak ambil endah tentang perihal orang yang dijadikan isteri.
"Masa Nadya bawak dia dulu lepas dua tahun kami berpisah, aku tak sangka dia tu sepupu jauh Nadya. Nadya pernah cerita kat aku yang pak cik sebelah mama dia kahwin dengan orang sini masa belajar dulu, terus menetap kat sini. Pastu meninggal sebab kemalangan..." Tengku Aiden berhenti seketika.
"Nadya tak tahu sangat pasal Melissa tapi masa tu kan Nadya tinggal kat Pahang, dia kata ada orang datang jumpa mereka. Arwah Aunty Sarah ada lagi masa tu, orang yang datang tu kata anak tu masih hidup lagi dan nak temukan mereka." Bunyinya kedengaran agak rumit. Syafiq cuba memahami satu-persatu apa yang terjadi. Jadi pertemuan itu terjadi sewaktu Tengku Nazman sekeluarga tinggal di Pahang kerana dibuang keluarga selepas berkahwin dengan Sarah.
"Melissa ada beberapa kali datang ke sana sebelum sambung belajar di Edinburgh."
"Aku pun tak faham sangat lah. Mungkin Uncle Nazman sekeluarga pun tak tahu juga pasal hal ni," kata Syed Syafiq. Madame Marianne ingin lindungi Melissa, mungkin kerana itu banyak rahsia yang disembunyikan.
"Dua tahun kami berpisah dulu, aku cuba cari dia tapi tak jumpa, hilang macam tu je. Ada yang lindungi dia." Tengku Aiden merumuskan mengenai pencariannya yang gagal sepanjang dua tahun Melissa pergi. Lokasi terakhir adalah di London tapi dia mengupah orang untuk mencari di tempat lain namun sentiasa gagal. Pergi meninggalkan jejak namun hilang tanpa sebarang petunjuk.
"Fiq, aku bukan nak ungkit kisah lama tapi masa kau dengan dia rancang bet tu dulu macam mana korang boleh kenal Melissa?" Tengku Aiden bertanyakan kisah empat tahun lalu. Pertemuan dengan Melissa bermula kerana ketidakmatangan dia dan dua orang rakannya ketika menuntut di luar negara dahulu.
"Hakim yang mula-mula kenal Melissa. Dia terserempak dengan Helena dulu, masa tu Melissa ada sekali. Then dia cakap kat aku dah jumpa orang yang sesuai." Syafiq menceritakan kejadian yang sudah lama dia lupakan.
"Bagi pihak Hakim dan jugak dari aku sendiri. Aku minta maaf sebab kami, kau dengan Melissa terpaksa lalui semua ni." Dia sendiri tidak ingat ini kali keberapa dia mengucapkan kata-kata maaf.
"Tak payah minta maaf, bukan salah korang pun. Aku ni yang buat tak endah pasal semua benda."
"Tapi aku rasa terkilan sangat sebab tak tahu siapa dia yang sebenarnya. Aku dengar apa yang dia dengan Nadya cerita, aku tak pernah pun rasa sangsi pasal kisah hidup dia." Tengku Aiden memejamkan mendongak ke atas, matanya terpejam. Apa yang paling disesali adalah ketika dalam keadaan separuh sedar dulu, dia menuduh Melissa berkahwin dengannya kerana harta.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia