Ketukan pintu yang bertalu, seiring dengan panggilan namanya membuatkan Melissa kembali menarik gebar untuk menyelimuti keseluruhan tubuhnya. Keadaan bilik yang hanya di terangi dengan lampu tidur mula terang apabila suis lampu utama di buka. Melissa mula memejamkan matanya, pasti Tengku Aiden membuka pintu bilik dengan kunci pendua.
"Melissa."
Nama Melissa disebutnya lalu di hampiri isterinya itu yang berselubung di dalam selimut. Di tarik gebar itu dan wajah Melissa yang bercampur pelbagai riak di pandang, yang banyaknya kemarahan berselindung di wajah itu.
"Awak nak apa lagi?!" Pertanyaan itu dilontarkan sejurus matanya bertembung dengan pandangan Tengku Aiden.
Semalam, sepatutnya kakinya terus melangkah keluar dari rumah yang di diaminya ketika ini. Sepatutnya dia turutkan saja apa yang dia sedang lakukan ketika itu. Akalnya menyuruh dia keluar dari rumah itu setelah apa yang telah berlaku tapi suara hatinya tiba-tiba saja bersuara supaya memikirkan kembali keputusannya untuk terus melangkah keluar. Kalau dia terus melangkah keluar, hubungannya dengan Tengku Aiden akan berakhir di situ. Tengku Aiden sudah melafazkan lafaz cerai ketika itu.
Dan ketika itu, anggota tubuhnya mengikut kata hatinya. Kata-kata yang dia ucapkan ketika itu, terpaksa di tarik balik dan ditebalkan mukanya untuk berpatah balik semula. Kelegaan yang terpancar di wajah Tengku Aiden hanya di pandang begitu saja ketika itu. Dia tewas untuk mempertahankan keputusannya kerana terlalu mengikut kata hatinya.
"Saya tahu awak tak akan pergi."
Itu yang terjadi semalam dan sehingga sekarang dia hanya berkurung di dalam bilik tetamu. Walaupun dia sudah mengunci pintu tapi Tengku Aiden tetap dapat masuk kerana kunci pendua. Eeii, menyampahnya! Pagi dan siang tadi, Tengku Aiden sudah masuk ke dalam bilik tetamu yang didiaminya ini untuk memberi sarapan dan makanan tengah hari tapi langsung Melissa tak makan.
"Cepat siap, dah lambat ni." Tengku Aiden berkata dengan suara yang lembut. Kalau kekerasan digunakan, sampai bila-bila tak akan selesai. Ketika dia menghantar makanan pagi dan siang tadi pun, dia langsung tidak bercakap dengan Melissa. Dia melakukan hal itu kerana ingin memberi ruang kepada Melissa.
"Untuk apa?"
"Majlis tu hari ni dan saya akan buat apa yang awak nak. I will tell everyone, you're my wife." Tengku Aiden menerangkan apa yang bakal dia lakukan hari ini.
"Tak payah."
"Come again?"
"Saya kata tak payah. Awak tak payah nak bersusah nak buat semua tu."
Tengku Aiden memandang ke arah Melissa dengan pandangan yang sukar dipercayai. Apa yang Melissa katakan sebentar tadi membuatkan dia berasa sungguh bingung. Apa yang cuba Melissa lakukan? Apa yang ingin dilakukan oleh Melissa sebenarnya? Pergaduhan yang tercetus sebelum ini kerana keengganannya yang ingin merahsiakan perkahwinan mereka. Dan sekarang ni, apabila dia sudah bersedia, Melissa kata tak perlu lakukan semua itu.
"What is wrong with you?" Hanya itu yang mampu di tanya. Kenapa semuanya harus jadi begini?
"What is wrong with me? Everything is wrong!" Terus dia berdiri lalu memandang tepat ke arah Tengku Aiden. Bila nak bergaduh, kena sama-sama berdiri baru ada feel nak bergaduh. Kah!
"Awak kata saya tak faham dengan diri saya tapi awak pun sama, Melissa! Awak sendiri tak faham demgan diri awak!" Teringat dia ketika pergaduhan antaranya dengan Melissa di pejabat tempoh hari. Melissa kata dia tak faham dirinya sendiri tapi Melissa pun sama je.
Persefahaman antara mereka berdua tiada sepanjang mereka berkahwin. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja. Datang saja masalah kecil sekali pun, terus hilang. Sebab tu masing-masing keras kepala dengan keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia