Bab 32

121K 5.4K 214
                                    

"Kau tenung apa kat tin tu? Ambik je lah," tegur Melissa apabila melihat Tengku Nadya dari tadi sedang meneliti tin pes tomato.

Hari ini Tengku Nadya mengajaknya ke pasar raya untuk membeli barangan dapur. Baru saja balik dari pejabat, terus saja gadis itu mengajaknya untuk ke sini. Sudah hampir dua jam mereka berdua beralih dari satu rak ke satu rak. Troli yang ditolaknya belum separuh terisi, boleh tahan cerewet jugak Tengku Nadya memilih barang.

"Kau nak buat apa sebenarnya? Aku tengok Kak Su tengah masak untuk dinner tadi." Sebelum Tengku Nadya mengajak ke sini tadi, dia ada melihat yang pembantu rumahnya sedang menyediakan makan malam.

"Dinner tu lain, yang ni pulak lain." Tengku Nadya memasukkan keju ke dalam troli apabila mereka tiba di bahagian tenusu.

"Aku nak masak lasagna." Tengku Nadya memberitahu Melissa tujuan sebenar mereka ke sini.

"Aiden nak datang." Tengku Nadya meneruskan kata-katanya.

"Hah?" Melissa sedikit terkejut apabila mendengar apa yang Tengku Nadya katakan.

"Dia suka makan benda ni."

"Buat apa dia nak datang sini?" Tanya Melissa. Selepas kejadian di pejabat tiga hari lepas, hubungan mereka semakin keruh. Mereka hanya bercakap kalau ada urusan pejabat dan kadang-kadang Melissa sengaja mengelak. Tengku Aiden ada cuba untuk menjernihkan hubungan mereka tetapi bila masing-masing keras kepala, hasilnya tetap sama. Masih lagi dingin dan tetap sama, belum ada sebarang perubahan.

"Dia selalu datang rumah, lepak dengan aku," terang Tengku Nadya. Setelah memastikan semua barang yang diingininya sudah di ambil, Tengku Nadya menolak troli untuk kaunter bayaran.

"Kau dengan dia memang rapat eh?" Melissa bertanya sedikit curiga.

"Aku anggap dia macam abang sendiri, tak lebih dari itu. Kalau lebih, mampus aku kena kapak dengan Ezryna," kata Tengku Nadya menerangkan situasi sebenar hubungan mereka.

Melissa hanya menganggukkan kepalanya setelah mendengar apa yang Tengku Nadya katakan. Bukan setakat dengan Ezryna, dengan aku sekali akan buat benda yang sama. Eh? Tanpa sedar hatinya menuturkan kata-kata itu.

"Kau tahu kan yang papa kena halau lepas kahwin dengan mama?" Tengku Nadya bertanyakan kembali Melissa mengenai hal diceritakan kira-kira empat tahun yang lalu ketika Melissa datang ke Malaysia.

"Ha'ah." Melissa mengiakan apa yang Tengku Nadya beritahu. Tengku Nadya pernah memberitahunya yang Tengku Nazman di halau dari rumah dan segala kemewahan di tarik selepas mengambil keputusan untuk menikahi Sarah. Semuanya kerana nama, pangkat dan harta dan setelah kematian Tengku Deraman, ayahanda Tengku Nazman baru lah mereka diterima semula ke dalam keluarga itu.

"Lepas nenda jemput kita orang semula tinggal dengan dia, Aiden sepupu pertama yang mula bercakap dengan aku." Tengku Nadya mula mengingati kejadian sewaktu dia kecil. Pertama kali menjejakkan kaki ke villa yang seperti istana itu, hanya Tengku Aiden saja yang mula bercakap dengannya, yang lain hanya buat-buat tak tahu dengan kehadirannya.

"Aizat, Airin, Hanan, Iskandar semua macam berlagak masa tu. Mungkin sebab aku ni bercampur dengan darah biasa, tak macam dorang. Seratus peratus mengalir darah di raja." Tengku Nadya menceritakan kembali apa yang terjadi sewaktu kecil. Mungkin sekarang orang melihatnya, anak orang kaya yang sentiasa dilimpahi kemewahan tetapi sebenarnya dia baru saja merasai semua itu.

"Tapi lepas semua meningkat dewasa, entah macam mana kita orang boleh rapat." Mungkin perubahan semasa dan juga kematangan masing-masing membuatkan mereka menjadi rapat.

"Sebab tu antara lima orang tu, aku paling rapat dengan Aiden. Dia orang pertama yang bercakap dengan aku."

Melissa hanya mendengar apa yang Tengku Nadya katakan. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu, kemungkinan mengenai masalah yang dihadapinya saat ini. Sebab ini ke Tengku Aiden ingin merahsiakan perkahwinan mereka? Kerana dia hanya orang biasa-biasa dan bukan sesiapa? Sebab ini ke? Melissa mula bertanyakan soalan itu kepada dirinya walaupun dia tahu dia tak akan dapat jawapan.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now